6 February 2024

KUANTAN, 6 February – FGV Holdings Berhad (FGV) marked a significant milestone with the inauguration of its new Fract750 Refinery Plant at Kuantan Port. This facility signifies FGV’s strategic expansion into premium product offerings, such as high IV Olein (IV60-IV65) and hard stearin.

The event was launched by Yang Berhormat Dato’ Mohamad Nizar bin Dato’ Sri Mohamad Najib, Pahang EXCO of Investment, Industry, Science, Technology & Innovation, marking not only the establishment of the new facility, but also a commitment to local economic growth.

From left: Vino Kumar Balakrishnan, Chief Executive Officer of Kuantan Port Consortium Sdn. Bhd, Haji Mohamad Fadzil Hitam, Board Member of FGV Holdings Berhad, YB Dato’ Mohamad Nizar Dato’ Sri Mohamad Najib, Pahang EXCO of Investment, Industry, Science, Technology & Innovation, Fakhrunniam Othman, Group Divisional Director, Logistics & Support Division and Mohd Djunadi Samsuddin, Chief Executive Officer of FGV Refineries Sdn Bhd

“The new refinery not only allows FGV to explore new areas in specialty fat products but also contributes to the development of a specialised industry in Kuantan. This not only diversifies the local economy but also positions Kuantan as a hub for innovative and premium fat products, potentially attracting further investment and business opportunities,” said Dato’ Nizar.

He added, “Equipped with modern technology, the new plant will create job opportunities for local youth in Pahang. The Pahang government welcomes new developments and investments that help to provide avenues for skilling and training in advanced sectors such as the palm oil and specialty fats industry.”

The new FRACT750 Refinery is the first plant in the east coast region to feature the Desmet iConFract System, which incorporates an innovative 30-bar filter press technology. The technology helps in enhancing efficiency, streamlining premium downstream product production, and enabling precise separation of various fractions during the refining process.

FGV Holdings Berhad (FGV) marked a significant milestone with the inauguration of its new Fract750 Refinery Plant at Kuantan Port

Dato’ Nazrul Mansor, Group Chief Executive Officer of FGV said, “The introduction of the new facility will strategically position FGV to serve emerging industries, with anticipated volume production of 150,000 MT per annum. The inauguration of the new plant represents yet another strategic move for FGV, enhancing cost-efficiency by leveraging high free fatty acid (FFA) feedstock, a by-product of crude palm oil milling and refining to produce palm methyl ester (PME).”

FGV’s operations in Pahang stretch across 136,617 hectares of plantation estate, 28 mills, along with crushing, refining, fractionation and distillation plant, in addition to bulking and warehousing facilities, as well as a strategically positioned logistic depot. In 2023, FGV purchased and processed a total of 4.91 million MT of fresh fruit bunches (FFB) in Pahang worth RM3.75 billion; in which 66 percent of FFB came from FELDA smallholders, while the remaining 34 percent were purchased from independent smallholders.

“As the world’s leading producer of crude palm oil (CPO), FGV continues to solidify its position. With the establishment of this new plant, FGV will be able to produce premium palm olein and explore new markets, thus further strengthening FGV’s position as leader in the global palm oil market,” said Dato’ Nazrul.

Operated by its subsidiary, FGV Refineries Sdn. Bhd., this plant plays a vital role in the Group’s business ecosystem, completing the supply chain. The Group remains committed to sustainability and responsible practices, ensuring a balanced and thriving future for both the industry and the communities it serves.

ENDS

 

KUANTAN, 6 Februari – FGV Holdings Berhad (FGV) mencatatkan sejarah dengan perasmian Kilang Fract750 yang dibina di kawasan Pelabuhan Kuantan. Fasiliti ini mencerminkan perkembangan strategik FGV untuk memenuhi permintaan pasaran bagi penawaran produk premium seperti High IV Olein (IV60-IV65) dan hard stearin.

Majlis Perasmian Kilang Fract750 dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Mohamad Nizar bin Dato’ Sri Mohamad Najib, EXCO Pelaburan, Industri, Sains, Teknologi & Inovasi Pahang. Fasiliti terbaru ini mencerminkan perkembangan strategik FGV dalam meluaskan dan mempelbagaikan penawaran produk FGV, termasuk serbuk stearin, lemak koko setara (CBE) dan pengganti lemak koko (CBS), dalam usaha bagi memenuhi permintaan pasaran.

