25 August 2025

Kuala Lumpur, 25 August 2025 – FGV Holdings Berhad (FGV) today announced that it will be officially delisted from the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad starting 28 August 2025, following approval of its application submitted on 15 August 2025.

The exercise is a strategic move that allows FGV to operate with greater agility, strengthen its position as a leading agri-business and Malaysia’s food company, and align more closely with its major shareholder, the Federal Land Development Authority (FELDA). This decision is not the end of FGV’s growth story, since its listing in 2012. It is a transformational journey that will position the Group to deliver stronger long-term value for its stakeholders.

FGV reaffirmed that its current operations, stakeholders’ commitments, and community-focused initiatives will continue as planned, with no disruption to business activities. The Group remains steadfast as a partner in nation building by fulfilling its zakat obligations, driving diverse community-aid programmes, and empowering FELDA settlers as the heart of its mission. These commitments will continue to be guided by the principles of shareholders value, sustainability, transformation & innovation and shared prosperity.

“This is a strategic move that strengthens our alignment with FELDA. It positions us to focus on sustainable growth, operational excellence, and long-term value creation for our stakeholders. We remain fully committed to moving forward together with FELDA for the benefit of our employees, settlers, and the communities we serve,” said Fakhrunniam Othman, Group Chief Executive Officer of FGV.

FGV also underscores that integrity, governance, and transparency will remain central to its transformation journey. The Group is committed to embedding the highest standards of governance across its operations, ensuring that every decision is guided by accountability, trust, and the long-term interests of its stakeholders.

“FELDA settlers are not just suppliers of Fresh Fruit Bunches (FFB) to FGV. They are our partners in every step of our journey. Today, more than 70 percent of our FFB comes from FELDA settlers and smallholders, and this partnership is about much more than numbers. It is built on trust, shared responsibility, and a legacy we are proud to carry forward together,” Fakhrunniam added.

Continuing Our Commitment to People and Nation

As FGV embarks on this new chapter, the Group also reflects on the heart of its mission, which is the people who drive its success. In conjunction with the upcoming 68th Merdeka and Hari Malaysia celebration, FGV launched ‘Warkah Dari Ladang’, a short film that celebrates the dedication of plantation workers, who are the unsung heroes of Malaysia’s agri-business sector.

The film follows Syamsul, a young worker who once dreamed of leaving the plantation for life in the city. Through days spent with his seasoned and respected colleague, Syamsul begins to see the plantation not as a place of limitation, but as a land of resilience, sacrifice and shared dreams. He learns that every drop of sweat in the plantation fields carries the weight of a family’s hope and the pride of contributing to Malaysia’s progress.

“Our people are the foundation of who we are. ‘Warkah Dari Ladang’ is our way of honouring the sacrifices of plantation workers, the unsung heroes who have long supported Malaysia’s growth as a major agri-business nation. As we step into this new chapter as a company, we remain proud to stand with our people as we continue our journey together,” said Fakhrunniam.

He added, “This film is more than a story. It is a tribute to the men and women who work tirelessly on the land so that Malaysians everywhere can enjoy food on their tables. It is a reminder that dignity is found in honest work, and that the spirit of Merdeka lives in every palm, every harvest, and every life nurtured in the plantations.”

Reflecting Malaysia’s diversity, the film also portrays how individuals of different backgrounds and cultures come together, united by the same purpose to build a better future for their families and for the nation. It is a story of pride, perseverance and unity, values that FGV carries as it enters its new chapter.

“We are deeply thankful to all who have stood with FGV throughout our journey as a public-listed company since 2012. As we move into the next chapter, we remain dedicated to strengthening our position as a leading agri-business while continuing to be your trusted culinary companion through our food products, delivering quality and value to every Malaysian home,” said Fakhrunniam.

‘Warkah Dari Ladang’ will be prominently featured across FGV Holdings’ social media platforms including Facebook, Instagram, TikTok, LinkedIn and YouTube as well as at www.fgvholdings.com.

Kuala Lumpur, 25 Ogos 2025 – FGV Holdings Berhad (FGV) hari ini mengumumkan secara rasmi penyahsenaraiannya daripada Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad mulai 28 Ogos ini, susulan kelulusan permohonan yang telah dikemukakan pada 15 Ogos lalu.

Inisiatif ini dilihat sebagai langkah strategik yang membolehkan FGV untuk bergerak dengan lebih pantas, memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju agri-bisnes dan syarikat pengeluar makanan Malaysia, serta menyelaraskan hala tuju dengan pemegang saham utamanya, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Langkah ini bukan pengakhiran kepada kisah pertumbuhan FGV sejak penyenaraiannya pada 2012, sebaliknya ia menandakan permulaan lembaran transformasi yang akan mengukuhkan keupayaan Kumpulan dalam menjana nilai jangka panjang untuk semua pihak berkepentingan.

