KUALA LUMPUR, 2 March 2026 – FGV Holdings Berhad (FGV) welcomes the appointment of Datuk Abu Huraira Abu Yazid as its new Non-Independent and Non-Executive Chairman of FGV, effective 2 March 2026.

Datuk Abu Huraira brings with him 50 years of experience across diverse industries, including financial services, logistics, social security, rehabilitation, oil and gas and manpower development. With strong expertise in banking operations, risk management and financial governance, he has held various senior positions in Malaysia’s financial institutions.
Over the course of his distinguished career, Datuk Abu Huraira has held numerous leadership roles in both the public and private sectors. He currently serves as Chairman of Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM), Chairman of MISC Berhad, Chairman of Human Resource Development Corporation, Chairman of AET Pte. Ltd. and Chairman of Malaysian Maritime Academy Sdn. Bhd. where he continues to drive governance, strategic direction and organisational excellence.
He holds a Bachelor of Economics (Business Management) from the University of Malaya, Malaysia. Previously, he has also served as the Chairman of the Social Security Organisation (SOCSO), Chairman of Pusat Rehabilitasi PERKESO Sdn. Bhd. and Executive Director of Pos Malaysia Berhad, reflecting a career dedicated to institutional leadership, financial stability oversight, and nation-building initiatives.
The Group is honoured to welcome Datuk Abu Huraira into the FGV Group. His wealth of experience and proven track record in corporate leadership, governance and stakeholder engagement will be instrumental in guiding FGV through its next phase of growth and transformation. With the continued support of the Government of Malaysia, the Group remains committed to delivering sustainable value to all stakeholders.
To learn more about FGV, please check out the new corporate video by visiting FGV Holdings’ social media platform on Facebook, Instagram, Tik Tok, LinkedIn and YouTube, as well as on the website at www.fgvholdings.com.
ENDS
KUALA LUMPUR, 2 Mac 2026 – FGV Holdings Berhad (FGV) mengalu-alukan pelantikan Datuk Abu Huraira Abu Yazid sebagai Pengerusi Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif yang baharu, berkuat kuasa 2 Mac 2026.

Datuk Abu Huraira memiliki pengalaman luas selama 50 tahun dalam pelbagai industri, termasuk perkhidmatan kewangan, logistik, keselamatan sosial, rehabilitasi, minyak dan gas serta pembangunan tenaga kerja. Kepakaran mendalam beliau dalam operasi perbankan, pengurusan risiko dan tadbir urus kewangan mencerminkan kelayakan beliau untuk menyandang pelbagai jawatan kanan di beberapa institusi kewangan di Malaysia.
Sepanjang kerjaya cemerlangnya, Datuk Abu Huraira telah menerajui pelbagai peranan kepimpinan dalam sektor awam dan swasta. Beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM), Pengerusi MISC Berhad, Pengerusi Human Resource Development Corporation, Pengerusi AET Pte. Ltd. dan Pengerusi Malaysian Maritime Academy Sdn. Bhd., di mana beliau terus memacu tadbir urus yang kukuh, hala tuju strategik yang jelas serta kecemerlangan organisasi.
Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Pengurusan Perniagaan) dari Universiti Malaya, Malaysia. Sebelum ini, beliau turut berkhidmat sebagai Pengerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Pengerusi Pusat Rehabilitasi PERKESO Sdn. Bhd. serta Pengarah Eksekutif Pos Malaysia Berhad, sekali gus memperlihatkan komitmen berterusan beliau terhadap kepimpinan institusi, pengawasan kestabilan kewangan dan inisiatif pembangunan negara.
Kumpulan FGV amatlah berbesar hati mengalu-alukan kehadiran Datuk Abu Huraira ke dalam organisasinya dan percaya bahawa kekayaan pengalaman serta rekod pencapaian beliau dalam kepimpinan korporat, tadbir urus dan pengurusan pemegang taruh diyakini akan menjadi pemangkin penting dalam memacu FGV ke fasa pertumbuhan dan transformasi seterusnya. Dengan sokongan berterusan Kerajaan Malaysia, Kumpulan kekal komited untuk terus menjana nilai berterusan kepada semua pemegang taruh.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang FGV, sila tonton video korporat baharu kami di platform-platform media sosial FGV Holdings di Facebook, Instagram, Tik Tok, LinkedIn dan YouTube, serta di laman web di www.fgvholdings.com.
TAMAT