FGV operational performance improves

KUALA LUMPUR, 28 FEBRUARY 2019–  FGV Holdings Berhad recorded a loss before zakat and tax (LBZT) of RM139 million for its fourth quarter ended December 2018 as a result of impairments and provisions amounting to RM240 million. Without impairments and provisions, FGV recorded a profit before zakat and tax (PBZT) of RM101 million for the period, compared to the previous corresponding quarter’s RM253 million. Revenue for the period declined in tandem with crude palm oil (CPO) prices to RM3.2 billion, compared to RM4.3 billion in 4Q2017.

FGV’s performance was affected by CPO prices which averaged at RM2,053 per metric tonne for the quarter under review, 24.6% lower than average CPO price of RM2,723 MT for 4Q2017.

“In the fourth quarter, the plantation operations were focused on plugging leaks, revising processes and implementing new controls to bring our estate performance in line with other large players in the industry,” Dato’ Haris Fadzilah Hassan, FGV’s Group Chief Executive Officer said. “Some of these initiatives are already starting to bear fruit, but the improvements will be more visible in 2019.”

For the financial year ended 2018, FGV recorded a LBZT of RM1 billion, against a PBZT of RM403 million the previous year, due in large part to impairments and provisions totalling to RM1,038 million. The decline in average CPO price during the period in review also affected performance at both top and bottomline.

During the quarter, the Plantation Sector’s fresh fruit bunch (FFB) production slipped by 3% to 1.15 million MT from 1.18 million MT, inline with the Malaysian Palm Oil Board’s assessment of national FFB production trends for 2018. FFB yield decreased to 4.62 MT/ha, down on the previous corresponding period’s 4.76 MT/ha. On the back of improving efficiency, oil extraction rate (OER) improved by 4% in 4Q2018 to 20.7%, compared to 19.92% in the previous year. Total CPO production decreased by 6% to 816,406 MT, compared to 866,698 MT in the previous corresponding quarter. Meanwhile, due in large part to the reduced FFB production volume, ex-mill costs increased to RM1,572/MT compared to RM1,507/MT previously.

The Sugar Sector recorded a loss of RM13 million for the quarter in review, compared to a profit of RM24 million in the previous corresponding quarter, while the Logistics and Support Businesses Sector registered a profit of RM19 million, a steep decline from a profit of RM109 million in the previous corresponding quarter. This is due to the impairment of receivables amounting to RM10 million, and following a change in the Sector’s business model.

 

Transformation Plan

  2018 (Actual) 2019 (Forecast) 2020 (Target)
FFB Production 4.21 mil MT 4.79 mil MT 5.14 mil MT
FFB Yield 16.9 MT/ha 19.4 MT/ha 20 MT/ha
OER 20.49% 20.78% 21.18%
CPO Production 2.83 mil MT 3.09 mil MT 3.20 mil MT
CPO cost (ex-mill) RM1,735/MT RM1,469/MT RM1,464/MT

 

FGV’s Transformation Plan was approved by the Board and phased implementation started in October 2018. The early initiatives to plug leaks and change processes are already showing early signs of success.

At estate level, structured tasking and block harvesting combined with efforts to improve crops security and traceability are already delivering results. New tasking systems for infield workers will improve performance, while mechanisation and new policies for ripeness standards will increase productivity.

“We have been tracking performance estate by estate for the last few months, and can clearly see where the gaps are and how to address them. To date, 59% of FGV’s estates have met their budget numbers or exceeded them,” Haris said.

At mill level, initiatives to tighten controls and reduce milling losses are underway. FGV is monitoring its mill utilization rate and has put in place steps to increase sourcing of FFB from independent smallholders and other third parties.

FGV’s replanting regimen is also on track to normalise palm age profile by 2026. In 2019, FGV has targeted to replant 15,000 ha.

“All our initiatives are constantly monitored and where necessary tweaked to suit local circumstances. We are scrutinising every area and addressing every issue that crops up. We are also working closely with our IT department under its new head to ensure that we use technology to capture and analyse data real time,” Haris said. “At a strategic level, plans to exit non-core businesses are underway. Similarly, manpower rationalisation efforts are being implemented,” he added.

(End)

 

Prestasi operasi FGV bertambah baik

KUALA LUMPUR, 28 FEBRUARI 2019–  FGV Holdings Berhad (FGV) mencatatkan kerugian sebelum zakat dan cukai sebanyak RM139 juta bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2018 disebabkan rosot nilai dan peruntukan berjumlah RM240 juta. Tanpa rosot nilai dan peruntukan FGV telah mencatatkan keuntungan sebelum zakat dan cukai sebanyak RM101 juta pada suku berkenaan berbanding keuntungan sebanyak RM253 juta pada suku sama tahun sebelumnya. Pendapatan pada suku keempat juga menurun selari dengan penurunan harga minyak sawit mentah (MSM) kepada RM3.2 bilion berbanding RM4.3 bilion pada suku sama tahun 2017.

Prestasi FGV telah terkesan dengan harga MSM dengan purata RM2,053 per tan metrik (MT) pada suku disemak, 24.6% lebih rendah berbanding harga purata RM2,723 MT yang dicatatkan pada suku keempat 2017.

