24 April 2020

Range of products by FGV Dairy Farm

KUALA LUMPUR, 24 APRIL 2020: FGV Holdings Berhad (FGV) widens its venture into the local food industry by producing Bright Cow brand dairy products through its subsidiary FGV Dairy Farm Sdn Bhd (FGV Dairy Farm).

FGV Dairy Farm can process 800MT of fresh milk per month including from a 10-acre farm owned by the company located in Linggi, Port Dickson, Negeri Sembilan. The close location of the farm to the focused consumer areas in Kuala Lumpur, Selangor and Putrajaya provides the freshness of the dairy products enabling them to reach the market destinations within 24 hours.

To meet the growing demand for fresh milk and dairy products, FGV Dairy Farm imported 122 Jersey Friesian and Holstein Friesian dairy cows from New South Wales, Australia in March. This top Australian dairy breed gives an edge for FGV Dairy Farm dairy products in terms of freshness, quality, taste and nutritional value.

FGV Group Chief Executive Officer Dato’ Haris Fadzilah Hassan said Bright Cow is a strong brand that has been around for a long time. FGV Dairy Farm’s dairy products can add value to the company, which is actively implementing its integrated agricultural development plans.

“We are currently in the process of expanding, with the construction of an integrated factory for the production of fresh milk-based products at the Linggi farm, which is expected to be completed within six months.

“When ready, FGV Dairy Farm will contribute to the national food supply security’s agenda by supplying 10 million litres of fresh milk annually. Freshness guaranteed to consumers, as milk produced in the morning can be enjoyed on the same day,” explains Haris Fadzilah.

In conjunction with Ramadan, FGV Dairy Farm is running a ‘Brighten Up Your Ramadan with Bright Cow’ campaign on Bright Cow’s social media site with weekly recipes and prizes, contests creating slogans and open picture contest or product launches.

In line with the Movement Control Order, Bright Cow took the initiative to provide a delivery service direct to consumers’ homes in the Klang Valley six days a week from Monday to Saturday. For home delivery services, customers can visit the Bright Cow social media site or call its Delivery Agent on 011-6206 7294.

END

Rangkaian produk tenusu FGV Dairy Farm

KUALA LUMPUR, 24 APRIL 2020: FGV Holdings Berhad (FGV) mengorak langkah dalam industri makanan tempatan dengan menghasilkan produk tenusu jenama Bright Cow melalui anak syarikatnya FGV Dairy Farm Sdn Bhd (FGV Dairy Farm).

FGV Dairy Farm mampu memproses 800MT susu segar sebulan. Sebahagian daripada jumlah tersebut dikeluarkan dari ladang seluas 10 ekar milik syarikat itu yang terletak di Linggi, Port Dickson, Negeri Sembilan. Lokasi ladang yang berhampiran dengan kawasan tumpuan pengguna di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya akan memberikan jaminan kesegaran produk tenusu untuk sampai ke destinasi pasaran dalam jangka masa 24 jam.

Bagi memenuhi permintaan susu segar dan produk tenusu yang semakin meningkat, FGV Dairy Farm telah membawa masuk 122 ekor lembu tenusu baka Jersey Fresian dan Holstein Fresien dari New South Wales, Australia pada Mac lalu. Baka tenusu terbaik Australia ini akan memberikan kelebihan kepada produk tenusu FGV Dairy Farm dari segi kesegaran, kualiti, rasa dan khasiat.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Dato’ Haris Fadzilah Hassan berkata Bright Cow merupakan jenama yang kukuh dan sudah lama berada dipasaran. Produk tenusu FGV Dairy Farm dapat memberi nilai tambah kepada syarikat yang sedang giat melaksanakan pelan pembangunan pertanian bersepadu.

“Pada masa ini kami dalam proses pembesaran dengan pembinaan kilang bersepadu pengeluaran produk berasaskan susu segar di Ladang Linggi, Negeri Sembilan dan dijangka siap dalam tempoh enam bulan.”

“Apabila siap sepenuhnya, FGV Dairy Farm sedia menyumbang kepada agenda jaminan bekalan makanan negara dengan membekalkan 10 juta liter susu segar setiap tahun. Jaminan kesegaran kepada pengguna, susu yang di perah waktu pagi dapat dinikmati pada hari yang sama,” jelas Haris Fadzilah.

Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadan, FGV Dairy Farm mengadakan kempen ‘Terangi Ramadan Anda dengan Bright Cow’ di laman media sosial Bright Cow dengan resipi dan hadiah mingguan, peraduan mencipta slogan dan peraduan gambar berbuka atau sahur bersama produk.

Selari dengan Perintah Kawalan Pergerakan pula, Bright Cow telah mengambil inisiatif awal menyediakan perkhidmatan penghantaran produk terus ke rumah pengguna di Lembah Klang enam hari seminggu bermula Isnin hingga Sabtu. Untuk mendapatkan khidmat penghantaran rumah, pelanggan boleh melawati laman media sosial Bright Cow atau menghubungi Ejen Penghantaran di talian 011-6206 7294.

Tamat

Find