KUALA LUMPUR, 22 February 2022 – FGV Holdings Berhad (FGV) through its subsidiary, FGV Integrated Farming Holdings Sdn. Bhd. (FGVIF) continues to strengthen the local fragrant rice market with the latest development of its paddy rice farming business.
FGV’s unique Fortified Field™ Fragrant Rice (3FR) programme, which is in support of the Ministry of Agriculture and Food Industry (MAFI)’s Large-Scale Smart Paddy Field Programme (Smart SBB) has expanded its granary fields to 625 hectares (ha) for existing planting season this year, compared to 577ha allocated last year in both Smart SBB’s projects in the Integrated Agricultural Development Area (IADA) Barat Laut, Selangor and IADA Seberang Perak, Perak.
The increase in planting hectarage allocation will benefit about 350 of FGV’s current local contract farmers, a significant increase from 265 farmers last year, giving them a potential income of RM1,540 per metric tonne (MT) of paddy yield.
From Left: Azman Md Azhar, FGVIF’s Head of Paddy & Rice, Rozaidi Abdul Rahman, Director of IADA Barat Laut Selangor, YB Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Hj Salleh, Deputy Minister II of MAFI, Dato’ Mohd Shamsudin, ADUN Sg Burong, En Abdul Razak Aya, Head of FGV Integrated Farming, and Tuan Hj Jasman, representative of the Member of Parliament for Tanjung Karang at the IADA Barat Laut, Selangor
Mohd Nazrul Izam Mansor, FGV’s Group Chief Executive Officer said, “As one of Malaysia’s leading food and agribusiness companies, FGV continuously strives to provide smart farming solutions and modernise our best farming practices in maximising yields and returns especially for our farmers. Therefore, we are highly proud of our success in anchoring the SMART SBB projects in both IADAs through our 3FR.”
FGV’s 3FR, which was introduced last year, is a comprehensive planting system that integrates smart agricultural technologies and Agriculture 4.0 for effective fragrant rice paddy cultivation.
“The 3FR programme is now underway to implement the usage of microbes and soil conditioner to enhance soil fertility which will result in improved yield, especially at the low-yielding area. On top of that, we have also installed a weather station at the IADA Seberang Perak site, that monitors real-time data on soil pH, temperature, humidity, pressure, wind speed, wind direction including rainfall. This will give us sufficient and necessary information on the soil treatment needed, thereby increasing the desired paddy yield.
The 3FR programme also sets a new benchmark for the industry from the existing methods through drone technology utilisation in the fields, to hyperspectral imaging in pest and disease control,” continued Mohd Nazrul.
FGV’s Fortified Field™ Fragrant Rice programme is a comprehensive planting system that integrates smart agricultural technologies and Agriculture 4.0 for effective fragrant rice paddy cultivation
FGV today welcomed a visit by YB Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Bin Hj Salleh, Deputy Minister II of MAFI at the IADA Barat Laut, Selangor to monitor the implementation of Smart SBB MAFI-FGV as well as learn more on the 3FR programme by FGVIF.
FGV’s current rice variants include SAJI Super Special Tempatan (SST) and imported white rice (IWR). FGV also plans to launch its new rice variant this year – SAJI Aroma and SAJI basmathi.
“We are currently engaging with our strategic partners to distribute our SAJI Aroma nationwide. This would be the first commercialised local fragrant rice of the MRQ76 variety which is known to be at par with its imported variety. We target for the new rice variants to appeal to existing and loyal customers of our SAJI brand and eventually become the number one choice of every Malaysian household,” said Mohd Nazrul.
END
KUALA LUMPUR, 22 Februari 2022 – FGV Holdings Berhad (FGV) melalui anak syarikatnya, FGV Integrated Farming Holdings Sdn. Bhd. (FGVIF) terus mengukuhkan pasaran beras wangi tempatan dengan perkembangan terkini perniagaan pertanian padinya.
