29 October 2020

With reference to the Media Statement made on 28 October 2020 regarding Federal Land Development Authority (FELDA)’s recovery plan, FGV Holdings Berhad (FGV) wishes to reiterate that FGV has yet to receive a written notice from FELDA regarding the termination of the said LLA.

Once FGV receives an official notice from FELDA as required under the LLA, FGV will follow the procedures outlined in the LLA to start the process of termination and determining the compensation due to FGV which will take 18 months to complete.

The Land Lease Agreement refers to FELDA-owned estates totaling 350,733 hectares that were leased to FGV for 99 years beginning from 1 November 2011. The expected compensation amount due to FGV as a result of the LLA termination may range between RM3.5 billion to RM4.3 billion based on internal assessment which will vary depending on FGV’s financial performance for 2020 and 2021 and other various factors.

FGV’s plantation supply chain remains intact as the LLA estates only represent 30% of the Fresh Fruit Bunches (FFB) that are processed at FGV’s 68 palm oil mills. Due to the proximity of the palm oil mill locations to the LLA estates, we do not foresee any changes to the current FFB supply arrangement. The rest of FGV’s plantation integrated value chain in the midstream and downstream businesses will remain uninterrupted by the LLA termination exercise.

As LLA termination had always been a much talked about scenario, FGV has already prepared its businesses and operations for this eventuality. As such, FGV’s overall long term strategy to further grow and strengthen its high value-add business activities focusing on food and branded consumer products remain intact and potentially expedited to provide higher expected returns to shareholders as the result of the LLA termination.

FGV, will at all times safeguard the interests of FGV’s shareholders and we will make the relevant announcements at the appropriate time in the event of material development on this matter.

For more information, please refer to FGV’s Media Statements made on 20 October 2020 and 27 October 2020.

 

FGV Holdings Berhad

Merujuk kepada Kenyataan Media yang dibuat pada 28 Oktober 2020 mengenai rancangan pemulihan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), FGV Holdings Berhad (FGV) ingin mengulangi bahawa FGV masih belum menerima notis bertulis daripada FELDA mengenai penamatan LLA tersebut.

Setelah FGV menerima notis rasmi daripada FELDA seperti yang disyaratkan di bawah LLA, FGV akan mengikuti prosedur yang telah digariskan dalam LLA untuk memulakan proses penamatan dan menentukan jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada FGV yang akan mengambil masa selama 18 bulan untuk diselesaikan.

Perjanjian Pajakan Tanah merujuk kepada ladang-ladang milik FELDA seluas 350,733 hektar yang dipajakkan kepada FGV selama 99 tahun bermula dari 1 November 2011. Jumlah pampasan yang dijangka perlu dibayar kepada FGV kerana penamatan LLA antara RM3.5 bilion hingga RM4.3 bilion berdasarkan penilaian dalaman yang akan berbeza bergantung kepada prestasi kewangan FGV untuk tahun 2020 dan 2021 serta pelbagai faktor lain.

Rantaian bekalan ladang FGV tetap utuh kerana ladang-ladang LLA hanya mewakili 30% Tandan Buah Segar (TBS) yang diproses di 68 kilang kelapa sawit FGV. Oleh kerana lokasi kilang kelapa sawit yang berdekatan dengan ladang – ladang LLA, kami tidak menjangkakan sebarang perubahan kepada susunan bekalan TBS sekarang. Rangkaian nilai bersepadu FGV yang selebihnya di perniagaan pertengahan dan hiliran akan kekal tidak terganggu dengan penamatan LLA.

Oleh kerana penamatan LLA sering dibicarakan, perniagaan dan operasi FGV telah bersedia untuk kemungkinan ini. Oleh itu, strategi jangka panjang keseluruhan FGV untuk terus berkembang dan mengukuhkan aktiviti perniagaan bernilai tinggi yang memberi tumpuan kepada makanan dan produk pengguna berjenama tetap utuh dan berpotensi dengan cepat untuk memberikan jangkaan pulangan yang lebih tinggi kepada para pemegang saham hasil daripada penamatan LLA.

FGV, akan sentiasa melindungi kepentingan para pemegang saham FGV dan kami akan membuat pengumuman yang sewajarnya pada waktu yang sesuai sekiranya berlaku perkembangan mengenai perkara ini.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kenyataan Media FGV yang dibuat pada 20 Oktober 2020 dan 27 Oktober 2020.

FGV Holdings Berhad

Find