7 October 2023

KUALA LUMPUR, 7 October – In the effort to further boost its presence in the dairy product segment, FGV Holdings Berhad (FGV) today launches its latest dairy product, the Acerola Yogurt under its Bright Cow brand. The launch was held at AEON BiG Wangsa Maju, signifying FGV’s strategic collaboration with AEON BiG as one of Bright Cow’s partners and retailers that offers a wide range of its dairy products.

From left: Rajesh Dhaman, Head Operations of Aeon BiG (M) Sdn Bhd, Dato’ Iszhar Ibrahim, CEO of FGV Dairy Industries Sdn Bhd, Dato’ Azizulhasni Awang, Bright Cow Yogurt Ambassador, Abdul Razak Aya, Head of FGV Integrated Farming, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Managing Director of AEON BiG (M) Sdn Bhd.

Yogurt is a good source of calcium and protein that helps improve overall gut health. Bright Cow Acerola Yogurt is the first yogurt range in Malaysia that uses Acerola Cherry, a tropical superfruit as its main ingredient, known for its high vitamin C content, available in two delightful local flavours, Coconut Gula Melaka and Pineapple. Acerola Cherry has 50-100 times more vitamin C than an orange, offering numerous health benefits, making it a nutritious snack choice for all.

Bright Cow Acerola Yogurt is the first yogurt range in Malaysia that uses Acerola Cherry, a tropical superfruit as its main ingredient, known for its high vitamin C content, available in two delightful local flavours, Coconut Gula Melaka and Pineapple.

“All of our yogurts are made from fresh milk sourced from our farm in Linggi, Negeri Sembilan. From our farm-to-table approach, we offer a wide range of products, including nutritious fresh milk, the creamy goodness of our yogurt, the refreshing zing of kefir, or the wholesome benefits of our UHT milk. Through this latest foray, we are further RE-Defining our efforts in highlighting FGV as a company that champions sustainable foods and agriproducts for generations to come and committed to play an important role in the national food security agenda by delivering affordable, high quality and nutritious products for Malaysians.,” said Dato’ Nazrul Mansor, Group Chief Executive Officer of FGV. 

With farm to table approach, Bright Cow offers a wide range of products, including nutritious fresh milk, the creamy goodness of our yogurt, the refreshing zing of kefir, or the wholesome benefits of our UHT milk.

During the months of October to December, Bright Cow is running a year-end promotion, with 120g Acerola Yogurt priced at RM1.99 (RRP: RM3.00) and Greek Yogurt at RM2.90 (RRP: RM3.90). Other dairy products such as fresh milk and kefir are also available at discounted prices at all 650 retail outlets including AEON, AEON BiG, Giant, Village Grocer, Jaya Grocer, Mercato and Ben’s Independent Grocer. Bright Cow’s sales for 2024 is projected to double compared to this year.

In conjunction with the launch, Bright Cow also announces the appointment of its very first brand ambassador for its yogurt range, Dato’ Azizulhasni Awang. Embracing the slogan ‘The Power of Local, The Pride of Nation’ the national track cycling champion will be endorsing Bright Cow’s yogurt range including Greek Yogurt, Kefir and the newly launched Acerola Yogurt.

“Our affiliation with Dato’ Azizulhasni will be centered around the empowerment of local talent, supporting entrepreneurship, promoting nutrition, and embracing social responsibilities, all of which are a source of national pride. With his spirit of perseverance, tenacity, and hard work that Malaysians take pride in, this is exactly what Bright Cow as a local brand is embodying. His dedication to health and fitness mirrors our commitment in providing quality products that promote overall well-being,” Dato’ Nazrul added.

“I am grateful for this opportunity to work with Bright Cow, especially with the new Acerola Yogurt that is rich in Vitamin C. As a local dairy brand, its identity resonated well with me as a homegrown athlete. My active lifestyle demands me to be in excellent shape which gut health plays an important part of it. Consuming yogurt is part of my balanced diet that will help us with our overall health, and I believe that it will benefit all of us too,” said Dato’ Azizulhasni.

For more information about Acerola Yogurt and other Bright Cow’s dairy products range, please visit Bright Cow’s social media platforms at @brightcowmalaysia. To learn more about FGV, watch FGV’s new corporate video available at our social media platforms – Facebook, Instagram, Tik Tok, LinkedIn and YouTube, as well as on the website at www.fgvholdings.com.

ENDS

KUALA LUMPUR, 7 Oktober – Dalam usaha memperkukuhkan kedudukan di pasaran tenusu tempatan, FGV Holdings Berhad (FGV) hari ini memperkenalkan produk terbarunya, Yogurt Acerola di bawah jenama Bright Cow. Pelancaran diadakan di AEON BiG Wangsa Maju, salah satu rakan niaga dan peruncit yang turut memasarkan pelbagai produk Bright Cow yang lain.

Dari kiri: Rajesh Dhaman, Ketua Operasi AEON BiG, Dato’ Iszhar Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif FGV Dairy Industries Sdn. Bhd, Dato’ Azizulhasni Awang, Duta Produk Yogurt Bright Cow, Abdul Razak Aya, Ketua Pertanian Bersepadu FGV Holdings Berhad, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Pengarah Urusan AEON BiG. 

