30 January 2026

DUBAI, 30 January 2026 – FGV Holdings Berhad (FGV) returns to Gulfood 2026, the world’s largest annual food and beverage trade exhibition, reinforcing its position as Malaysia’s trusted culinary companion to the Middle East and North Africa (MENA). Leveraging the global trade platform, FGV is advancing its regional growth strategy by deepening commercial partnerships, expanding distribution networks and strengthening its presence across key MENA markets.

At Gulfood 2026, FGV is participating across two key sectors: the Fats and Oils sector at the Dubai World Trade Centre and the Grocery Trade sector at the Dubai Exhibition Centre. This dual presence allows the Group to engage a broad spectrum of buyers and trade partners across retail, food service, and industrial buyers.

 

As Malaysia’s trusted culinary companion, FGV continues to expand its reach into new markets, connecting global audiences with the best of Malaysian food and agribusiness.

Engagement at the FGV booth features live cooking demonstrations, product applications, and sampling sessions, allowing visitors and trade partners to experience product versatility quality, and suitability for regional cuisines and consumer preferences.

“The MENA region is a core pillar of FGV’s international growth strategy. Gulfood allows us to translate market demand into long-term partnerships, deepen our distribution footprint and showcase our capabilities as Malaysia’s trusted culinary companion. Our focus is on building enduring commercial relationships that support food security, value creation and sustainable growth across the region,” said Dato’ Fakhrunniam Othman, Group Chief Executive Officer of FGV.

Dato’ Fakhrunniam Othman, Group Chief Executive Officer of FGV (left), together with Aznur Kama Azmir, Head of the Consumer Product Division and Officer-in-Charge of Delima Oil Products Sdn Bhd, led the company’s participation at Gulfood 2026, highlighting quality food products under its brands.

FGV’s showcase at Gulfood 2026 highlights its product portfolio and operational capabilities aligned regional market needs, with a strong emphasis on halal assurance, end-to-end traceability, supply reliability, and downstream value-added offerings, including the ability to customise product formulations to suit specific market and customer specifications. This reflects the Group’s commitment to supporting the MENA region’s priorities on diversified sourcing and food security, while reinforcing Malaysia’s reputation as a trusted, long-term food partner.

Demand for Malaysian food and beverage (F&B) products in the MENA region continues to grow. In 2024, Malaysia’s processed food exports reached RM2.32 billion, reflecting sustained momentum, with the United Arab Emirates (UAE) remaining the leading destination.

FGV has been exporting to MENA markets since 2018, supplying products including cooking oil and specialty fats for both industrial and consumer use, with total exports reaching approximately 100,000 metric tonnes (MT). Building on this established export base, FGV views the MENA market as a strategic growth priority under its downstream expansion strategy and is exploring opportunities to scale its presence in the region.

FGV is committed to meeting this growing demand through its various consumer food brands such as SAJI, SERI PELANGI, ADELA, PREMEO and GULA PRAI. The Group supports Malaysia’s national food security agenda by ensuring the availability of high-quality and nutritious food products at affordable prices, in line with its vision in delivering sustainable foods and agriproducts to the world.

Engaging with potential buyers at Gulfood 2026, exploring products and opportunities for collaboration in the global food market.

A leading global agribusiness company based in Malaysia, FGV is one of the largest producers of Crude Palm Oil (CPO) in the world. The Group is the biggest off-taker of smallholders’ fresh fruit bunches (FFB) in Malaysia, sourcing significantly from Federal Land Development Authority (FELDA) settlers and independent smallholders, contributing to 70 percent of its total processed FFB. Beyond commercial performance, FGV continues to fulfil its social responsibilities by supporting local communities and contributing to nation-building.

FGV operates in Asia, the Middle East, North America and Europe, supported by a workforce of over 45,000 across its Plantation, Sugar, Oils & Fats, Consumer Products, as well as Logistics & Support divisions.

For more information, please visit www.fgvholdings.com or follow FGV’s official social media platforms — Facebook, Instagram, TikTok, LinkedIn, and YouTube.

END

DUBAI, 30 Januari 2026 – FGV Holdings Berhad (FGV) kembali menyertai Gulfood 2026, pameran perdagangan makanan dan minuman tahunan terbesar di dunia, sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai teman kulinari dipercayai Malaysia di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA). Dengan memanfaatkan platform perdagangan global tersebut, FGV mempergiat strategi pertumbuhan serantaunya melalui pemerkasaan kerjasama komersial, meluaskan rangkaian pengedaran, serta mengukuhkan kehadirannya di pasaran utama rantau MENA.

FGV menyertai dua sektor utama di Gulfood 2026, iaitu sektor Lelemak dan Minyak di Dubai World Trade Centre serta sektor Dagangan Barangan Runcit di Dubai Exhibition Centre. Penyertaan di kedua-dua sektor ini membolehkan Kumpulan berinteraksi dengan rangkaian pembeli dan rakan dagang yang lebih luas merangkumi sektor runcit, perkhidmatan makanan dan industri.

