12 May 2021

Various online activities and programmes were also carried out throughout Ramadan 2021

SABAH, 12 May 2021 – As a proactive measure to ensure the right to education among the children of its migrant plantation workers is not affected by the COVID-19 pandemic situation, FGV Holdings Berhad (FGV) has recently conducted an online school exam for FGV Community Learning Centre students (CLC) in Sahabat province (CLC FGV Sahabat), Sabah.

The exams took place over a period of five days from 26 to 30 April 2021, and was conducted simultaneously in nine villages in the Sahabat region, namely Kampung Baiduri Ayu, Kampung Cenderawasih, Kampung Embara Budi, Kampung Fajar Harapan, Kampung Gemalapura, Kampung Hamparan Badai, Kampung Jeragan Bistari, Kampung Kembara Sakti, and Kampung Mercu Puspita.

FGV has recently conducted an online school exam for FGV Community Learning Centre students in Sahabat province, Sabah

Syed Mahdhar Syed Hussain, FGV Group Divisional Director of Plantation Sector said, “FGV is always aware of the development and needs of our workers’ children at CLC FGV Sahabat, especially in facing this challenging condition of COVID-19.”

“The method of online exams is a positive step in ensuring our CLC students are safer from infection, and do not miss out on learning. The students utilised computers and internet facilities provided by CLC FGV Sahabat in addition to mobile phones, and results are due to be out on 2 June 2021,” said Syed Mahdhar.

The online exam was conducted for 88 standard six students (age 12-13 years old), and 25 form three students (age 16-17 years old) who are taking the primary and secondary school education qualification certificates supervised by Kota Kinabalu Indonesian School (SIKK). Graduating standard six students will continue their studies to form one at FGV’s CLC, while form three students will continue their studies to form four at boarding schools in Indonesia.

For CLC FGV Sahabat students selected to continue their studies to form four, the Ministry of Education and Culture of the Republic of Indonesia provides scholarship allocations under the Repatriation Scholarship Programme, in collaboration with the Consulate General of the Republic of Indonesia in Kota Kinabalu, Consulate of the Republic of Indonesia in Tawau, SIKK, and Sabah Bridge Education Foundation.

Students utilised computers and internet facilities provided by CLC FGV Sahabat in addition to mobile phones, for the online exam

Apart from the online exam, CLC FGV Sahabat also organised various online programmes throughout the month of Ramadan for CLC students in Lahad Datu, Kinabatangan 2 and Kinabatangan 3 zones. Among the programmes conducted include tadarus Al-Quran, hafazan and Azan contest, Israk Mikraj appreciation, short religious talks, Islamic calligraphy and nasyid singing performance. Contestants needed to upload their respective entries into the official YouTube channel of CLC FGV Sahabat. Overall, CLC FGV Sahabat achieved victory as the General Champion 1 in the zones mentioned.

In line with FGV’s ongoing commitment in fulfilling the right to education of the children of migrant plantation workers, FGV has allocated RM500,000 to build two new CLC buildings in Kampung Hamparan and Cenderawasih, Sabah. Construction is expected to be completed in October 2021.

End

 

 

Pelbagai aktiviti dan program dalam talian turut dijalankan sepanjang Ramadan 2021

SABAH, 12 Mei 2021  Sebagai langkah proaktif untuk memastikan hak kepada pendidikan dalam kalangan anak-anak pekerja ladang migrannya tidak terkesan dengan situasi pandemik COVID-19, FGV Holdings Berhad (FGV) telah melaksanakan ujian sekolah secara dalam talian untuk para pelajar Pusat Pembelajaran Komuniti (CLC) FGV di wilayah Sahabat (CLC FGV Sahabat), Sabah baru-baru ini.

Ujian berlangsung selama lima hari dari 26 hingga 30 April 2021, dan dijalankan serentak di sembilan perkampungan di wilayah Sahabat, iaitu Kampung Baiduri Ayu, Kampung Cenderawasih, Kampung Embara Budi, Kampung Fajar Harapan, Kampung Gemalapura, Kampung Hamparan Badai, Kampung Jeragan Bistari, Kampung Kembara Sakti, dan Kampung Mercu Puspita.

FGV telah melaksanakan ujian sekolah secara dalam talian untuk para pelajar Pusat Pembelajaran Komuniti FGV di wilayah Sahabat, Sabah baru-baru ini

Syed Mahdhar Syed Hussain, Pengarah Bahagian Perladangan Kumpulan FGV berkata, “FGV sentiasa peka dengan perkembangan dan keperluan anak-anak pekerja kami di CLC FGV Sahabat, terutama dalam menghadapi situasi wabak COVID-19 yang mencabar ini.”

“Kaedah ujian secara dalam talian merupakan langkah positif dalam memastikan pelajar CLC kami lebih selamat daripada jangkitan, dan tidak tercicir dalam pembelajaran. Para pelajar telah menggunakan kemudahan komputer dan internet yang disediakan oleh CLC FGV Sahabat di samping penggunaan telefon bimbit, dan keputusan ujian bakal diperolehi pada 2 Jun 2021,” kata Syed Mahdhar.

Ujian dilaksanakan bagi 88 pelajar tahun enam (umur 12-13 tahun), dan 25 pelajar tingkatan tiga (umur 16-17 tahun) yang mengambil sijil kelulusan pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah yang diselenggarakan oleh Sekolah Indonesia Kota Kinabalu (SIKK). Pelajar tahun enam yang lulus akan menyambung pelajaran ke tingkatan satu di CLC FGV, manakala pelajar tingkatan tiga akan menyambung pelajaran ke tingkatan empat di sekolah-sekolah berasrama penuh di Indonesia.

Bagi pelajar-pelajar CLC FGV Sahabat yang terpilih untuk menyambung pelajaran ke tingkatan empat, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia menyediakan peruntukan biasiswa di bawah Program Biasiswa Repatriasi, dan bekerjasama dengan Konsulat Jenderal Republik Indonesia Kota Kinabalu, Konsulat Republik Indonesia Tawau, SIKK, dan Yayasan Pendidikan Sabah Bridge. 

Para pelajar telah menggunakan kemudahan komputer dan internet yang disediakan oleh CLC FGV Sahabat di samping penggunaan telefon bimbit untuk tujuan ujian dalam talian

Selain ujian dalam talian, CLC FGV Sahabat juga telah menganjurkan pelbagai program sepanjang bulan Ramadan secara dalam talian untuk para pelajar CLC di Zon Lahad Datu, Kinabatangan 2 dan Kinabatangan 3. Antara program yang dijalankan termasuk tadarus Al-Quran, pertandingan Azan dan hafazan, peringatan Israk Mikraj, ceramah-ceramah pendek, kaligrafi Islam serta nyanyian nasyid. Peserta pertandingan perlu memuatnaik penyertaan masing-masing ke dalam saluran YouTube rasmi CLC FGV Sahabat. Secara keseluruhan, CLC FGV Sahabat telah meraih kemenangan sebagai Juara Umum 1 di zon-zon tersebut.

Selaras dengan komitmen berterusan FGV dalam memenuhi hak kepada pendidikan anak-anak pekerja ladang migran, FGV telah memperuntukkan RM500,000 bagi membina dua bangunan CLC baharu di Kampung Hamparan dan Cenderawasih, Sabah. Pembinaan dijangka siap pada Oktober 2021.

Tamat

 

Find