2 April 2020

KUALA LUMPUR, 2 April 2020: FGV Holdings Berhad (FGV), in affiliation with the Fair Labor Association (FLA), has developed an action plan to ensure that all of its practices relating to labour, are fully in line with international labour standards.

The FGV Action Plan 2020, among others, underlines FGV’s commitment to responsible recruitment of migrant workers, strengthening of grievance mechanisms, regularising undocumented migrant workers in Sabah, improving monitoring systems and remediation, and enhancing stakeholder engagements.

“Our plantation workers are the pulse of FGV’s operation, without whom we will not be able to sustain our operations. There are over 30,000 migrant workers in our plantation and we fully respect their rights as our employees. FGV is serious in protecting the rights and well-being of workers including migrant workers especially amidst the Covid-19 situation in the country. FGV commits to pay minimum wage and to ensure adequate supply of food to these workers,” said Group Chief Executive Officer, Dato’ Haris Fadzilah Hassan.

Haris added that as part of its commitment to human rights and ongoing efforts to uphold labour standards, FGV became a Participating Company of FLA in October 2019, with the support of Procter & Gamble Chemicals (PGC).

The FLA is an international association of socially responsible companies, universities and civil society organisations (CSOs) aiming to promote and protect the human rights of workers and improve working conditions worldwide.

In developing the action plan, FGV formed a core team from relevant divisions and departments within FGV who would also be responsible for overseeing the overall implementation of the plan. In addition, FGV consulted international and Malaysia-based CSOs to obtain feedback on the action plan and held an online stakeholders’ consultation on 20 March which was participated by some 20 representatives from CSOs and academic institutions.

“The action plan will constitute FGV’s overarching effort to uphold labour standards, which will also address concerns raised by the Roundtable for Sustainable Palm Oil (RSPO),” said Haris, adding that FGV will ensure effective implementation of the actions, some of which are already in progress and will be subjected to an independent assessment by the FLA.

FGV would like to thank all of its stakeholders who have contributed to the development of the action plan, and wishes to express its appreciation to the FLA and PGC who have been very supportive of FGV throughout this process. The background and summary of FGV’s Action Plan on Enhancing Labour Practices 2020 can be accessed at the following link: https://www.fgvholdings.com/sustainability/reports-updates/

-END-

KUALA LUMPUR, 2 April 2020: FGV Holdings Berhad (FGV), dengan kerjasama Fair Labor Association (FLA), telah menyediakan satu pelan tindakan untuk memastikan semua amalan berkaitan dengan buruh adalah sejajar dengan piawaian buruh antarabangsa.

Pelan Tindakan FGV 2020, antara lain, menggariskan komitmen FGV terhadap pengambilan pekerja migran secara bertanggungjawab, memperkasa mekanisme rungutan, meregularisasi pekerja migran tanpa dokumen di Sabah, menambahbaik sistem pemantauan dan pemulihan, dan meningkatkan penglibatan pihak berkepentingan.

“Pekerja perladangan kami adalah nadi operasi FGV, tanpa mereka, kami tidak akan dapat meneruskan operasi kami. Terdapat lebih daripada 30,000 pekerja migran di ladang kami dan kami menghormati sepenuhnya hak mereka sebagai pekerja kami. FGV serius dalam melindungi hak dan kesejahteraan pekerja termasuk pekerja migran terutamanya dalam keadaan Covid-19 yang sedang melanda negara ini. FGV komited untuk membayar gaji minimum dan memastikan bekalan makanan yang mencukupi kepada pekerja-pekerja ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dato’ Haris Fadzilah Hassan.

Haris menambah, sebagai sebahagian daripada komitmen FGV terhadap hak asasi manusia dan usaha berterusan untuk menegakkan piawaian buruh, FGV telah menyertai FLA pada Oktober 2019, dengan sokongan Procter & Gamble Chemicals (PGC).

FLA adalah badan antarabangsa yang terdiri daripada syarikat-syarikat bertanggungjawab sosial, universiti dan organisasi masyarakat sivil yang bertujuan mempromosikan dan melindungi hak asasi pekerja dan memperbaiki keadaan kerja di seluruh dunia.

Dalam membangunkan pelan tindakan tersebut, FGV membentuk pasukan teras daripada jabatan-jabatan berkaitan dalam FGV yang juga bertanggungjawab untuk menyelia pelaksanaan keseluruhan pelan. Bagi mendapatkan maklum balas mengenai pelan tindakan ini, FGV telah mengadakan konsultasi secara atas talian bersama pihak berkepentingan yang terdiri daripada organisasi-organisasi masyarakat sivil antarabangsa dan yang berpangkalan di Malaysia pada 20 Mac yang lalu, di mana sesi konsultasi ini disertai oleh 20 organisasi masyarakat sivil dan institusi akademik.

“Pelan tindakan ini merupakan satu usaha FGV untuk mencapai piawaian buruh, yang mana pelan ini juga akan menangani isu-isu yang dibangkitkan oleh Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO),” kata Haris, sambil menambah bahawa FGV akan memastikan pelan tindakan ini dilaksanakan dengan berkesan, yang mana pelaksanaan beberapa elemen di dalamnya sedang berjalan. Keberkesanan pelaksanaan pelan ini akan dinilai secara bebas oleh FLA.

FGV ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak berkepentingan yang telah menyumbang kepada pembangunan pelan tindakan ini, dan merakamkan penghargaan  kepada FLA dan PGC yang telah menyokong FGV sepanjang proses ini. Latar belakang dan ringkasan Pelan Tindakan FGV untuk Meningkatkan Amalan Berkaitan Buruh 2020 boleh diakses pada pautan berikut: https://www.fgvholdings.com/sustainability/reports-updates/

 

-TAMAT-

Find