13 September 2021

Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah (left),Yan’s District Officer and Chairman of the District Disaster Management Committee received a mock cheque of RM300,000 from Dato’ Mohd Banuri Aris, General Manager of Yayasan FELDA representing FGV at the Disaster Operations Control Centre, Dewan Dato’ Madi, Yan, Kedah

KUALA LUMPUR, 13 September 2021 – FGV Holdings Berhad (FGV) recently contributed RM300,000 in cash and FGV products to 300 residents affected by last month’s floods in Yan, Kedah.

FGV is in collaboration with Yayasan FELDA (YF), the FELDA Group’s charity body which assists in the process of coordinating programmes, donation handovers and logistic matters.

An allocation of RM1,000 for each affected family includes monetary aid of RM700 credited directly into the recipient’s account and RM300 more in the form of FGV products.

Mohd Nazrul Izam Mansor, FGV’s Group Chief Executive Officer said that the company has activated the FGV Welfare Fund to ease the burden of locals who are victims of the water surge and flash flood phenomenon.

“We are grateful for the opportunity to provide meaningful assistance with business zakat contributions, through the FGV Welfare Fund. We would also like to thank Yayasan FELDA for their cooperation. Hopefully, FGV will continue to share our sustenance in the future.”

“As a responsible company, FGV is aware and concerned about the needs of flood victims in Yan. We hope that this contribution will help the locals in their daily lives,” continued Mohd Nazrul.

Dato’ Mohd Banuri Aris, General Manager of Yayasan FELDA representing FGV presented a mock cheque of RM300,000 in donations and FGV’s food products to Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah, Yan’s District Officer and Chairman of the District Disaster Management Committee. Also present were Mohammad Afifi Mohammad, Yan’s Assistant District Officer (first from left) and Mohd Faizal Abu Bakar, Chief Assistant Director of Productive Welfare & Community Division, Kedah’s State Department of Social Welfare (fourth from left).

FGV’s range of products includes rice, coconut milk, salt, chilli sauce, soy sauce, creamers, and flavoured milk under the SAJI brand, ADELA Gold cooking oil, as well as Gula Prai coarse sugar produced by MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM), a subsidiary of FGV.

Dato’ Mohd Banuri Aris, General Manager of Yayasan FELDA represented FGV in presenting a mock cheque to Yan’s District Officer, Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah as Chairman of the Disaster Management Committee for Yan District, as well as daily necessities to three families as a symbolic representation of the donations at the Disaster Operation Control Centre, Dewan Dato’ Madi. 

End

Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah (kiri), Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Yan menerima replika cek bernilai RM300,000 daripada Dato’ Mohd Banuri Aris, Pengurus Besar Yayasan FELDA yang mewakili FGV di Pusat Kawalan Operasi Bencana, Dewan Dato’ Madi, Yan, Kedah

KUALA LUMPUR, 13 September 2021 – FGV Holdings Berhad (FGV) baru-baru ini menyalurkan sumbangan bernilai RM300,000 berupa wang tunai dan produk keluaran FGV kepada 300 penduduk di Yan, Kedah yang terjejas akibat banjir bulan lalu.

FGV turut bekerjasama dengan Yayasan FELDA (YF) iaitu badan kebajikan dan amal Kumpulan FELDA yang membantu dalam proses penyelarasan program, penyerahan sumbangan dan urusan logistik.

Peruntukan bernilai RM1,000 bagi setiap keluarga yang terjejas merangkumi pemberian tunai sebanyak RM700 yang dikreditkan terus ke dalam akaun penerima dan RM300 lagi dalam bentuk produk keluaran FGV.

Mohd Nazrul Izam Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV berkata, syarikat telah mengaktifkan Tabung Kebajikan FGV bagi meringankan beban penduduk tempatan yang menjadi mangsa fenomena kepala air dan banjir kilat itu.

“Kami bersyukur kerana berpeluang untuk menghulur bantuan bermakna dengan sumbangan zakat perniagaan, melalui Tabung Kebajikan FGV. Terima kasih juga kepada pihak Yayasan FELDA atas kerjasama yang diberikan. Semoga FGV dapat terus berkongsi rezeki di masa hadapan.”

“Sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab, FGV peka dan prihatin terhadap keperluan mangsa banjir di Yan. Semoga sumbangan ini dapat membantu penduduk setempat dalam menjalani kehidupan seharian mereka,” sambung Mohd Nazrul.

Dato’ Mohd Banuri Aris, Pengurus Besar Yayasan FELDA mewakili FGV menyerahkan replika cek sumbangan bernilai RM300,000 berserta barangan makanan keluaran FGV kepada Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah, Pegawai Daerah Yan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah. Turut hadir ialah Mohammad Afifi Mohammad, Penolong Pegawai Daerah Yan (satu dari kiri) dan Mohd Faizal Abu Bakar, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kebajikan Produktif & Komuniti, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah (empat dari kiri)

Rangkaian produk FGV yang disumbangkan merangkumi beras, santan, garam, sos cili, sos kicap, krimer dan susu berperisa jenama SAJI, minyak masak ADELA Gold serta gula pasir kasar Gula Prai keluaran MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM), anak syarikat FGV.

Dato’ Mohd Banuri Aris, Pengurus Besar Yayasan FELDA telah mewakili FGV menyampaikan replika cek kepada Pegawai Daerah Yan, Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Yan serta barangan keperluan asas harian kepada tiga keluarga sebagai tanda simbolik penyampaian sumbangan tersebut di Pusat Kawalan Operasi Bencana, Dewan Dato’ Madi.

Tamat

Find