18 December 2021

FGV joins the international community in observing International Migrants Day. In many countries, including in Malaysia, migrant workers have contributed immensely to national development through various sectors such as plantation, manufacturing and construction, among many others. Unfortunately, the role of migrant workers in society and in promoting economic growth often goes unrecognised and underappreciated. Furthermore, migrant workers remain very vulnerable to human rights abuses, through no fault of their own. 

As an employer of more than 20 thousand migrant workers, FGV is committed to strengthening its labour practices towards ensuring that the rights of the migrant workers are fully respected and protected. To this end, FGV has dedicated much effort and resources to implement various initiatives that aim at further promoting and protecting the rights of its workers including migrant workers.

Since 2020, FGV began to roll out the FGV e-Wallet system that facilitates cashless transactions for payroll and remittance for migrant workers. The e-Wallet system is currently being upgraded to provide access to a number of additional in-app functions including e-Attendance, e-Grievance, e-Announcements, e-SOS and e-Learning. 

On top of the RM350 million invested to construct 319 blocks of new workers’ housing over the past three years, FGV has allocated additional funds amounting to RM43 million in 2021 to further enhance facilities for its workers. These include refurbishing the older housing in 169 plantations and upgrading equipment to ensure uninterrupted electricity and water supply, particularly in areas that do not have access to the national power grid and state-provided water supply.

To improve access to healthcare for our workers, FGV has established 13 clinics in our plantations that are located in remote areas, with the guidance and approval of the Ministry of Health. FGV also fulfils its responsibility to ensure that all its workers including migrant workers obtain the necessary vaccinations for protection against COVID-19. 

In anticipation of the Government’s decision to reopen Malaysia’s borders to new migrant recruits, FGV has put in place additional safeguards and due diligence measures including a pre-sourcing assessment mechanism, to align its recruitment procedures with best practices relating to responsible and ethical recruitment.

On the occasion of International Migrants Day, FGV reiterates its commitment to human rights, and joins the call to give migrant workers the recognition they deserve and more importantly, to promote greater respect for their rights.

 

FGV HOLDINGS BERHAD

FGV menyertai komuniti antarabangsa dalam menyambut Hari Migran Antarabangsa. Pekerja migran telah memberi sumbangan besar terhadap pembangunan negara termasuk di Malaysia, melalui pelbagai sektor antaranya seperti perladangan, pembuatan dan pembinaan. Malangnya, peranan pekerja migran dalam masyarakat dan dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomi sering tidak diiktiraf dan dihargai. Tambahan pula, pekerja migran amat terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia, walaupun kesalahan tidak berpunca daripada mereka.

Sebagai majikan kepada lebih 20 ribu pekerja migran, FGV komited untuk memperkukuhkan amalan buruhnya ke arah memastikan hak pekerja migran dihormati dan dilindungi sepenuhnya. Bagi tujuan ini, FGV telah memperuntukkan banyak usaha dan sumber untuk melaksanakan pelbagai inisiatif yang bertujuan untuk terus mempromosikan dan melindungi hak pekerjanya termasuk pekerja migran.

Sejak 2020, FGV telah melancarkan sistem e-Dompet FGV yang memudahkan transaksi tanpa tunai untuk gaji dan kiriman wang bagi pekerja migran. Sistem e-Dompet kini sedang dinaik taraf untuk menyediakan akses kepada beberapa fungsi aplikasi dalaman tambahan termasuk e-Kehadiran, e-Aduan, e-Pengumuman, e-SOS dan e-Pembelajaran.

Selain daripada RM350 juta yang dilaburkan untuk membina 319 blok perumahan pekerja baharu sejak tiga tahun lalu, FGV juga  memperuntukkan dana tambahan berjumlah RM43 juta pada 2021 untuk meningkatkan lagi kemudahan pekerjanya. Ini termasuk membaik pulih perumahan lama di 169 ladang dan menaik taraf infrastruktur untuk memastikan bekalan elektrik dan air tidak terganggu, terutamanya di kawasan yang tidak mempunyai akses kepada grid kuasa nasional dan bekalan air yang disediakan oleh negeri.

Untuk meningkatkan akses kepada penjagaan kesihatan untuk pekerja kami, FGV telah membina 13 klinik di ladang-ladang kami yang terletak di kawasan terpencil, dengan bimbingan dan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan. FGV juga melaksanakan tanggungjawabnya untuk memastikan semua pekerja termasuk pekerja migran mendapat vaksinasi yang diperlukan untuk perlindungan daripada COVID-19.

Dalam menjangkakan keputusan Kerajaan membuka semula sempadan Malaysia untuk pengambilan pekerja migran baharu, FGV telah menyediakan langkah perlindungan tambahan dan usaha wajar termasuk mekanisme penilaian pra-pengambilan, untuk menyelaraskan prosedur dengan amalan terbaik yang bertanggungjawab dan beretika.

Sempena Hari Migran Antarabangsa, FGV mengulangi komitmennya terhadap hak asasi manusia, dan menyertai gesaan untuk memberi pengiktirafan yang sepatutnya kepada pekerja migran dan yang lebih penting, untuk meningkatkan penghormatan terhadap hak mereka.

 

FGV HOLDINGS BERHAD

Find