15 August 2023

Meeting the Growing Domestic Demand for Poultry 

KUALA LUMPUR, 15 August – FGV Holdings Berhad (FGV) proudly launches its latest agriproducts offering, the ‘Ayam Kampung’ under the Ladang’57 brand. This initiative is part of FGV’s commitment to meet the market demand for fresh, free-range chicken while contributing to the national food security agenda.

In collaboration with FGV’s retail and distribution partner, AEON BiG (M) Sdn. Bhd. (AEON BiG), the Ayam Kampung by Ladang’57 will be available across 21 AEON BiG hypermarkets throughout Peninsular Malaysia, ensuring both excellent quality and affordable pricing. These chickens were raised naturally without the use of hormone or antibiotic injections, undergo various hygienic processes such as halal slaughtering and thorough cleaning before being sealed and packed.

From left: Hasrin Ismail, Director Agriculture and Livestock Development Department of FELDA, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Managing Director of AEON BiG, Abdul Razak Aya, Head Integrated Farming of FGV, Datuk Iskandar Sarudin, Chairman of AEON Co, YM Puan Raja Faridah Raja Ahmad, Deputy Director General Community Development of FELDA, Sulong Jamil Mohamed Shariff, FELDA National Settler Chief/Trolak Regional Settler Chief

“As Malaysia’s premier food and agribusiness company, FGV is committed to playing an important role in the national food security agenda by delivering premium and nutritious food products at reasonable prices for all Malaysians. For this introductory phase, we aim to distribute 4,000 pieces/month of Ayam Kampung Ladang’57 to AEON BiG. This partnership with AEON BiG will not only assist us in fulfilling our commitment to the national food security agenda but also plays a crucial role in its resounding success,” said Dato’ Nazrul Mansor, Group Chief Executive Officer of FGV. 

Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Managing Director of AEON BiG, feels extremely grateful for the opportunity to collaborate with FGV in launching the large-scale Ayam Kampung Ladang’57 promotion today at AEON BiG Wangsa Maju. This collaboration opens up opportunities for local farmers, especially, to further boost the country’s economy. Additionally, this promotion is highly appreciated by AEON BiG’s customers and visitors. This partnership is also in line with AEON BiG’s goal of continually assisting local farmers in marketing their products.

“This program also provides an opportunity for AEON BiG to offer a fresh supply of native chicken as an alternative to regular/normal chicken and it is also in line with AEON BiG’s goal of continuously helping local farmers market their products. Through this network, AEON BiG can ensure that essential items like chicken will continue to be supplied to consumers,” he added.

For today’s Ayam Kampung Ladang’57 launch, AEON BiG is offering a one-day promotion at its Wangsa Maju hypermarket, a buy 1 get 1 free deal. Following that, customers can enjoy special price offer of RM9.90 per kg available nationwide until the 31st August. Shoppers can also purchase various Ladang’57 products from AEON BiG, including MD2 pineapples, Cavendish bananas, fresh MD2 pineapple juices and cuts, Horeca fragrant rice, and sweet corn.

Abdul Razak Aya delivering his speech during the launching event today.

FGV has taken a proactive lead in the contract farming arrangement with Program Pembangunan Peneroka (PPP) under FELDA. Ayam Kampung Ladang’57 is supplied by 21 PPP participants who were also present at the launch event. This program, PPP, embodies a strategic collaboration between FGV and FELDA, aimed at improving the livelihoods of FELDA settlers, fostering rural economic development, and contributing to the national food security agenda.

FGV is fully committed to meeting the surging demand for quality, nourishing and affordable products in the market through its various consumer goods brands such as SAJI, ADELA, SERI PELANGI, GULA PRAI, LADANG’57 and BRIGHT COW.  Being one of the key food players in Malaysia, FGV aims to play a significant role in the country’s national food security agenda by bringing high-quality and nutritious food products at affordable prices to all Malaysians.

END

 

Memenuhi Permintaan Pasaran Ayam Domestik yang semakin meningkat

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – FGV Holdings Berhad (FGV) melancarkan produk pertanian terbaharunya, ‘Ayam Kampung’ di bawah jenama Ladang’57. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen FGV untuk memenuhi permintaan pasaran bagi ayam segar, di samping menyumbang kepada agenda keselamatan makanan negara.

