KUALA LUMPUR, 9 November – FGV Holdings Berhad (FGV), via its wholly-owned subsidiary, Felda Travel Sdn Bhd (Felda Travel), has entered into a Collaboration Agreement with Bank Simpanan Nasional (BSN) to launch a new shariah-compliant financing facility specifically for Umrah, Hajj and packaged tours purposes.
The partnership agreement was signed by Amirul Hadi Azlan, Chief Executive Officer of Felda Travel and Norainah Mohmad Zakuan, Head of Retail Banking of BSN. The event was witnessed by Azman Ahmad, Group Divisional Director of Logistics & Support Business of FGV, and Mujibburrahman Abd Rashid, Chief Business Officer of BSN.
“This collaboration with BSN, an established financial institution with a strong national presence, will be a significant milestone for Felda Travel in strengthening our position as Malaysia’s trusted and preferred travel agency. We are grateful to be able to offer our travel services to customers in order to make their Umrah, Hajj and packaged tours journeys more affordable,” said Azman.
For the past 17 years, FGV has a solid track record in corporate travel, Umrah and Hajj
Felda Travel has a solid track record in corporate travel, and steadily build up its Umrah and Hajj business segment for the past 17 years. From booking flights and accommodations to ground transfers, guests of the holy cities of Makkah and Madinah are able to complete their journey with confidence and ease of mind.
BSN’s newly launched personal financing is aimed specifically at government and selected private organisation employees for Umrah, Hajj and packaged tours with Felda Travel, BSN’s travel partner. The financial service allows financing amounts of up to RM200,000 for a maximum tenure of 10 years.
“Staying true to our vision of ‘No Malaysian left behind’, BSN has always been mindful of the community’s needs by diversifying our product and service offerings to meet the needs of customers tailored to various segments. Therefore, we welcome the collaboration with Felda Travel Sdn Bhd as a partner through Personal Financing for Umrah, Ziarah, Hajj and packaged tours,” said Mujibburrahman.
“BSN is the only bank that offers Umrah, Hajj and packaged tours at competitive rates. You also have the chance to win prizes through the BSN SSP Draw that is held every month,” Mujibburrahman added.
Umrah and Hajj demand has recently increased significantly after being suspended for over two (2) years during COVID-19. Prior to COVID-19, over 270,000 Malaysians performed Umrah, with another 30,000 pilgrims performing Hajj each year.
ENDS
KUALA LUMPUR, 9 November – FGV Holdings Berhad (FGV), melalui anak syarikatnya, Felda Travel Sdn Bhd (Felda Travel), memeterai perjanjian kerjasama dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk melancarkan fasiliti pembiayaan peribadi patuh syariah baharu, untuk tujuan Umrah, Haji dan pakej pelancongan.
Perjanjian kerjasama itu ditandatangani oleh Amirul Hadi Azlan, Ketua Pegawai Eksekutif Felda Travel dan Norainah Mohmad Zakuan, Ketua Perbankan Runcit BSN. Majlis menandatangani disaksikan oleh Azman Ahmad, Pengarah Bahagian Logistik & Perniagaan Sokongan Kumpulan FGV, dan Mujibburrahman Abd Rashid, Ketua Pegawai Perniagaan BSN.
“Kerjasama dengan BSN, sebuah institusi kewangan yang terkemuka dalam negara, adalah penting bagi Felda Travel dalam memperkukuhkan kedudukannya sebagai agensi pelancongan yang dipercayai dan menjadi pilihan rakyat Malaysia. Kami juga berbangga kerana dapat bekerjasama menawarkan kemudahan pembiayaan perkhidmatan perjalanan umrah, haji dan pakej pelancongan mampu milik kepada pelanggan,” kata Azman.
Sejak 17 tahun lalu Felda travel mengekalkan prestasi yang stabil bagi segmen pelancongan korporat, Umrah dan Haji
Felda Travel mencatatkan prestasi yang stabil bagi segmen pelancongan korporat, dan terus mengukuhkan perniagaan untuk segmen Umrah dan Haji sejak 17 tahun lalu. Daripada tempahan penerbangan dan penginapan sehingga transit, jemaah dari kota suci Makkah dan Madinah dapat melengkapkan perjalanan mereka dengan lebih yakin dan tenang.
Pembiayaan peribadi BSN yang baru dilancarkan ini khusus untuk kakitangan kerajaan dan swasta terpilih bagi menunaikan Umrah, Haji dan pakej pelancongan bersama Felda Travel, rakan kongsi pelancongan BSN. Kemudahan kewangan itu membenarkan jumlah pembiayaan sehingga RM200,000 untuk tempoh maksimum 10 tahun.
“Berpegang teguh kepada visi kami iaitu ‘Tiada rakyat Malaysia yang ketinggalan’, BSN sentiasa peka dengan keperluan masyarakat dengan mempelbagaikan penawaran produk dan perkhidmatan kami untuk memenuhi keperluan pelanggan yang disesuaikan dengan pelbagai segmen. Oleh itu, kami mengalu-alukan kerjasama dengan Felda Travel Sdn Bhd sebagai rakan kongsi melalui Pembiayaan Peribadi untuk Umrah, Ziarah dan pakej pelancongan ini,” kata Mujibburrahman.
“BSN adalah satu-satunya bank yang menawarkan ‘Pembiayaan Peribadi Umrah, Haji dan pakej pelancongan dengan kadar yang kompetitif. Anda juga turut berpeluang untuk memenangi hadiah melalui Cabutan BSN SSP yang dijalankan pada setiap bulan,” tambah Mujibburrahman.
Permintaan Umrah dan Haji baru-baru ini meningkat dengan ketara selepas ditangguhkan selama lebih dua (2) tahun kerana COVID-19. Sebelum COVID-19, lebih 270,000 rakyat Malaysia menunaikan umrah, dengan 30,000 lagi jemaah menunaikan haji setiap tahun.
TAMAT