9 February 2023

LANGKAWI, 9 February – FGV Holdings Berhad through its subsidiary Delima Oil Products Sdn Bhd (DOPSB) today launched its “Program Pembangunan Usahawan Asnaf” in collaboration with its partners, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) and Langkawi Community College, as part of the “SAJI Seikhlas Hati” campaign. This pilot project signifies the beginning of DOPSB’s flagship Corporate Social Responsibility (CSR) programme.

The launch ceremony in Langkawi, Kedah also marked the commencement of the “SAJI Seikhlas Hati” campaign that aims to help Asnaf entrepreneurs develop their own businesses by providing them with necessary knowledge, skill-based training and exposure. Ten selected Asnaf entrepreneurs in Kedah, who are the first batch of the program’s participants today received a booster kit worth RM5,000, consisting of utensils, cooking and baking equipment and raw materials including product ingredients to help kick-start their businesses.

Dato’ Dzulkifli Abd Wahab, Chairman of FGV Holdings Berhad said, “SAJI Seikhlas Hati”  is a noble initiative in implementing holistic and extensive social assistance to targeted groups, which are the needy. The programme will provide assistance and support services, including monthly food assistance, skill-based training services, pilgrimage, and aid programmes, and not to forget welfare initiatives.

SAJI Seikhlas Hati” is an ongoing effort to further improve the quality of life for low-income people and align with the government’s initiative to help raise their standard of living via relevant entrepreneurship program. FGV is committed to ensuring that the participants of the programme receive a long term and sustainable benefits from this initiative, so it will be a win-win situation for all the stakeholders involved,” Dato’ Dzulkifli added.

From left: Zulkifli Othman, Head of Downstream Division, FGV Holdings Berhad,  Haslinda Abd Hamid, Director of Langkawi Tourism Academy, Kolej Komuniti Langkawi, Dato’ Dzulkifli Abd Wahab, Chairman of FGV Holdings Berhad , Dato’ Syeikh Zakaria Othman, Chief Executive Officer (CEO) of Lembaga Zakat Negeri Kedah and Shammim Azad Kamruzaman, Chief Executive Officer (CEO) of Delima Oil Products Sdn. Bhd.

In addition to financial aids, recipients will also receive various SAJI products from DOPSB such as cooking oil, coconut milk, creamer and SERI PELANGI margarine on top of the  RM250,000 allocation for tailored training programmes and courses for the Asnaf entrepreneurs.

“SAJI Seikhlas Hati” campaign aims to help Asnaf entrepreneurs develop their own businesses by providing them with necessary knowledge, skill-based training and exposure.

FGV is determined to make a substantial and meaningful difference in supporting deserving Malaysians through its “SAJI Seikhlas Hati” initiative, with an allocation of over RM3,000,000 for the entire programme at various locations nationwide. FGV targets to expand the programme to seven other states namely Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu and Kuala Lumpur with expected 100 participants.

As part of the “SAJI Seikhlas Hati” campaign, FGV has also designed several programmes throughout the year including free distribution of cooking oil to targeted groups and the bubur lambuk distribution programme during the upcoming month of Ramadhan with the community and orphans.

ENDS

LANGKAWI, 9 Februari – FGV Holdings Berhad (FGV) melalui anak syarikatnya, Delima Oil Products Sdn Bhd (DOPSB) hari ini melancarkan Program Pembangunan Usahawan Asnaf dengan kerjasama Institut Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Kolej Komuniti Langkawi yang merupakan sebahagian daripada kempen SAJI Seikhlas Hati. Ini merupakan projek perintis bagi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) perdana DOPSB.

Majlis pelancaran di Langkawi, Kedah ini menandakan bermulanya kempen SAJI Seikhlas Hati yang bertujuan membantu usahawan Asnaf membangunkan perniagaan mereka dengan sokongan dari segi ilmu pengetahuan, latihan kemahiran dan pendedahan yang diperlukan. 10 usahawan Asnaf terpilih di Kedah merupakan kumpulan pertama peserta program, menerima ‘booster’ kit bernilai RM5,000 terdiri daripada peralatan memasak, membakar kek dan roti serta bahan mentah untuk membantu mereka memulakan perniagaan.

Dato’ Dzulkifli Abd Wahab, Pengerusi FGV Holdings Berhad berkata, “SAJI Seikhlas Hati adalah satu inisiatif murni syarikat dalam melaksanakan bantuan sosial yang menyeluruh dan meluas kepada kumpulan sasar, iaitu golongan yang memerlukan. Program ini akan menyediakan bantuan dan perkhidmatan sokongan, termasuk bantuan makanan bulanan, khidmat latihan kemahiran, program ziarah dan bantuan, dan tidak lupa inisiatif kebajikan.

 “SAJI Seikhlas Hati adalah usaha berterusan syarikat untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat berpendapatan rendah, sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk membantu meningkatkan taraf hidup mereka melalui program keusahawanan. Dengan ini, FGV komited untuk memastikan peserta program menerima manfaat jangka panjang dan mampan daripada inisiatif ini, serta akan menjadi situasi menang-menang untuk semua pihak berkepentingan yang terlibat.” tambah Dato’ Dzulkifli.

Dari kiri: Zulkifli Othman, Ketua Bahagian Hiliran, FGV Holdings Berhad, Haslinda Abd Hamid, Pengarah Langkawi Tourism Academy, Kolej Komuniti Langkawi, Dato’ Dzulkifli Abd Wahab, Pengerusi FGV Holdings Berhad, Dato’ Syeikh Zakaria Othman, Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Zakat Negeri Kedah dan diikuti Shammim Azad Kamruzaman, Ketua Pegawai Eksekutif, Delima Oil Products Sdn. Bhd.

Selain bantuan kewangan, penerima juga akan menerima pelbagai produk jenama SAJI keluaran DOPSB seperti minyak masak, santan, krimer dan marjerin SERI PELANGI selain peruntukan RM250,000 untuk program latihan dan kursus yang dikhususkan untuk usahawan Asnaf.

Kempen SAJI Seikhlas Hati bertujuan bagi membantu usahawan Asnaf membangunkan perniagaan mereka dengan sokongan dari segi ilmu pengetahuan, latihan kemahiran dan pendedahan.

FGV tekad untuk membuat perubahan yang besar dan bermakna dalam membantu rakyat Malaysia yang layak melalui inisiatif SAJI Seikhlas Hati, dengan memperuntukkan lebih RM3,000,000 untuk keseluruhan program di pelbagai lokasi di seluruh negara. FGV menyasarkan untuk memperluaskan program ini ke tujuh negeri lain seperti Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu dan Kuala Lumpur dengan jangkaan 100 peserta.

Sebahagian daripada kempen SAJI Seikhlas Hati, FGV juga telah merangka beberapa inisiatif lain sepanjang tahun termasuk pengedaran minyak masak percuma kepada golongan sasar dan program pengagihan bubur lambuk pada bulan Ramadhan akan datang bersama komuniti dan anak-anak yatim.

TAMAT

Find