15 October 2020

Media Statement

FGV Holdings Berhad (FGV) refers to the Withhold Release Order (WRO) issued by the United States Customs and Border Protection (CBP) on 30 September 2020 against palm oil and palm oil products made by FGV.

The Board of Directors of FGV wishes to inform that on 8 October 2020, FGV has communicated with the CBP via conference call to seek clarification on its investigation findings and on steps expected to be taken by FGV for the revocation of the WRO. Information around the CBP’s investigation findings is imperative to enable FGV to address and resolve any remaining gaps in its practices. 

However, the CBP could not reveal any information about its findings except that its research had identified the 11 International Labour Organization (ILO) indicators of forced labour in FGV’s practices. The CBP did not disclose any further information about its findings including the nature or locations of any incidence linked to such indicators.

The CBP informed FGV that it would consider a petition for the revocation of the WRO together with information or reports arising from audits from credible, unbiased, third-party auditing firms. In relation to this, FGV is already in communication with several independent organisations to explore options for an imminent audit of FGV’s operations. FGV expects to finalise the appointment of such an audit firm in the next couple of weeks and to proceed with the audits shortly after.

FGV is committed to taking all necessary steps and measures towards the revocation of the WRO. FGV expresses its thanks and appreciation to the CBP for its readiness to discuss the matter with FGV, and FGV looks forward to continue engaging with the CBP.

At the same time, FGV remains committed to implementing its action plan under its affiliation with the Fair Labor Association (FLA). The FLA action plan can be accessed on FGV’s website at www.fgvholdings.com. The next progress report of the implementation of this action plan is due to be published on 31 March 2021.

FGV shall make further announcements if there are any further material development in respect of this matter.

FGV HOLDINGS BERHAD

Kenyataan Media

FGV Holdings Berhad (FGV) merujuk kepada Perintah Pelepasan Tahan (WRO) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat pada 30 September 2020 terhadap minyak sawit dan produk sawit keluaran FGV.

Lembaga Pengarah FGV ingin memaklumkan bahawa pada 8 Oktober 2020, FGV telah berkomunikasi dengan CBP melalui panggilan persidangan untuk mendapatkan penjelasan mengenai hasil siasatannya dan juga mengenai langkah-langkah yang harus diambil oleh FGV untuk pembatalan WRO. Maklumat mengenai penemuan siasatan CBP amat penting bagi membolehkan FGV menangani dan menyelesaikan jurang yang masih ada dalam amalan syarikat.

Walau bagaimanapun, CBP tidak dapat mendedahkan maklumat yang ditemui kecuali hasil siasatannya yang telah mengenalpasti 11 indikasi Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) mengenai buruh paksa dalam amalan syarikat FGV. CBP tidak mendedahkan sebarang maklumat lain mengenai hasil siasatannya termasuk sifat atau lokasi kejadian yang berkaitan dengan indikasi-indikasi tersebut.

CBP memaklumkan kepada FGV bahawa ia akan mempertimbangkan petisyen untuk pembatalan WRO bersama-sama dengan maklumat atau laporan yang terhasil dari audit oleh firma audit pihak ketiga yang boleh dipercayai, dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Sehubungan dengan ini, FGV kini sedang berkomunikasi dengan beberapa organisasi bebas untuk mencari pilihan dalam menjalankan audit bagi operasi FGV pada masa yang akan datang. FGV menjangka pelantikan firma audit tersebut akan selesai dalam beberapa minggu lagi dan akan meneruskan audit tidak lama kemudian.

FGV komited dalam mengambil langkah-langkah wajar untuk membatalkan WRO. FGV mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada CBP atas kesediaannya untuk membincangkan perkara ini dengan FGV, dan FGV berharap dapat meneruskan perhubungan dengan CBP.

FGV kekal komited dalam melaksanakan rancangan tindakan di bawah afiliasinya dengan Fair Labor Association (FLA). Rancangan tindakan FLA tersebut boleh diakses di laman sesawang FGV di www.fgvholdings.com. Laporan kemajuan seterusnya mengenai pelaksanaan rancangan tindakan ini akan diterbitkan pada 31 Mac 2021.

FGV akan membuat pengumuman lanjut sekiranya terdapat perkembangan material yang berkaitan dengan perkara ini.

FGV HOLDINGS BERHAD

Find