Dengan kerjasama rakan kongsi pemasaran dan pengedaran FGV, AEON BiG (M) Sdn. Bhd. (AEON BiG), Ayam Kampung Ladang’57 akan dipasarkan di 21 pasar raya besar AEON BiG di seluruh Semenanjung Malaysia, dengan harga yang berpatutan serta berkualiti tinggi. Ayam-ayam ini diternak secara semulajadi tanpa menggunakan suntikan hormon atau antibiotik, serta menjalani pelbagai proses pembersihan seperti penyembelihan yang halal dan pembersihan menyeluruh sebelum dibungkus.

Dari kiri: Hasrin Ismail, Pengarah Jabatan Pembangunan Pertanian dan Ternakan FELDA, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Pengarah Urusan AEON BiG, Abdul Razak Aya, Ketua Pertanian Bersepadu FGV, Datuk Iskandar Sarudin, Pengerusi AEON Co, YM Puan Raja Faridah Raja Ahmad, Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti FELDA, Sulong Jamil Mohamed Shariff, Ketua Peneroka Kebangsaan FELDA/Ketua Peneroka Wilayah Trolak.

­­­“Sebagai syarikat makanan dan perniagaan tani terulung Malaysia, FGV komited untuk memainkan peranan penting dalam agenda keselamatan makanan negara dengan mengeluarkan produk makanan premium dan berkhasiat pada harga yang berpatutan untuk semua rakyat Malaysia. Bagi fasa pengenalan ini, kami menyasarkan untuk mengagihkan sebanyak 4,000 ekor/bulan Ayam Kampung Ladang’57 kepada AEON BiG. Kolaborasi bersama AEON BiG ini bukan sahaja akan membantu FGV dalam memenuhi komitmen terhadap agenda keselamatan makanan negara tetapi juga memainkan peranan penting dalam kejayaannya yang memberangsangkan,” kata Dato’ Nazrul Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV.

Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Pengarah Urusan AEON BiG, teruja kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan FGV dalam melancarkan promosi Ayam Kampung Ladang’57 berskala besar hari ini di AEON BiG Wangsa Maju. Kerjasama ini membuka peluang kepada khususnya kepada pertani tempatan bagi merancakkan lagi ekonomi negara. Selain itu, promosi ini juga ditunggu-tunggu oleh pelanggan dan pengunjung AEON BiG. Kolaborasi ini juga selaras dengan matlamat AEON BiG bagi terus membantu petani tempatan dalam memasarkan produk mereka.

 “Program ini juga memberi peluang kepada AEON BiG untuk menawarkan bekalan ayam kampung segar sebagai alternatif kepada ayam biasa dan ia juga selaras dengan matlamat AEON BiG untuk terus membantu penternak tempatan memasarkan produk mereka. Melalui rangkaian perniagaan ini, AEON BiG dapat memastikan barangan keperluan seperti ayam akan terus dibekalkan kepada pengguna,” tambahnya.

Untuk pelancaran Ayam Kampung Ladang’57 hari ini, AEON BiG menawarkan promosi beli 1 percuma 1 di cawangan Wangsa Maju. Pelanggan juga boleh menikmati tawaran harga istimewa RM9.90 sekilogram yang tersedia di seluruh negara sehingga 31 Ogos ini. Pembeli juga boleh membeli pelbagai produk Ladang’57 di AEON BiG, termasuk nanas MD2, pisang Cavendish, jus dan nanas MD2 segar, beras wangi Horeca dan jagung manis.

Abdul Razak Aya menyampaikan uacapan ketika majlis pelancaran hari ini.

FGV telah mengambil langkah proaktif dalam menerajui pertanian kontrak dengan Program Pembangunan Peneroka (PPP) di bawah FELDA. Ayam Kampung Ladang’57 dibekalkan oleh 21 peserta PPP yang turut hadir pada majlis pelancaran tersebut. Program PPP ini merupakan kerjasama strategik antara FGV dan FELDA, bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup peneroka FELDA, memupuk pembangunan ekonomi luar bandar, dan menyumbang kepada agenda keselamatan makanan negara.

FGV komited sepenuhnya untuk memenuhi permintaan yang melonjak untuk produk berkualiti, berkhasiat dan mampu milik di pasaran melalui pelbagai jenama barangan penggunanya seperti SAJI, ADELA, SERI PELANGI, GULA PRAI, LADANG’57 dan BRIGHT COW. Sebagai salah satu pemain industri makanan utama di Malaysia, FGV berhasrat untuk memainkan peranan penting dalam agenda keselamatan makanan negara dengan membawa produk makanan berkualiti tinggi dan berkhasiat pada harga yang berpatutan kepada semua rakyat Malaysia.

TAMAT

 

 

 

Find