FGV Signs an MOU with China Machinery Engineering Corporation – Jointly establish EFB based paper pulp production facilities

KUALA LUMPUR 18 DEC 2018 – FGV Holdings Berhad (FGV) has signed a Memorandum of
Understanding (MoU) with the China Machinery Engineering Corporation (CMEC) with the
aim to explore the feasibility of a joint venture or other collaborations that primarily
involves the establishment of paper pulp production facilities, as well as the potential
distribution and commercialisation of the paper pulp business to the global market.

CMEC’s core business is engineering contracting, specialising in the construction of power
projects, trading, investment, R&D and international services. CMEC also collaborates with
research institutes in Hangzhou and Guangxi, using technology to convert empty fruit
bunches (EFB) into paper pulp for commercialisation. It is currently listed on the Hong Kong
Stock Exchange with a current market capitalisation of HKD15.88 billion (RM8.58 billion).

FGV’s Interim Group President and Chief Executive Officer, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid
said that given the volatility of CPO prices, this initiative is in line with FGV’s strategy to
focus on downstream activities, by making sure that we fully utilise the by-products from
our existing operations to create value for the group.

“FGV produces approximately 3.47 million tonnes of EFB per year from its 68 mills all over
Malaysia. This green project also aligns with our waste to wealth initiative in order to ensure
the operations are more sustainable.

“With this MoU, FGV hopes to explore the opportunity to integrate the operations of its
existing mills with CMEC’s engineering expertise, to establish the paper pulp production
facilities with an initial capacity of 50,000 MT per annum (1st phase). Furthermore, FGV can
leverage on CMEC’s extensive engineering and domestic knowledge on China’s pulp
market,” he said.

Datuk Wira Azhar added, “Public awareness on the use of green and sustainable products
such as paper pulp is increasing every year. This is a great business potential for FGV to
explore as we leverage on the huge raw material source to our competitive advantage”.

China’s pulp and paper industry has been growing at an exponential pace, registering
growth of 182.3% from 2006 to 2016. This is in line with China’s import volume of paper
pulp between 2009 and 2017 which shows a growth of 73.4% growth with 23.72 million
tonnes imported in 2017. Given the pulp price per tonne of close to USD900, FGV expects to
capitalise on China’s demand for paper.

Ends.

For further information kindly contact:

Fairus Kassim, +019-3272507, fairus.k@fgvholdings.com
Syahidah Ismail, +019-2259705, syahidah.i@fgvholdings.com

________________________________________________

FGV Meterai MoU dengan China Machinery Engineering Corporation Bersama membangunkan fasiliti pengeluaran kertas pulpa berasaskan tandan buah kosong

KUALA LUMPUR 18 DIS 2018 – FGV Holdings Berhad (FGV) hari ini telah menandatangani
memorandum persefahaman (MoU) dengan China Machinery Engineering Corporation
(CMEC) dengan tujuan untuk menerokai potensi usaha sama atau kerjasama dalam
membangunkan fasiliti pengeluaran kertas pulpa serta pengedaran dan pengkomersilan
perniagaan produk berkenaan ke pasaran dunia.

Perniagaan utama CMEC adalah dalam bidang kontrak kejuruteraan, pakar dalam
pembinaan projek janakuasa dan turut merangkumi perdagangan, pelaburan, penyelidikan
& pembangunan (R&D) dan perkhidmatan antarabangsa. CMEC juga bekerjasama dengan
institut penyelidikan di Hangzhou dan Guangxi, menggunakan teknologi untuk menukar
tandan buah kosong kepada kertas pulpa untuk dikomersilkan. Ketika ini CMEC disenaraikan
di Hong Kong Stock Exchange dengan modal pasaran sebanyak HKD15.88 bilion (RM8.58
bilion).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Interim FGV, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid berkata,
dalam keadaan harga minyak sawit mentah (MSM) yang tidak menentu, inisiatif ini adalah
selari dengan strategi FGV untuk fokus kepada aktiviti hiliran dengan memastikan kami
mengoptimumkan penggunaan produk sampingan daripada operasi sedia ada untuk
mencipta nilai kepada kumpulan.

“FGV menghasilkan kira-kira 3.47 juta tan tandan buah kosong setahun daripada 68 buah
kilang sawit di seluruh Malaysia. Projek hijau ini juga selari dengan inisiatif sisa ke nilai
dalam usaha memastikan kemampanan operasi kami.

“Dengan MoU ini, FGV berharap dapat menerokai peluang untuk mengintegrasikan operasi
kilang dengan kepakaran kejuruteraan CMEC bagi membangunkan fasiliti pengeluaran
kertas pulpa dengan kapasiti sebanyak 50,000 MT setahun (Fasa1). Selain itu, FGV boleh
memanfaatkan kejuruteraan dan pengetahuan luas CMEC dalam pasaran pulpa di China,”
katanya.

Tambah Datuk Wira Azhar, “kesedaran orang ramai terhadap penggunaan produk hijau dan
mampan seperti kertas pulpa semakin meningkat setiap tahun. Ini adalah peluang
perniagaan terbaik untuk diterokai FGV dan kami mempunyai kelebihan kerana mempunyai
jumlah bahan mentah yang banyak.”

Industri kertas dan pulpa China telah berkembang pesat dengan mencatatkan pertumbuhan
sebanyak 182.3% dari tahun 2006 hingga 2016. Ini selari dengan peningkatan jumlah import
kertas pulpa China antara 2009 hingga 2017 sebanyak 73.4% dan sebanyak 23.72 juta tan
telah diimport pada 2017. FGV jangka mampu memanfaatkan permintaan tinggi kertas
pulpa di China memandangkan harganya mencecah hampir USD900 per tan.

Tamat

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:

Fairus Kassim, +019-3272507, fairus.k@fgvholdings.com
Syahidah Ismail, +019-2259705, syahidah.i@fgvholdings.com