7 July 2022

BALING, KEDAH, 7 July 2022 – FGV Holdings Berhad (FGV) today contributed RM107,500 including FGV products to the locals affected by the floods in Baling.

The donations and food relief items were distributed at one of the flood relief centres (PPS) SMK Jerai, Kedah.

About 150 families from affected areas received monetary aid of RM500 cash and RM150 worth of FGV’s Food Relief Bag (FReB).

The FGV FReB contains basic food items such as margarine Pelangi, 1kg SAJI cooking oil, PRAI sugar, SAJI rock salt, SAJI instant noodles, SAJI assortment of creamers, and sauces with an additional 5kg SAJI cooking oil and 10kg SAJI rice, which are all products of FGV.

FGV also handed over cash donations worth RM10,000 to two affected schools, Sekolah Kebangsaan Kuala Kupang and Sekolah Menengah Agama Yayasan Khairiah.

Dato’ Dzulkifli handed over donations to one of the school affected by the recent flash floods.

“The aftermath of the floods is the most challenging part, we hope our small assistance will bring some comfort to the victims,” said Dato’ Dzulkifli Abd Wahab, Chairman of FGV.

“Apart from the donations, FGV is here today to identify other needs and assistance that are needed.”
He added, “as a proactive and responsible company, FGV is concerned about the needs of floods victims in Baling. FGV is grateful for the opportunity to provide meaningful assistance through FGV Welfare Fund with Yayasan FELDA (YF) in distributing these donations and food items.”

Earlier, Dato’ Dzulkifli presented the FReB to Encik Mohd Shahadan Abdullah, District Officer of Baling as a symbolic representation of the donations, witnessed by Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Minister of Energy and Natural Resources and Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Member of Parliament, Baling at the SMK Jerai PPS.

Also present, Dato’ Mohd Banuri Aris, General Manager of Yayasan FELDA and Encik Azman Ahmad, Group Divisional Director of Logistics and Others Sector of FGV.

During the program, FGV also visited another PPS, Surau An-Nur and other affected villages including Kampung Hangus.

Dato’ Dzulkifli visited one of the floods victims in Kampung Hangus, Baling, Kedah.

ENDS

BALING, KEDAH, 7 Julai 2022 – FGV Holdings Berhad (FGV) hari ini menyalurkan sumbangan bernilai RM107,500 termasuk produk keluaran FGV kepada penduduk di Baling, Kedah yang terjejas akibat banjir.

Sumbangan berupa bantuan kewangan serta bantuan makanan telah disalurkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) SMK Jerai, Kedah.

Seramai 150 keluarga yang terjejas akibat banjir menerima wang tunai berjumlah RM500 dan Pek Bantuan Makanan (FReB) bernilai RM150.

Rangkaian produk yang disumbangkan melalui FReB FGV merangkumi makanan asas seperti 1kg minyak masak SAJI, gula PRAI, garam bukit SAJI, mi segera SAJI, marjerin Seri Pelangi, pelbagai sos dan susu berperisa SAJI bersama 5kg minyak masak SAJI dan 10kg beras SAJI.

Wang tunai berjumlah RM10,000 turut disumbangkan kepada dua buah sekolah terjejas, Sekolah Kebangsaan Kuala Kupang dan Sekolah Menengah Agama Yayasan Khairiah.

Dato’ Dzulkifli menyampaikan sumbangan kepada salah sebuah sekolah yang terjejas akibat banjir.

“Keadaan pasca banjir adalah lebih mencabar buat mangsa-mangsa yang terlibat. Kami harap dengan bantuan kecil yang disumbangkan dapat membantu meringankan beban yang mereka tanggungi,” kata Dato’ Dzulkifli Abd Wahab, Pengerusi Kumpulan FGV.

“Pada hari ini, selain sumbangan yang kami salurkan, tujuan kami datang adalah untuk meninjau keadaan di sini dan mengenal pasti apakah lagi bantuan-bantuan dan kelengkapan yang diperlukan oleh mangsa.”

Tambah beliau lagi, “sebagai sebuah syarikat yang proaktif dan bertanggungjawab, FGV mengambil berat akan keperluan mangsa banjir di Baling. Kami bersyukur kerana berpeluang untuk menghulur bantuan melalui Tabung Dana Kebajikan FGV dengan kerjasama daripada pihak Yayasan FELDA dalam menyampaikan bantuan sumbangan.”

Terdahulu, Dato’ Dzulkifli menyerahkan FReB kepada Encik Mohd Shahadan Abdullah, Pegawai Daerah Baling, sebagai tanda simbolik penyerahan bantuan sumbangan, disaksikan oleh Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli dan Dato’ Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Ahli Parlimen Baling di PPS, SMK Jerai.

Turut hadir, Dato’ Banuri Md Aris, Pengurus Besar Yayasan FELDA dan juga Encik Azman Ahmad, Pengarah Bahagian Logistik dan Lain-lain Kumpulan FGV.

Program turut merangkumi lawatan dan sumbangan ke PPS Surau An-Nur dan kawasan kampung yang terjejas akibat banjir termasuk Kampung Hangus.

Dato’ Dzulkifli melawat serta menyantuni salah seorang mangsa banjir yang terkesan di Baling.

TAMAT

 

Find