KUALA LUMPUR, 18 August 2017

Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) menerusi anak syarikatnya, Felda Travel Sdn Bhd (Felda Travel) menawarkan pakej umrah terbaharu ‘Ibrah Menyingkap Hikmah’ dengan penglibatan eksklusif Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dan Ustaz Nushi Dato’ Mahfodz.

Pakej umrah yang akan bermula pada 27 November hingga 8 Disember 2017 berkenaan adalah hasil kerjasama antara Felda Travel dengan KUISCELL Sdn Bhd (KUISCELL).

Pegawai Bertanggungawab FGV, Dato’ Khairil Anuar Aziz berkata, pakej umrah kali ini menawarkan sesuatu yang cukup bermakna di mana jemaah berpeluang menyambut hari Maulidur Rasul di tanah kelahiran Nabi Muhammad S.A.W iaitu tanah suci Mekah.

“Penglibatan khas ikon KUISCELL, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Nushi sebagai pembimbing pasti memberi manfaat berguna kepada Jemaah selain turut melibatkan perkongsian ilmu sambil melakukan ziarah bagi menghayati peristiwa yang berlaku di tanah suci Mekah dan Madinah,” katanya.

Antara kelebihan yang ada dalam pakej umrah kali ini adalah penginapan yang dekat dan selesa iaitu menginap selama enam malam di hotel Le Meridien atau setaraf dengan jarak 100 meter dari Pintu 1 Masjidil Haram, Mekah. Manakala baki empat malam pula di hotel Mawaddah Al-Safwah atau setaraf dengan jarak 50 meter dari Masjid Nabawi, Madinah.

Dato’ Khairil berkata, selain daripada pakej umrah berkenaan, Felda Travel turut menawarkan pelbagai pakej menarik lain antaranya pakej Nuhasi, Fiddi dan Zahaby yang turut akan bermula pada November dan Disember depan.

Kelebihan pakej yang ditawarkan oleh Felda Travel keselesaan yang terjamin iaitu dalam kumpulan kecil, dibimbing kakitangan terlatih, penerbangan terus, jarak hotel yang dekat dengan Masjidilharam dan Masjid Nabawi serta makanan disediakan oleh DSaji

“Kelebihan pakej yang ditawarkan oleh Felda Travel keselesaan yang terjamin iaitu dalam kumpulan kecil, dibimbing kakitangan terlatih, penerbangan terus, jarak hotel yang dekat dengan Masjidilharam dan Masjid Nabawi serta makanan disediakan oleh DSaji,” jelasnya.

Bagi orang awam yang berminat untuk menyertai pakej umrah Felda Travel, boleh layari laman sesawang http://www.feldatravel.com.my atau hubungi talian atau 03-2698 3833 atau WhatsApp 019-279 0022.

– Tamat –

Find