3 May 2019

As part of FGV Holdings Berhad’s (FGV) transformation programme and the renewed focus on efficiency, accountability and profitability, FGV is liquidating two companies by end of 2019. The two are, Felda Engineering Services Sdn. Bhd. (Felda Engineering) and Felda Properties Sdn. Bhd. (Felda Properties), neither of which is a core business for FGV. The Group currently has about 100 companies, of which 93 are active and operational, though several are not profitable or well-managed.

Felda Engineering and Felda Properties were incorporated in 1994 and 1995 respectively, mainly to support internal housing and construction projects for the Federal Land Development Authority (Felda). Neither Felda Engineering, which is a project management company, nor Felda Properties has undertaken much work outside of the Felda Group and/or FGV.

Since FGV’s listing in 2012, Felda’s subsidiary Felda Investment Corp (FIC) has taken over much of the work previously undertaken by Felda Engineering and Felda Properties. Additionally, FGV’s Plantation Sector already has inhouse capacity to manage and maintain its own facilities.

FGV was in discussions with Felda for almost a year from February 2018, and also with the settlers’ cooperative, Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF), from November 2018 on the possible takeover of Felda Engineering and Felda Properties. Neither Felda nor KPF agreed to acquire the two companies.

Pursuant to the planned liquidation of the companies, FGV has offered severance packages to a total of 135 employees, in accordance with Malaysia’s labour laws and regulations. Each affected employee will receive between 10 and 30 months of his or her current monthly salary, depending on years of service to the Group. All the 135 employees will also receive full medical insurance coverage until 31 December 2019. Additionally, FGV is offering outplacement assistance to all affected employees to help facilitate a smooth transition.

Since the management made the decision to exit the two businesses a year ago, a total of 23 employees from Felda Engineering and Felda Properties have been absorbed into other parts of the Group. FGV will continue to seek every opportunity to reskill or redeploy its displaced manpower, where possible.

(end)

Sebagai sebahagian daripada program transformasi FGV Holdings Berhad (FGV), dan tumpuan untuk mempertingkatkan kecekapan, akauntabiliti dan keuntungan, FGV sedang dalam proses membubarkan dua syarikatnya, menjelang akhir tahun 2019. Dua syarikat ini ialah Felda Engineering Services Sdn. Bhd. (Felda Engineering) dan Felda Properties Sdn. Bhd. (Felda Properties). Kedua – duanya bukan perniagaan teras FGV. FGV mempunyai kira – kira 100 syarikat dibawahnya, di mana 93 syarikatnya aktif dan beroperasi, walaupun beberapa daripadanya tidak menguntungkan atau diurus dengan baik.

Felda Engineering dan Felda Properties telah diperbadankan masing – masing pada tahun 1994 dan 1995, terutamanya untuk menyokong projek perumahan dan pembinaan untuk Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda). Felda Engineering, sebuah syarikat pengurusan projek, mahupun Felda Properties tidak melaksanakan begitu banyak kerja diluar Felda atau pun FGV.

Sejak penyenaraian FGV pada tahun 2012, anak syarikat Felda, Felda Investment Corp (FIC) telah mengambil alih sebahagian daripada kerja – kerja di bawah Felda Engineering dan Felda Properties sebelum ini. Selain daripada itu, sektor perladangan FGV mempunyai keupayaan sendiri untuk menguruskan dan mengekalkan kemudahan – kemudahannya.

FGV sudah pun berbincang dengan Felda selama hampir setahun, dari Februari 2018, dan juga dengan Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF), dari November 2018, mengenai potensi pengambilalihan Felda Engineering dan Felda Properties. Felda dan KPF tidak bersetuju untuk memperoleh kedua-dua syarikat ini.

Selaras dengan usaha membubarkan kedua – dua syarikat ini, FGV telah menawarkan pakej pemberhentian mengikut undang-undang dan peraturan – peraturan buruh di Malaysia, kepada sejumlah 135 pekerja. Setiap pekerja yang terjejas akan menerima antara 10 dan 30 gaji bulanan semasa, dan ianya bergantung kepada tempoh perkhidmatan di FGV. Kesemua 135 pekerja juga akan menerima liputan insurans perubatan penuh sehingga 31 Disember 2019. Selain daripada itu, FGV juga menyediakan sokongan penempatan kepada semua pekerja terjejas untuk membantu memudahkan peralihan yang lancar.

Sejak pihak pengurusan FGV membuat keputusan untuk membubarkan kedua – dua syarikat ini setahun yang lalu, sejumlah 23 pekerja dari Felda Engineering dan Felda Properties telah diserap ke bahagian-bahagian lain di dalam FGV. FGV akan terus membantu sebaik mungkin untuk mencari peluang – peluang penempatan dengan matlamat membolehkan semua perkerja yang terjejas kembali bekerja.

(tamat)

Find