Program Beras Wangi Fortified Field™ (3FR), dibawa Program Sawah Padi Pintar Berskala Besar (SBB) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah meningkatkan keluasan jelapang padi kepada 625 hektar (ha) bagi musim menuai terkini pada tahun ini, berbanding 577 ha yang diperuntukkan tahun lalu dalam kedua-dua projek Smart SBB di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut, Selangor dan IADA Seberang Perak, Perak.
Peningkatan hektar kawasan tanaman akan memberi manfaat kepada kira-kira 350 petani kontrak tempatan FGV, peningkatan ketara daripada 265 petani tahun lepas, dan berpotensi menjana pendapatan sebanyak RM1,540 untuk setiap tan metrik (MT) hasil padi.
Dari Kiri: Azman Md Azhar, Ketua Padi & Beras FGVIF, Rozaidi Abdul Rahman, Pengarah IADA Barat Laut Selangor, YB Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Hj Salleh, Timbalan Menteri II MAFI, Dato’ Mohd Shamsudin, ADUN Sg Burong, En Abdul Razak Aya, Ketua FGVIF, dan Tuan Hj Jasman, wakil Ahli Parlimen Tanjung Karang di IADA Barat Laut
Mohd Nazrul Izam Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV berkata, “Sebagai salah satu syarikat makanan dan perniagaan agri terkemuka di Malaysia, FGV sentiasa berusaha untuk menyediakan penyelesaian pertanian pintar dan memodenkan amalan perladangan terbaik. Ini sebahagian usaha memaksimumkan hasil dan pulangan terutamanya untuk para petani di dalam program ini. Oleh itu, kami amat berbangga dengan kejayaan menjadi perintis projek SMART SBB di kedua-dua IADA melalui 3FR.”
3FR FGV, yang diperkenalkan tahun lepas, adalah sistem penanaman komprehensif yang mengintegrasikan teknologi pertanian pintar dan Pertanian 4.0 untuk penanaman padi wangi yang berkesan.
“Program 3FR kini sedang melaksanakan penggunaan mikrob dan perapi tanah untuk meningkatkan kesuburan tanah yang akan memberikan pulangan yang lebih baik terutamanya di kawasan yang rendah hasilnya. Selain itu, kami juga telah memasang stesen cuaca di tapak IADA Seberang Perak, yang memantau data-masa-nyata untuk pH tanah, suhu, kelembapan, tekanan, kelajuan angin, arah angin termasuk hujan. Ini akan memberi kita maklumat yang mencukupi dan penting berkenaan rawatan tanah yang diperlukan, seterusnya meningkatkan hasil padi yang diingini.
Program 3FR juga menetapkan penanda aras baharu untuk industri melalui kaedah penggunaan teknologi dron di jelapang, kepada pengimejan hiperspektral dalam mengawal perosak dan penyakit,” ujar Mohd Nazrul.
Program Beras Wangi Fortified Field™ FGV adalah sistem penanaman komprehensif yang mengintegrasikan teknologi pertanian pintar dan Pertanian 4.0 untuk penanaman padi wangi yang berkesan
FGV hari ini mengalu-alukan kunjungan YB Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh, Timbalan Menteri II MAFI di IADA Barat Laut, Selangor bagi memantau pelaksanaan Smart SBB MAFI-FGV serta mengetahui lebih lanjut mengenai program 3FR oleh FGVIF.
Beras keluaran FGV di pasaran termasuk SAJI Super Istimewa Tempatan (SST) dan beras putih import (IWR). FGV juga merancang untuk melancarkan varian beras baharunya tahun ini iaitu SAJI Aroma dan SAJI basmathi.
“Kami kini di dalam perbincangan dengan rakan strategik kami untuk mengedarkan beras SAJI Aroma ke seluruh negara. Ini bakal menjadi beras wangi tempatan yang pertama dikomersialkan bagi jenis MRQ76, setanding dengan beras wangi yang diimport. Kami menyasarkan beras baharu ini akan menarik minat pelanggan setia jenama SAJI dan menjadi pilihan nombor satu setiap isi rumah di Malaysia,” kata Mohd Nazrul.
TAMAT