Sebagai teman kulinari yang dipercayai di Malaysia, FGV terus memperkukuh kehadirannya dengan meneroka pasaran baharu, sekali gus menghubungkan pasaran global dengan keunggulan produk makanan dan agroperniagaan Malaysia

Aktiviti di reruai FGV menampilkan demonstrasi masakan secara langsung, aplikasi produk, serta pemberian sampel produk. Semua aktiviti ini membolehkan pengunjung dan rakan niaga merasai sendiri kepelbagaian penggunaan, kualiti, dan kesesuaian produk FGV dengan citarasa pengguna dan masakan serantau MENA.

“Rantau MENA merupakan tonggak utama dalam strategi pertumbuhan antarabangsa FGV. Penyertaan FGV di Gulfood membolehkan kami memenuhi permintaan pasaran dan mewujudkan kerjasama jangka panjang, memperluas rangkaian pengedaran produk syarikat serta memperlihatkan keupayaan FGV sebagai teman kulinari dipercayai Malaysia. Keutamaan kami adalah untuk membina hubungan niaga yang berkekalan bagi menyokong agenda sekuriti makanan negara, penciptaan nilai dan pertumbuhan lestari FGV di rantau ini,” kata Dato’ Fakhrunniam Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV.

Dato’ Fakhrunniam Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV (kiri), bersama Aznur Kama Azmir, Ketua Bahagian Produk Pengguna dan Pegawai Bertanggungjawab Delima Oil Products Sdn Bhd, mengetuai penyertaan syarikat di Gulfood 2026 dengan menampilkan produk makanan berkualiti di bawah jenama FGV.

Penyertaan FGV di Gulfood 2026 menonjolkan portfolio produk serta keupayaan operasinya yang bersesuaian dengan keperluan pasaran serantau, dengan  penekanan khusus terhadap jaminan halal, kebolehkesanan sumber sawit menyeluruh, kestabilan bekalan serta nilai tambah hiliran, termasuk keupayaan menyesuaikan formulasi produk mengikut keperluan pasaran dan spesifikasi pelanggan. Pendekatan ini mencerminkan komitmen Kumpulan dalam menyokong keperluan rantau MENA terhadap kepelbagaian sumber bekalan dan sekuriti makanan, di samping memperkukuh reputasi Malaysia sebagai pengimport makanan yang dipercayai sejak sekian lama.

Permintaan terhadap produk makanan dan minuman buatan Malaysia di rantau MENA terus menunjukkan peningkatan. Pada tahun 2024, eksport makanan terproses Malaysia mencecah RM2.32 bilion, mencerminkan momentum pertumbuhan yang berterusan, dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) kekal sebagai pengimport utama.

FGV telah mengeksport ke pasaran MENA sejak tahun 2018, membekalkan produk-produk seperti minyak masak dan lelemak khusus bagi kegunaan industri dan pengguna, dengan jumlah eksport mencecah kira-kira 100,000 metrik tan (MT). Berteraskan asas eksport yang kukuh ini, FGV melihat pasaran MENA sebagai keutamaan pertumbuhan strategik di bawah strategi pengembangan hilirannya dan sedang meneroka peluang untuk meningkatkan skala kehadirannya di rantau tersebut.

FGV komited memenuhi permintaan yang semakin meningkat ini melalui pelbagai jenama makanan pengguna syarikat seperti SAJI, SERI PELANGI, ADELA, PREMEO dan GULA PRAI. Kumpulan turut menyokong agenda keterjaminan makanan negara dengan memastikan ketersediaan produk makanan berkualiti tinggi dan berkhasiat pada harga berpatutan, selaras dengan visi FGV untuk menyediakan makanan dan agriproduk lestari ke seluruh dunia.

Berinteraksi dengan pembeli berpotensi di Gulfood 2026 bagi meneroka peluang kerjasama dalam pasaran makanan global.

Sebagai sebuah syarikat perniagaan agri terkemuka berpusat di Malaysia, FGV merupakan antara pengeluar Minyak Sawit Mentah (MSM) terbesar di dunia. FGV juga merupakan pembeli utama tandan buah segar (BTS) pekebun-pekebun kecil di Malaysia, dengan 70 peratus daripada jumlah BTS yang diproses diperoleh daripada peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan pekebun kecil bebas. Melangkau operasi komersial, FGV terus melaksanakan tanggungjawab sosialnya kepada negara dengan menyokong komuniti setempat serta menyumbang kepada usaha pembinaan negara.

FGV beroperasi di Asia, Timur Tengah, Amerika Utara dan Eropah, dipacu oleh tenaga kerja lebih 45,000 orang merentasi bahagian Perladangan, Gula, Minyak & Lelemak, Produk Pengguna serta Logistik & Sokongan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.fgvholdings.com atau ikuti platform media sosial rasmi FGV — Facebook, Instagram, TikTok, LinkedIn dan YouTube.

TAMAT

Find