FGV menegaskan bahawa operasi semasa, komitmen terhadap pihak berkepentingan serta inisiatif berfokus komuniti akan diteruskan seperti yang dirancang tanpa sebarang gangguan kepada aktiviti perniagaan. Syarikat kekal komited sebagai rakan pembangunan negara dengan menunaikan kewajipan berzakat, menggerakkan pelbagai program bantuan komuniti, serta memperkasa peneroka FELDA sebagai misi utama. Komitmen ini akan terus dipandu oleh prinsip nilai kepada pemegang saham, kelestarian operasi, transformasi dan inovasi serta kesejahteraan bersama.

“Langkah strategik ini memperkukuh penyelarasan kami  dengan FELDA, sekali gus mempersiapkan FGV untuk memberi tumpuan kepada pertumbuhan lestari, kecemerlangan operasi serta penciptaan nilai jangka panjang kepada semua pihak berkepentingan. Kami kekal komited untuk melangkah bersama FELDA demi manfaat warga kerja syarikat, peneroka dan masyarakat di sekeliling kami,” kata Fakhrunniam Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV.

FGV turut menegaskan bahawa integriti, tadbir urus dan ketelusan akan terus menjadi teras kepada perjalanan transformasinya. Operasi perniagaan akan dipandu amalan tadbir urus tertinggi, dengan memastikan setiap keputusan yang dibuat adalah bersandarkan akauntabiliti, amanah, serta kepentingan jangka panjang semua pihak berkepentingan.

“Peneroka FELDA bukan sekadar pembekal Buah Tandan Segar (BTS) kepada FGV. Mereka adalah rakan kongsi kami dalam setiap langkah perjalanan ini. Hari ini, lebih 70 peratus BTS FGV datang daripada peneroka FELDA dan pekebun kecil dan  kerjasama ini bukan sekadar angka dan wang ringgit, ianya dibina atas dasar kepercayaan, tanggungjawab bersama dan sebuah legasi yang kami banggakan untuk terus diperkukuh bersama,” tambah Fakhrunniam.

Meneruskan Komitmen Kepada Bangsa dan Negara

Mengorak langkah ke era baharu, FGV menyorot kembali penubuhannya dan insan-insan yang menjadi tunjang kejayaannya. Bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 dan Hari Malaysia, FGV melancarkan sebuah filem pendek bertajuk, Warkah Dari Ladang yang mengangkat kisah kehidupan di ladang — wira-wira tidak didendang yang berkhidmat sebagai nadi industri agri-bisnes negara.

Filem ini mengisahkan Syamsul, seorang pekerja muda yang berhasrat untuk meninggalkan kerjayanya di ladang untuk mengejar kehidupan di kota. Namun berkat kesabaran dan tunjuk-ajar rakan-rakan sekerja yang berpengalaman, Syamsul mula menyedari bahawa kehidupan di ladang bukan satu kekangan tetapi sebagai sebuah medan mengajar erti ketabahan, pengorbanan serta menyemai impian. Setiap titik keringat yang jatuh di ladang menjadi benih harapan keluarga dan kemajuan negara.

“Warga FGV adalah asas kepada siapa kami. Warkah Dari Ladang adalah cara kami menghargai pengorbanan pekerja ladang, wira-wira tidak didendang yang sejak sekian lama menyumbang kepada pertumbuhan sektor agri-bisnes negara. Di permulaan perjalanan baharu FGV, kami berbangga berdiri bersama warga kerja kami dalam meneruskan perjuangan ini,” kata Fakhrunniam.

Tambah beliau, “Filem ini bukan sekadar sebuah cerita. Ia mengangkat mereka yang bekerja tanpa mengenal penat di ladang demi memastikan hasil yang secukupnya untuk dinikmati rakyat Malaysia. Ia juga menjadi peringatan kepada nilai budi dalam pekerjaan yang ikhlas, serta erti kemerdekaan dalam setiap pelepah sawit, setiap hasil tuaian, dan setiap insan yang berkhidmat kepada tanah ladang.”

Filem ini turut menampilkan kemajmukan masyarakat Malaysia dan bagaimana individu-individu daripada latar belakang berbeza bersatu di bawah satu matlamat: membina masa depan lebih baik untuk keluarga dan negara. Ianya sebuah harga diri bangsa, ketabahan, dan perpaduan yang merupakan nilai-nilai yang FGV dukung bersama memasuki era baharu ini.

“Kami amat menghargai semua pihak yang berdiri bersama FGV sepanjang perjalanan kami sebagai sebuah syarikat senaraian awam sejak tahun 2012. Dalam langkah kami ke lembaran baharu ini, kami tekad untuk mengekalkan kedudukan kami sebagai peneraju agri-bisnes di samping terus menjadi teman kulinari anda percayai melalui produk makanan kami, memastikan kualiti dan membawa nilai ke setiap rumah rakyat Malaysia,” ujar Fakhrunniam.

Warkah Dari Ladang akan dipaparkan di semua saluran media sosial rasmi FGV Holdings termasuk Facebook, Instagram, TikTok, LinkedIn dan YouTube serta di laman sesawang www.fgvholdings.com.

Find