Dari kiri: Vino Kumar Balakrishnan, Ketua Pegawai Eksekutif, Kuantan Port Consortium Sdn. Bhd, Haji Mohamad Fadzil Hitam, Ahli Lembaga Pengarah FGV Holdings Berhad, YB Dato’ Mohamad Nizar Dato’ Sri Mohamad Najib, EXCO Pelaburan, Industri, Sains, Teknologi & Inovasi Pahang, Fakhrunniam Othman, Pengarah Kumpulan, Bahagian Logistik dan Sokongan dan Mohd Djunadi Samsuddin, Ketua Pegawai Eksekutif, FGV Refineries Sdn Bhd

“Kilang penapisan baharu ini bukan sahaja membolehkan FGV meneroka bidang baharu dalam produk lemak khusus tetapi turut menyumbang kepada pembangunan industri di Kuantan. Ini akan menyumbang kepada kemakmuran ekonomi tempatan sekaligus menjadikan Kuantan sebagai hab untuk produk lelemak inovatif dan premium, yang berpotensi menarik pelaburan dan peluang perniagaan baharu,” kata Dato’ Nizar.

Tambahnya, “Dengan teknologi moden yang diterapkan, kilang baharu ini akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada belia tempatan di Pahang. Kerajaan Pahang mengalu-alukan pembangunan dan pelaburan baharu yang membantu mencipta peluang kemahiran dan latihan dalam sektor pesat seperti minyak sawit dan industri lelemak.”

Kilang FRACT750 yang baharu ini merupakan kilang penapisan minyak sawit pertama di wilayah Pantai Timur yang menggunakan Sistem Desmet iConFract, menggabungkan teknologi penapis mampat 30 bar yang inovatif. Teknologi ini akan membantu dalam meningkatkan kecekapan, mengoptimakan pengeluaran produk hiliran premium, serta membolehkan pengasingan rapi pecahan minyak dalam proses penapisan.

FGV Holdings Berhad (FGV) mencatatkan sejarah dengan perasmian Kilang Fract750 yang dibina di kawasan Pelabuhan Kuantan

Dato’ Nazrul Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV berkata, “Fasiliti terbaru ini akan meletakkan FGV di posisi yang strategik dalam memenuhi permintaan terkini industri, dengan jangkaan pengeluaran sebanyak 150,000 metrik tan setahun. Perasmian kilang baharu ini juga merupakan satu lagi langkah strategik oleh FGV. Ia akan mengoptimakan kos dengan memanfaatkan penggunaan asid lemak bebas (FFA), yang merupakan hasil sampingan dari proses minyak sawit mentah untuk menghasilkan palm methyl ester (PME).”

Operasi FGV di Pahang meliputi 136,617 hektar ladang sawit, 28 kilang pemecahan, penapisan, dan penyulingan minyak sawit; selain daripada perkhidmatan pukal dan gudang, serta depoh logistik. Pada tahun 2023, FGV telah membeli dan memproses buah tandan segar (BTS) sebanyak 4.91 juta MT bernilai RM3.75 billion di negeri Pahang. 66 peratus daripada keseluruhan jumlah BTS diperolehi daripada peneroka FELDA, manakala baki 34 peratus di beli daripada pekebun kecil bebas.

“FGV terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pengeluar minyak sawit mentah (MSM) terbesar dunia. Dengan penubuhan kilang baharu ini, FGV akan mampu mengeluarkan produk olein sawit premium dan meneroka pasaran baharu, sekali gus memperkuatkan lagi kedudukan FGV sebagai peneraju pasaran minyak sawit global,” kata Dato’ Nazrul.

Kilang ini dikendalikan oleh anak syarikat FGV iaitu FGV Refineries Sdn. Bhd., memainkan peranan penting dalam ekosistem perniagaan Kumpulan dengan melengkapkan rantaian bekalan.

Kumpulan FGV kekal komited terhadap amalan bertanggungjawab dan kelestarian bagi memastikan masa depan yang seimbang dan berkembang maju untuk kemakmuran industri dan pihak berkepentingan Kumpulan.

TAMAT

Find