14 May 2019

FGV recently held a Governance & Integrity Day on May 13 in efforts to drive better governance and integrity culture as well as enhance awareness amongst the employees on anti-corruption practices applied in FGV.

The Day kick-started with a speech from the Head of Group Governance cum Chairman of the Governance and Integrity Day Committee, Dato ‘Abdul Wahab Abdul Aziz and later followed by the launch of three related documents; “Corporate Governance & Business Integrity Blueprint”, “Governance, Integrity & Anti-Corruption Manual” and “Anti-Bribery Management Systems (ABMS)”, officiated by the Group Chairman, Azhar Abdul Hamid, Chairman of the Board Governance & Risk Management Committee, Dato’ Yusli Mohamed Yusoff, and Group Chief Executive Officer, Dato’ Haris Fadzilah Hassan.

FGV employees were also given further exposure on the importance of good governance and integrity through exhibitions by the Malaysian Anti-Corruption Commission (Community Education), Malaysia Prisons Department and a ‘Clinic’ by FGV Group Governance Division that provided consultation on issues, procedures, policies, complaints and others relating to governance and integrity.

The program then continued with a talk on Corporate Liability and ABM by SPRM and SIRIM for the Board of Directors of FGV and MSM together with the Top Management of FGV. A talk entitled ‘Penghayatan Integriti di Bulan Ramadan’ was also organised for all Muslim employees.

It is hoped that through these continuous efforts, FGV is able to further enhance the Group’s performance and excellence with better governance and integrity moving forward.

END

FGV telah mengadakan Hari Tadbir Urus & Integriti 2019 pada 13 Mei di peringkat Kumpulan untuk mewujudkan dan memacu budaya tadbir urus yang baik dan integriti disamping meningkatkan kesedaran di kalangan pekerja tentang amalan anti-rasuah.

Program ini dimulakan dengan ucapan daripada Ketua Tadbir Urus Kumpulan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hari Tadbir Urus dan Integriti 2019, Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz dan diikuti dengan pelancaran 3 dokumen berkaitan iaitu; “Corporate Governance & Business Integrity Blueprint”, “Governance, Integrity & Anti-Corruption Manual”, dan “Anti-Bribery Management Systems” yang telah ditandatangani dan dirasmikan oleh Pengerusi Kumpulan – Azhar Abdul Hamid, Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Urus & Pengurusan Risiko Lembaga Pengarah – Dato’ Yusli Mohamed Yusoff, dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan – Dato’ Haris Fadzilah Hassan.

Semua warga kerja FGV turut diberi pendedahan lanjut mengenai kepentingan tadbir urus yang baik dan integriti melalui pameran–pameran oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Bah. Pendidikan Masyarakat), Jabatan Penjara Malaysia dan Bah. Tadbir Urus Kumpulan yang membuka sebuah ‘Klinik’ memberikan khidmat nasihat mengenai isu-isu, prosedur, polisi, aduan dan lain-lain yang berkaitan dengan tadbir urus dan integriti.

Program ini diteruskan dengan latihan kepada Lembaga Pengarah FGV dan MSM serta Pengurusan Tertinggi FGV, berkaitan “Corporate Liability Act” dan “Anti-Bribery Management System”.

FGV turut mengambil peluang mengadakan ceramah ‘Penghayatan Integriti di bulan Ramadan’ khususnya buat warga kerja beragama Islam.

Diharap agar usaha-usaha yang dijalankan ini, FGV dapat meningkatkan prestasi dan kecemerlangan Kumpulan melalui tadbir urus yang baik dan penuh berintegriti.

TAMAT

Find