15 September 2021

FGV’s migrant plantation worker receiving COVID-19 vaccination at FGV’s Vaccination Centre (PPV), located at Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR) Tekam, Jerantut, Pahang

KUALA LUMPUR, 15 September 2021 – FGV Holdings Berhad (FGV) received approval for 14,635 vaccine supplies to execute vaccination programmes for its local and migrant plantation workers in Pahang, Perak, Negeri Sembilan and Johor, under the Vaccination for the Agri Commodity Sector (VACOMS) initiative.

Out of the total amount, 7,654 vaccines are allocated for FGV plantation workers in Pahang, 1,210 in Perak, 1,535 in Negeri Sembilan and 4,236 in Johor.

Mohd Nazrul Izam Mansor, FGV’s Group Chief Executive Officer said, the implementation of the VACOMS programme is FGV’s initiative in support of the government’s efforts to extend vaccinations to frontliners of the economic sector, particularly the country’s plantation industry.

“It is our responsibility to provide vaccines, to ensure that every worker in FGV’s plantations has access to health rights. We hope that this step will help reduce the risk of COVID-19 infections, thereby maintaining the competitiveness of the plantation industry in the face of pandemic challenges and labour constraints,” said Mohd Nazrul.

FGV’s migrant plantation workers waiting to receive COVID-19 vaccinations at FGV’s Tawai Complex PPV in Grik, Perak

Plantation workers in Pahang are receiving vaccinations from 8 September to 18 September 2021 at eight Vaccination Centres (PPV) in FGV plantations located in Kuantan, Jerantut, Temerloh and Muadzam. This is following the completion of the same vaccination programme in Perak which took place on 6 and 7 September 2021 at the PPVs of FGV’s plantations in Besout, Sungkai and Tawai, Grik.

The VACOMS programme for FGV’s plantation workers will be extended to Negeri Sembilan and Johor in the near future, in order to achieve the target for herd immunity by November 2021. This is subject to the approval of the COVID-19 Immunisation Task Force (CITF) and ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) for PPV operations, as well as the receiving of vaccine supplies at locations where it will be carried out.

To ensure the vaccination process runs smoothly, FGV is in cooperation with the Ministry of Plantation Industries and Commodities, Ministry of Health Malaysia, CITF and ProtectHealth. Meanwhile, KL Medical Clinic (KLMC) is appointed as the agent to carry out vaccination injection services.

In addition to the VACOMS programme, FGV has also implemented the COVID-19 Antigen kit screening test programme to 26,210 migrant plantation workers in January 2021, in collaboration with KLMC, the Social Security Organisation (SOCSO), and local authorities.

End

 

Pekerja ladang migran FGV menerima suntikan vaksinasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) FGV yang terletak di Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR) Tekam, Jerantut, Pahang

KUALA LUMPUR, 15 September 2021 – FGV Holdings Berhad (FGV) telah menerima kelulusan untuk 14,635 bekalan vaksin bagi melaksanakan program vaksinasi pekerja ladang tempatan dan migrannya di Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Johor di bawah inisiatif Vaksinasi Sektor Agrikomoditi (VACOMS).

Dari jumlah tersebut, 7,654 vaksin diperuntukkan untuk pekerja-pekerja ladang FGV di Pahang, 1,210 di Perak, 1,535 di Negeri Sembilan dan 4,236 di Johor.

Mohd Nazrul Izam Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV berkata pelaksanaan program VACOMS merupakan inisiatif FGV dalam menyokong usaha kerajaan memperluaskan pemberian vaksin kepada petugas barisan hadapan sektor ekonomi, khususnya industri perladangan negara.

“Penyediaan vaksin merupakan tanggungjawab kami dalam memastikan setiap pekerja yang berkhidmat di ladang-ladang FGV mempunyai akses terhadap hak kesihatan. Kami berharap langkah ini dapat membantu mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19, bagi mengekalkan daya saing industri perladangan negara ketika mendepani cabaran pandemik serta kekangan tenaga buruh,” jelas Mohd Nazrul. 

Pekerja-pekerja ladang migran FGV menunggu giliran untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 di PPV FGV Kompleks Tawai, Grik, Perak

Pekerja ladang yang berkhidmat di Pahang menerima vaksin bermula 8 September hingga 18 September 2021 di lapan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di ladang-ladang FGV yang terletak di Kuantan, Jerantut, Temerloh dan Muadzam. Ia adalah susulan dari penyelesaian program vaksinasi yang sama di Perak yang berlangsung pada 6 dan 7 September 2021, di PPV ladang-ladang FGV di Besout, Sungkai dan Tawai, Grik.

Program VACOMS untuk pekerja ladang FGV akan diperluaskan ke Negeri Sembilan dan Johor dalam masa terdekat, bagi mencapai sasaran imuniti kelompok pada bulan November 2021. Ini tertakluk kepada kelulusan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) dan ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) bagi pengoperasian PPV serta penerimaan bekalan vaksin di lokasi-lokasi yang bakal dijalankan kelak.

Bagi melancarkan proses pemberian vaksin, FGV bekerjasama dengan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Kementerian Kesihatan Malaysia, CITF dan ProtectHealth. Sementara itu, KL Medical Clinic (KLMC) pula dilantik sebagai agen yang menjalankan perkhidmatan suntikan vaksinasi.

Selain program VACOMS, FGV telah menjayakan program pelaksanaan ujian saringan kit Antigen RTK COVID-19 kepada 26,210 pekerja ladang migran pada Januari 2021 lalu, dengan kerjasama KLMC, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Tamat

 

Find