Yogurt merupakan sumber kalsium dan protein yang membantu mengekalkan kesihatan usus. Yogurt Acerola Bright Cow adalah keluaran yogurt pertama di Malaysia yang menggunakan Ceri Acerola, sejenis buah super tropika yang dikenali dengan kandungan vitamin C yang tinggi sebagai bahan utamanya. Ia didatangkan dalam dua perisa tempatan yang lazat, iaitu Kelapa Gula Melaka dan Nanas. Berbanding buah oren, kandungan vitamin C Ceri Acerola adalah 50-100 kali lebih tinggi yang menawarkan pelbagai faedah kesihatan, menjadikan Yogurt Acerola ini snek berkhasiat pilihan semua.

Yogurt Acerola Bright Cow adalah keluaran yogurt pertama di Malaysia yang menggunakan Ceri Acerola, sejenis buah super tropika yang dikenali dengan kandungan vitamin C yang tinggi sebagai bahan utamanya. Ia didatangkan dalam dua perisa tempatan yang lazat, iaitu Kelapa Gula Melaka dan Nanas.

“Semua yogurt kami dihasilkan dari susu segar yang diperoleh dari ladang kami di Linggi, Negeri Sembilan. Melalui pendekatan dari ladang ke meja, kami menawarkan pelbagai produk seperti susu segar berkhasiat, yogurt berkrim, kefir segar, serta susu UHT. Pelancaran hari ini memperkukuhkan lagi inisiatif FGV dalam usaha mendefinisikan semula peranan kami sebagai sebuah syarikat yang memperjuangkan agenda produk makanan dan agri yang lestari untuk generasi akan datang, dan kami komited untuk memainkan peranan penting dalam agenda sekuriti makanan negara dengan menyediakan produk dengan harga yang berpatutan, berkualiti dan berkhasiat untuk semua rakyat Malaysia,” kata Dato’ Nazrul Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV.

Melalui pendekatan dari ladang ke meja, Bright Cow menawarkan pelbagai produk seperti susu segar berkhasiat, yogurt berkrim, kefir segar, serta susu UHT.

Sepanjang bulan Oktober sehingga Disember, Bright Cow mengadakan promosi akhir tahun dengan menjual Yogurt Acerola 120g pada harga RM1.99 (Harga Runcit: RM3.00) dan Yogurt Greek pada harga RM2.90 (Harga Runcit: RM3.90). Produk tenusu lain seperti susu segar dan kefir juga boleh dibeli pada harga diskaun di semua 650 pasaraya termasuk AEON, AEON BiG, Giant, Village Grocer, Jaya Grocer, Mercato dan Ben’s Independent Grocer. Jualan Bright Cow untuk tahun 2024 dijangka naik dua kali ganda berbanding tahun ini.

Sebahagian daripada langkah strategik untuk memperkukuhkan jenamanya, Bright Cow turut mengumumkan duta jenama pertamanya untuk rangkaian yogurt, iaitu Dato’ Azizulhasni Awang. Dengan slogan ‘Kekuatan Lokal, Kebanggaan Negara’, juara trek basikal kebangsaan ini akan mempromosikan rangkaian yogurt Bright Cow termasuk Yogurt Greek, Kefir, dan produk baharu Yogurt Acerola.

“Kerjasama dengan Dato’ Azizulhasni akan tertumpu kepada pemerkasaan potensi bakat tempatan, menyokong keusahawanan, mempromosikan pemakanan bernutrisi dan memikul tanggungjawab sosial, yang kesemuanya merupakan sumber kebanggaan negara. Dengan semangat, kegigihan, dan kerja keras beliau yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia, inilah yang ingin kami sampaikan sebagai jenama tempatan. Kesungguhan beliau dalam menjaga kesihatan dan kecergasan mencerminkan komitmen kami dalam menyediakan produk berkualiti yang mempromosikan kesejahteraan keseluruhan,” tambah Dato’ Nazrul.

“Saya bersyukur atas peluang untuk bekerjasama dengan Bright Cow, terutamanya dengan produk baharu, Yogurt Acerola yang diperkaya dengan Vitamin C. Sebagai jenama tenusu tempatan, identitinya selari dengan visi saya sebagai atlet tempatan. Gaya hidup yang aktif memerlukan saya sentiasa cergas dan kesihatan usus memainkan peranan yang penting. Pengambilan yogurt adalah sebahagian daripada diet seimbang saya yang membantu dalam mengekalkan kesihatan secara keseluruhan, dan saya percaya ia akan memberi manfaat kepada anda juga,” kata Dato’ Azizulhasni.

Untuk maklumat lanjut mengenai Yogurt Acerola dan rangkaian produk tenusu Bright Cow yang lain, sila layari platform media sosial Bright Cow di @brightcowmalaysia. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang FGV, sila tonton video korporat baharu kami di platform-palform media sosial FGV Holdings di Facebook, Instagram, Tik Tok, LinkedIn, dan YouTube, serta laman web di www.fgvholdings.com.

TAMAT

Find