Kuala Lumpur, 8 August 2024 – FGV Holdings Berhad (FGV), one of the world’s largest producers of Crude Palm Oil (CPO) further cements its commitment to sustainable practices with the first production of its European Union Deforestation Regulation (EUDR) compliant Crude Palm Kernel Oil (CPKO). This achievement marks another significant milestone for FGV as one of the first Malaysian companies to produce EUDR-compliant CPKO.
CPKO, which is primarily used in food and personal care products, including non-dairy ice cream, margarine, chocolate, confectionery, soap and detergent, is now produced in compliance with stringent EUDR standards.
FGV’s EUDR-compliant CPKO made its way by tanker lorry from FGV Kernel Crushing Plant in Semambu to clients in Kuantan Port.
The EUDR is a legislative framework aimed at ensuring that products imported into the European Union (EU) are free from deforestation and forest degradation activities. FGV’s ability to produce EUDR-compliant CPKO for clients worldwide showcases its dedication to upholding global sustainability standards and regulatory compliance.
“At FGV, we understand the critical role that businesses must play in addressing the pressing environmental and social challenges. Our production of EUDR-compliant CPKO marks a major advancement for our operations and underscores our dedication to meeting stringent global environmental and social standards. This achievement will positively impact our bottom line over time and reflects our proactive approach to environmental stewardship and our commitment to sustainable palm oil production,” said Dato’ Nazrul Mansor, Group Chief Executive Officer of FGV.
FGV has focused on sourcing its Fresh Fruit Bunches (FFB) from three key sources: its own estates, FELDA’s settlers, and independent smallholders who are already in line with EUDR, Malaysian Sustainable Palm Oil Certification (MSPO) or Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO) traceability requirements.
Dato’ Nazrul added, “We aim to expand the network of our business partners from amongst the smallholders, which in turn will generate better economic opportunities for them, and further enhance collective sustainability efforts of the Malaysian palm oil industry.”
Joined by FGV Senior Management, Zulkifli Othman, FGV Group Director of Oils & Fats Division, commemorates FGV’s EUDR-compliant CPKO at FGV Kernel Crushing Plant in Semambu, Kuantan.
Earlier in July, FGV launched its enhanced Sustainability Framework, advancing its commitment to the environmental, social and governance (ESG) goals. The framework builds on its existing sustainability commitments and comprises five pillars: Economic Growth, Governance, Social, Environment, and Innovation and Technology.
Key enhancements involve specific focus areas under each pillar, addressing current global ESG trends such as operational excellence, human rights and labour standards, diversity, equity and inclusion, sustainability certification, traceability, responsible sourcing and supply chain management, community engagement and development; climate action, renewable energy and energy management, and biodiversity and land management.
To learn more about FGV, watch FGV’s new corporate video available on its social media platforms — Facebook, Instagram, TikTok, LinkedIn, and YouTube, as well as on its website: www.fgvholdings.com .
ENDS
Kuala Lumpur, 8 Ogos – FGV Holdings Berhad (FGV), salah sebuah pengeluar Minyak Sawit Mentah (MSM) terbesar dunia, meneruskan komitmen syarikat terhadap nilai-nilai kelestarian dengan mengeluarkan Minyak Isirung Sawit Mentah (CPKO) pertama yang memenuhi Peraturan Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR). Pencapaian ini merupakan sebuah lagi detik bersejarah buat FGV yang menjadi antara syarikat Malaysia yang terawal dalam menghasilkan CPKO patuh EUDR.
CPKO digunapakai secara meluas dalam produk-produk makanan dan penjagaan diri; termasuk ais krim bukan tenusu, marjerin, coklat, konfeksi, sabun mandi dan sabun cuci yang dihasilkan mengikut standard yang ditetapkan EUDR.
Hasil Pengeluaran CPKO Patuh EUDR oleh FGV dibawa dari Kilang Isi Sawit FGV Semambu kepada pelanggan-pelanggan syarikat di Pelabuhan Kuantan dengan lori tanki FGV.
EUDR adalah merupakan rangka kerja perundangan dalam memastikan produk yang diimport ke negara-negara Eropah adalah bebas daripada aktiviti penebangan dan kemusnahan hutan. Keupayaan FGV dalam menghasilkan CPKO patuh-EUDR untuk pelanggan-pelanggan antarabangsa jelas mencerminkan dedikasi syarikat dalam menyokong piawaian kelestarian dan pematuhan perundangan global.
“Di FGV, kami sedar tentang peranan penting yang perlu dimainkan oleh sektor swasta dalam menangani isu-isu alam sekitar dan sosial. Pengeluaran CPKO patuh EUDR oleh FGV menandakan lembaran baharu bagi operasi kami serta membuktikan dedikasi kami untuk memenuhi piawaian alam sekitar dan sosial dunia yang ketat. Pencapaian ini, pastinya akan membawa kesan positif kepada keuntungan syarikat. Pada masa yang sama, ianya akan mempamerkan pendekatan proaktif FGV terhadap penjagaan alam sekitar dan komitmen kami terhadap pengeluaran minyak sawit yang lestari,” kata Dato’ Nazrul Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV.
Tandan Buah Segar (BTS) yang diproses oleh FGV adalah daripada tiga sumber utama; daripada ladang FGV; ladang peneroka FELDA; serta ladang pekebun-pekebun kecil bebas yang mematuhi piawaian EUDR serta syarat kebolehkesanan Pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) atau Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO).
Tambah Dato’ Nazrul, “Kami menyasarkan untuk meluaskan rangkaian rakan perniagaan kami di kalangan pekebun-pekebun kecil, yang bukan sahaja akan membawa kepada peluang-peluang ekonomi kepada masyarakat, malah pada masa yang sama akan memperkasakan usaha-usaha kelestarian bersama industri sawit Malaysia.”
Disertai oleh barisan Pengurusan Kanan FGV, Zulkifli Othman, Pengarah Kumpulan FGV bagi Bahagian Minyak & Lelemak, telah meraikan CPKO Patuh EUDR FGV di Kilang Isi Sawit FGV Semambu di Kuantan.
Pada bulan Julai yang lalu, FGV telah melancarkan Rangka Kerja Kelestarian syarikat yang baharu, bagi meneruskan komitmennya kepada matlamat alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG). Rangka kerja ini dibina berdasarkan komitmen kelestarian FGV yang sedia ada dan terdiri daripada lima tonggak utama iaitu: Pertumbuhan Ekonomi, Tadbir Urus, Sosial, Alam Sekitar serta Inovasi dan Teknologi.
Elemen-elemen penambahbaikan utama pada rangka kerja tersebut adalah selari dengan tonggak-tonggak utama dan menyentuh isu-isu semasa ESG dunia seperti kecemerlangan operasi; hak asasi manusia dan piawaian buruh; kepelbagaian, ekuiti dan keterangkuman; pensijilan kelestarian; kebolehkesanan, penyumberan bertanggungjawab dan pengurusan rantaian bekalan; penglibatan dan pembangunan komuniti; kebolehtindakan iklim; tenaga boleh diperbaharui dan pengurusan tenaga; serta kepelbagaian biologi dan pengurusan tanah.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang FGV, sila tonton video korporat baharu FGV yang tersedia di platform media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok, LinkedIn dan YouTube, serta di laman web: www.fgvholdings.com .
TAMAT