26 April 2021

Dato’ Haris Fadzilah Hassan, Group Chief Executive Officer of FGV Holdings Berhad presented a mock cheque of wakalah zakat to Dato’ Amiruddin Abdul Satar, Director General of FELDA to symbolise the contribution. From left: Dato’ Amiruddin Abdul Satar, Director General of FELDA, Dato’ Seri Hj Idris Jusoh, Chairman of FELDA, Dato’ Dzulkifli Abd Wahab, Chairman of FGV Holdings Berhad, and Dato’ Haris Fadzilah Hassan, Group Chief Executive Officer of FGV Holdings Berhad

KUALA LUMPUR, 26 April 2021 – FGV Holdings Berhad (FGV) celebrates 200 asnaf during FGV Group’s Ramadan Contribution Presentation Ceremony, held at Menara FELDA, Kuala Lumpur.

A total of RM106,000 business wakalah zakat funds were distributed and the recipients received RM500 each. They also received various products from FGV Group such as SAJI rice, coconut milk and cooking oil, PRAI sugar, as well as Seri PELANGI margarine.

At the same event, FGV also distributed business wakalah zakat amounting to RM874,500 to 11 FELDA regions. Dato’ Haris Fadzilah Hassan, Group Chief Executive Officer of FGV presented a mock cheque with the said amount to Dato’ Amiruddin Abdul Satar, Director General of FELDA to symbolise the contribution.

FGV has allocated RM980,500 business wakalah zakat funds for all recipients.

Dato’ Haris Fadzilah said, the business zakat wakalah contribution to asnaf and the needy is an annual activity for the FGV Group.

“FGV will continue to fullfill its zakat obligation to meet the requirements of Islam, as well as to ease the burdens of the target group. This year’s contribution is meaningful for the recipients who will celebrate Ramadan and Syawal in the new norm,” said Haris Fadzilah. 

A total of RM106,000 business wakalah zakat funds were distributed today to recipients who received RM500 each as well as FGV products

This ceremony is also attended by Dato’ Dzulkifli Abd Wahab, Chairman of FGV Group and Dato’ Seri Haji Idris Jusof, Chairman of FELDA together with the senior management of FGV and FELDA.

FGV has been one of the largest business zakat payers for bumiputera public listed companies (BPLC) for the past several years. In 2020, FGV paid zakat amounting to RM10,347,088 million, 2019 (RM6,530,092 million) and 2018 (RM15,759,726 million).

Apart from the Federal Territories, FGV also pays business zakat to other states throughout the country where the Group operates.

 

End

Dato’ Haris Fadzilah Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Holdings Berhad menyampaikan cek replika zakat wakalah kepada Dato’ Amiruddin Abdul Satar, Pengarah Besar FELDA untuk melambangkan sumbangan tersebut. Dari kiri: Dato’ Amiruddin Abdul Satar, Pengarah Besar FELDA, Dato’ Seri Hj Idris Jusoh, Pengerusi FELDA, Dato’ Dzulkifli Abd Wahab, Pengerusi FGV Holdings Berhad dan Dato’ Haris Fadzilah Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Holdings Berhad

KUALA LUMPUR, 26 April 2021 –  FGV Holdings Berhad (FGV) menyantuni 200 asnaf di Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan Kumpulan FGV 2021, di Menara FELDA, Kuala Lumpur.

Sejumlah RM106,000 wang zakat wakalah perniagaan diagihkan dan penerima sumbangan menerima RM500 setiap seorang. Mereka turut menerima pelbagai produk keluaran Kumpulan FGV seperti beras, santan dan minyak masak SAJI, gula PRAI, serta marjerin Seri PELANGI.

Di majlis sama, FGV turut menyalurkan zakat wakalah perniagaan berjumlah RM874,500 kepada 11 wilayah FELDA. Dato’ Haris Fadzilah Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV menyampaikan cek replika dengan jumlah tersebut kepada Dato’ Amiruddin Abdul Satar, Pengarah Besar FELDA sebagai simbolik penyampaian sumbangan.

FGV memperuntukkan RM980,500 wang zakat wakalah perniagaan untuk kesemua penerima tersebut.

Dato’ Haris Fadzilah berkata, sumbangan zakat wakalah perniagaan kepada asnaf dan golongan yang memerlukan merupakan aktiviti tahunan Kumpulan FGV.

“FGV akan terus menunaikan kewajipan berzakat demi memenuhi tuntutan Islam, serta membantu meringankan beban golongan sasaran. Sumbangan pada tahun ini lebih bermakna kepada para penerima yang menyambut Ramadan dan Syawal di dalam norma baharu,” tambah Haris Fadzilah.

Sebanyak RM106,000 zakat wakalah perniagaan diedarkan hari ini kepada penerima sumbangan yang masing-masing menerima RM500 serta produk-produk FGV

Majlis penyampaian ini turut dihadiri Dato’ Dzulkifli Abd Wahab, Pengerusi Kumpulan FGV dan Dato’ Seri Haji Idris Jusoh, Pengerusi FELDA, serta pengurusan kanan FGV dan FELDA.

FGV merupakan antara pembayar zakat perniagaan terbesar bagi syarikat senaraian awam bumiputera (BPLC) selama beberapa tahun. Pada tahun 2020, FGV membayar zakat berjumlah RM10,347,088 juta, 2019 (RM6,530,092 juta) dan 2018 (RM15,759,726 juta).

Selain Wilayah Persekutuan, FGV turut melunaskan zakat perniagaan di negeri-negeri di seluruh negara di mana Kumpulan beroperasi.

Tamat

Find