21 November 2020

FGV Holdings Berhad (“FGV”) refers to the article published in The Associated Press (“AP”) on 18 November 2020 titled “Rape, abuses in palm oil fields linked to top beauty brands”. FGV views the alleged findings as a matter of serious concern, as they do not only constitute gross human rights violations but are also criminal in nature. Should these allegations be true, perpetrators must be found and be brought to justice. 

FGV does not tolerate any form of violence, harassment or abuse, be it sexual, physical, verbal or psychological. Every person should be treated with respect and dignity. Such position is reflected clearly in our policies and operating procedures.

FGV notes that the article by AP focuses on abuses against women. Although women make up only around 10 percent of FGV’s upstream workforce, FGV attaches great importance to protecting and safeguarding their rights and wellbeing.

FGV does not practice discrimination. Our female workers are offered the same terms of employment, benefits and entitlements as male workers. In terms of wages, both male and female workers receive equal pay for equal work. FGV’s adherence to Malaysia’ Minimum Wage Order 2020 also applies to all workers.

FGV does not compromise on the health and safety of any of its workers, male or female. The work carried out by our female workers are confined to gathering loose fruits, weeding, manuring, pruning, office and hostel cleaning, and general work which may include assisting in clerical tasks. We require our workers handling chemicals, pesticides and fertilisers to strictly adhere to SOPs on safety and health, including the mandatory use of personal protective equipment (PPE), which are provided by FGV. We prohibit pregnant and breastfeeding women from handling chemicals, pesticides and fertilisers.

As part of FGV’s efforts to fulfil the right to healthcare of its workers, we provide medical benefits, which cover annual expenses for outpatient care and an unlimited allocation for inpatient treatment.

FGV notes that the AP article had made reference to FGV’s relationship with FELDA, and we wish to clarify that although FELDA is the majority shareholder of FGV, FGV’s governance and management remain independent where FGV has direct control over its operations.

FGV’s is fully committed to respecting human rights and upholding labour standards. We view very seriously the findings of the United States Customs and Border Protection (CBP) which led to its issuance of the Withhold Release Order (WRO) on FGV’s palm oil and palm oil product, and will continue to intensify our efforts towards enhancing our labour practices and to addressing any remaining gaps.   

FGV Holdings Berhad

FGV Holdings Berhad (“FGV”) merujuk pada artikel yang diterbitkan oleh The Associated Press (“AP”) pada 18 November 2020 bertajuk “Rape, abuses in palm oil fields linked to top beauty brands”. FGV memandang dakwaan penemuan ini sebagai perkara yang amat serius, kerana ianya bukan sahaja merupakan pelanggaran hak asasi manusia yang teruk tetapi juga bersifat jenayah. Sekiranya tuduhan ini benar, pelakunya harus ditemui dan dibawa ke muka pengadilan.

FGV tidak bertolak ansur dengan sebarang bentuk keganasan, gangguan atau penderaan, sama ada secara seksual, fizikal, lisan atau psikologi. Setiap individu harus dilayan dengan hormat dan bermaruah. Pendirian ini dinyatakan dengan jelas di dalam polisi dan prosedur operasi kami.

FGV menyedari bahawa artikel oleh AP tersebut memberi tumpuan kepada penganiayaan terhadap wanita. Walaupun wanita hanya merangkumi sekitar 10 peratus tenaga kerja huluan FGV, FGV sangat memberi kepentingan terhadap melindungi dan menjaga hak dan kesejahteraan mereka.

FGV tidak mengamalkan diskriminasi. Pekerja wanita kami ditawarkan terma pekerjaan, faedah dan hak yang sama seperti pekerja lelaki. Dari segi upah, pekerja lelaki dan wanita menerima gaji yang sama untuk pekerjaan yang sama. Pematuhan FGV terhadap Perintah Gaji Minimum 2020 juga terpakai untuk semua pekerja.

FGV tidak berkompromi terhadap kesihatan dan keselamatan mana-mana pekerjanya, lelaki atau wanita. Pekerjaan yang dilakukan oleh para pekerja wanita FGV terbatas kepada pengumpulan buah-buahan lerai, merumput, pembajaan, pemangkasan, pembersihan pejabat dan asrama, dan kerja umum yang mungkin termasuk membantu dalam tugas-tugas perkeranian. FGV memastikan pekerja yang mengendalikan bahan kimia, racun perosak dan baja mematuhi SOP keselamatan dan kesihatan, termasuk dengan menggunakan sewajarnya peralatan pelindung diri (PPE) yang disediakan oleh FGV. FGV melarang wanita hamil dan menyusu bayi mengendalikan bahan kimia, racun perosak dan baja.

Sebagai sebahagian daripada usaha FGV untuk memenuhi hak penjagaan kesihatan pekerjanya, kami memberikan faedah perubatan, yang meliputi perbelanjaan tahunan untuk rawatan pesakit luar dan peruntukan yang tidak terhad untuk rawatan pesakit dalam.

FGV mengambil perhatian bahawa artikel AP telah merujuk kepada hubungan FGV dengan FELDA, dan kami ingin menjelaskan bahawa walaupun FELDA adalah pemegang saham utama FGV, tadbir urus dan pengurusan FGV tetap bebas di mana FGV mempunyai kawalan langsung terhadap operasinya.

FGV komited sepenuhnya dalam menghormati hak asasi manusia dan menjunjung tinggi standard buruh. Kami memandang serius penemuan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat yang menyebabkan pengeluaran Perintah Pelepasan Tahan (WRO) mengenai produk minyak sawit dan minyak sawit FGV, dan akan terus memperhebatkan usaha untuk meningkatkan amalan buruh kami dan untuk mengatasi jurang yang masih ada.

 FGV Holdings Berhad

 

Find