FGV’s Sahabat Biomass Cogeneration Plant in Lahad Datu, Sabah
KUALA LUMPUR, 25 November 2020 – FGV Holdings Berhad (FGV), through its subsidiary FGV Palm Industries Sdn. Bhd. (FGVPI), was recently announced as the winner for the National Energy Awards (NEA) 2020, under the Renewable Energy (Cogeneration) Category. FGVPI has won the national award for three consecutive years since 2018 in various renewable energy categories related to utilising palm waste to energy.
The project awarded is FGVPI’s Sahabat Biomass Cogeneration Plant (SBCP) which utilises Empty Fruit Bunches (EFB), a palm waste byproduct to produce steam and electricity. The biomass power plant is located in FGV’s Sahabat Complex in Lahad Datu, Sabah.
“This award is a testament to FGV’s continuous commitment in renewable energy, in line with the nation’s agenda towards a more sustainable future by utilising green energy and resources,” said Dato’ Haris Fadzilah Hassan, Group Chief Executive Officer of FGV.
Biomass boiler utilising palm waste by-product which is shredded empty fruit bunch (SEFB) sourced from FGVPI palm oil mills for steam and electricity generation
SBCP generates up to 7.2 megawatts (MW) of electricity, which has the potential to provide power for up to 4,000 houses. It also generates around 16 metric tonnes (MT) of steam per hour for FGV’s refinery complexes, kernel crushing plant and bulking facilities. The electricity generated is supplied for commercial and domestic users, as well as for the plant auxiliary consumption. This activity generates revenue of approximately RM12 million per year for SBCP.
Apart from commercial usage, SBCP also contributes to rural electrification by supplying renewable energy in the form of electricity to the rural mini grid. The electricity produced works as a substitute to diesel, which is traditionally used among local communities within the Sahabat Complex. This enables more than 1,500 homes within the complex to enjoy clean renewable electricity with a lower cost of energy generation.
“In addition to reducing power generation and electricity costs, the project also contributes to the improved quality of life for consumers and local communities near the SBCP, by maximising their economic activities through stable and secure local power supply.”
“The project also significantly decreases our carbon footprint and the country’s dependence on imported and fast depleting fossil fuels for electricity generation,” added Haris Fadzilah.
Generating electricity via steam turbine with a capacity up to 7.2MW
By increasing the uptake of EFB as fuel for power generation, Greenhouse Gas emissions are substantially reduced through the avoidance of methane emissions and infringement of environmental regulations, which are normally associated with poor EFB disposal management.
FGV is currently the world’s only palm plantation company that owns 28 biogas power plants and is the first to develop a palm-based commercial-scale Bio-Compressed Natural Gas (Bio-CNG) plant in Malaysia.
With sustainability embedded and ingrained in all aspects of its operations, FGV is fully committed to ensuring consistent efforts and initiatives are carried out to improve its carbon emission footprint, utilisation of green resources, compliance with regulations, and contribution to society and the environment.
End
Sahabat Biomass Cogeneration Plant FGV di Lahad Datu, Sabah
KUALA LUMPUR, 25 November 2020 – FGV Holdings Berhad (FGV), melalui anak syarikatnya FGV Palm Industries Sdn. Bhd. (FGVPI), diumumkan baru-baru ini sebagai pemenang Anugerah Tenaga Nasional (NEA) 2020, di bawah Kategori Tenaga Boleh Diperbaharui (Gabungan). FGVPI telah memenangi anugerah nasional tersebut selama tiga tahun berturut-turut sejak 2018 dalam pelbagai kategori tenaga boleh diperbaharui yang berkaitan dengan penggunaan sisa sawit untuk penjanaan tenaga.
Projek yang memenangi anugerah adalah Sahabat Biomass Cogeneration Plant (SBCP) FGVPI yang menggunakan Tandan Buah Kosong (EFB), sejenis produk sampingan sisa sawit untuk menghasilkan stim dan elektrik. Loji janakuasa biomas berkenaan terletak di Kompleks Sahabat FGV di Lahad Datu, Sabah.
“Anugerah ini adalah bukti komitmen berterusan FGV dalam tenaga boleh diperbaharui, sejajar dengan agenda negara ke arah masa depan yang lebih lestari dengan menggunakan tenaga dan sumber hijau,” kata Dato’ Haris Fadzilah Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV.
Boiler biomas menggunakan produk sampingan sisa kelapa sawit yang bersumber dari kilang minyak sawit FGVPI untuk penjanaan stim dan elektrik
SBCP menjana sehingga 7.2 megawatt (MW) elektrik, yang berpotensi menyediakan tenaga untuk sehingga 4,000 rumah. Ia juga menghasilkan sekitar 16 metrik tan (MT) stim per jam untuk kompleks kilang FGV, kilang penghancur sawit dan fasiliti tangki. Tenaga elektrik yang dihasilkan dibekalkan untuk pengguna komersial dan domestik, serta untuk penggunaan tambahan loji janakuasa. Aktiviti ini menjana pendapatan sekitar RM12 juta setahun untuk SBCP.
Selain penggunaan komersil, SBCP juga menyumbang kepada pembekalan elektrik luar bandar dengan membekalkan tenaga boleh diperbaharui dalam bentuk elektrik ke grid mini luar bandar. Tenaga elektrik yang dihasilkan berfungsi sebagai pengganti kepada diesel, yang digunakan secara tradisi dalam kalangan masyarakat tempatan di Kompleks Sahabat. Ini membolehkan lebih daripada 1,500 rumah di kompleks berkenaan menikmati tenaga elektrik bersih yang boleh diperbaharui dengan kos penjanaan tenaga yang lebih rendah.
“Selain mengurangkan kos penjanaan tenaga dan elektrik, projek ini juga memberikan sumbangan terhadap peningkatan kualiti hidup bagi pengguna dan masyarakat setempat di sekitar SBCP, dengan memaksimakan kegiatan ekonomi mereka melalui bekalan elektrik tempatan yang stabil dan terjamin.”
“Projek ini juga secara signifikan menurunkan jejak karbon kami dan kebergantungan negara terhadap bahan bakar fosil yang diimport dan semakin berkurangan untuk penjanaan elektrik,” tambah Haris Fadzilah.
Menjana elektrik melalui turbin stim dengan kapasiti hingga 7.2MW
Dengan meningkatkan penggunaan EFB sebagai bahan bakar untuk menjana tenaga elektrik, pelepasan Gas Rumah Hijau berjaya dikurangkan dengan menghindarkan pelepasan metana dan pelanggaran peraturan alam sekitar, yang biasanya terkait dengan pengurusan pembuangan EFB yang tidak baik.
FGV kini merupakan satu-satunya syarikat perladangan sawit di dunia yang memiliki 28 loji tenaga biogas dan juga yang pertama membina loji Bio-Compressed Natural Gas (Bio-CNG) berskala komersial berasaskan sawit di Malaysia. Dengan kelestarian yang tersemat dan tertanam dalam semua aspek operasinya, FGV beri komitmen penuh dalam memastikan usaha dan inisiatif yang konsisten dilakukan untuk mengurangkan pelepasan karbon, meningkatkan penggunaan sumber hijau, memastikan kepatuhan kepada perundangan, dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan alam sekitar.
Tamat