“Pada suku keempat, operasi perladangan memberi penekanan kepada mencegah ketirisan, menyemak semula proses dan memperkenalkan kawalan baharu untuk memastikan prestasi ladang kami setaraf dengan pemain industri lain,” kata Dato’ Haris Fadzilah Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV. “Beberapa inisiatif ini telah mula membuahkan hasil namun penambahbaikan ini akan lebih ketara pada tahun 2019.”

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018, FGV mencatatkan kerugian sebelum zakat dan cukai sebanyak RM1 bilion, berbanding keuntungan sebelum zakat dan cukai sebanyak RM403 juta pada tahun sebelumnya. Ini sebahagian besar disebabkan rosot nilai dan peruntukan berjumlah RM1,038 bilion. Penurunan harga MSM semasa tahun disemak juga juga telah memberi kesan kepada keseluruhan prestasi.

Semasa suku keempat, pengeluaran buah tandan segar (BTS) Sektor Perladangan jatuh sebanyak 3% kepada 1.15 juta MT daripada 1.18 juta MT, selari dengan penilaian Lembaga Minyak Sawit Malaysia ke atas trend pengeluaran BTS negara pada 2018. Hasil BTS menurun kepada 4.62 MT/hektar, berbanding 4.76 MT/hektar yang dicatatkan pada suku sama tahun sebelumnya. Berdasarkan hasil penambahbaikan keberkesanan, kadar perahan minyak (OER) meningkat sebanyak 4% pada suku keempat 2018 kepada 20.7% berbanding 19.92% pada tahun sebelumnya. Jumlah pengeluaran MSM menurun sebanyak 6% kepada 816,406 MT berbanding 866,698 MT pada tempoh sama tahun sebelumnya. Sementara itu, disebabkan penurunan pengeluaran BTS yang ketara, kos pengeluaran MSM tidak termasuk kilang meningkat kepada RM1,572/MT berbanding RM1,507/MT pada tahun sebelumnya.

Sektor Gula pula mencatatkan kerugian sebanyak RM13 juta pada suku keempat, berbanding keuntungan sebanyak RM24 juta pada tempoh sama tahun sebelumnya. Manakala Sektor Logistik dan Perniagaan Sokongan mencatatkan keuntungan sebanyak RM19 juta, menurun berbanding keuntungan sebanyak RM109 juta pada tempoh sama tahun lalu. Ini adalah disebabkan rosot nilai belum diterima berjumlah RM10 juta dan berikutan pertukaran model perniagaan dalam sektor ini.

 

Pelan Transformasi

  2018 (Sebenar) 2019 (Jangkaan) 2020 (Sasaran)
Pengeluaran BTS 4.21 juta MT 4.79 juta MT 5.14 juta MT
Hasil BTS 16.9 MT/ha 19.4 MT/ha 20 MT/ha
OER 20.49% 20.78% 21.18%
Pengeluaran MSM 2.83 juta MT 3.09 juta MT 3.20 juta MT
Kos MSM (tidak termasuk kilang) RM1,735/MT RM1,469/MT RM1,464/MT

 

Pelan Transformasi FGV telah diluluskan oleh Lembaga dan fasa pelaksanaannya bermula pada Oktober 2018. Inisiatif awal meliputi mencegah ketirisan dan mengubah proses-proses telah menunjukkan tanda-tanda awal kejayaan.

Pada peringkat ladang, amalan tugasan berstruktur dan penuaian blok yang digabungkan dengan usaha menambahbaik keselamatan dan kebolehkesanan hasil tanaman telah mula memberikan hasilnya. Sistem tugasan baharu untuk pekerja di ladang akan menambahbaik prestasi manakala mekanisasi dan polisi baharu standard kematanganbuah akan meningkatkan produktiviti.

Kami telah memantau prestasi setiap ladang dalam tempoh beberapa bulan yang lalu dan dapat melihat dengan jelas setiap kelemahan dan bagaimana untuk mengatasinya. Setakat ini, 59% daripada keseluruhan ladang telah memenuhi atau melebihi sasaran yang ditetapkan,” kata Haris.

Di peringkat kilang, inistiatif untuk mengetatkan kawalan dan mengurangkan kerugian kilang masih sedang berjalan. FGV telah memantau kadar penggunaan kilang dan melaksanakan langkah-langkah untuk meningkatkan bekalan BTS daripada pekebun kecil individu dan pihak ketiga.

Proses tanam semula FGV juga berada di landasan betul untuk menormalisasikan profil umur pokok sawit menjelang 2026. Pada 2019, FGV menyasarkan untuk menanam semula sebanyak 15,000 ha.

“Semua inisiatif kami sentiasa dipantau dan ditambah baik jika perlu bagi menyesuaikannya mengikut keadaan tempat tertentu. Kami meneliti setiap kawasan dan menangani setiap isu yang timbul. Kami juga bekerjasama rapat dengan bahagian teknologi maklumat di bawah ketua baharu bagi memastikan kami menggunakan teknologi untuk mengesan dan menganalisa data secara langsung,” kata Haris. “Pada peringkat strategik, pelan untuk melupuskan perniagaan bukan teras masih diteruskan. Begitu juga dengan usaha untuk merasionalisasi tenaga kerja,” tambah beliau.

(Tamat)