3 December 2020

FGV Holdings Berhad (FGV) refers to the Withhold Release Order (WRO) issued by the United States Customs and Border Protection (CBP) on 30 September 2020 against FGV’s palm oil and palm oil products. It has made an official statement on 1 October 2020.

While noting that CBP indicated that the issuance of the WRO against FGV was based on information from a year-long investigation that reasonably indicates the use of forced labour, FGV would like to reiterate that all issues raised by the CBP have been the subject of public discourse since 2015 and FGV’s has been rigorously working towards enhancement of its labour practices.

FGV’s continuous effort in ensuring the implementation of FGV’s human rights and labour policies on the ground is evidenced by the various initiatives and programmes that FGV has embarked on, in particular its affiliation to the Fair Labour Association (FLA). FGV has also appointed the Independent Advisory Panel (IAP) to advise FGV on matters relating to governance and sustainability including labour matters.

FGV is committed to taking all necessary steps and measures towards the revocation of the WRO. On 8 October 2020, FGV has communicated with the CBP via conference call to seek clarification on the allegations of forced labour within FGV’s plantations. The CBP, however, did not reveal any information about its findings except that its research had identified 11 International Labour Organisation (ILO) indicators of forced labour in FGV’s practices. The CBP did not disclose any further information about its findings including the nature or locations of any incidence linked to such indicators.

Therefore, FGV has decided to take a systematic approach in ensuring that the rights of its workers are respected and protected, thereby eliminating practices indicative of labour exploitation. This is to ensure that the best labour practices are observed in accordance with international standards throughout its entire operations. FGV is committed to ensure the completion of its on-going efforts towards further improving the hard infrastructure of its facilities within a reasonable period of time, for the benefit of its workers. This includes added improvements on housing, clinics, schools, shops, and places of worship.

On 15 October 2020, FGV had stated that it will be appointing an independent third-party audit firm for an imminent audit of FGV’s operations. After further deliberation by the Board, FGV has decided to revisit this appointment after FGV is satisfied that all of the above measures have been strengthened and implemented accordingly.

In the meantime, FGV will continue to engage with the CBP to keep them abreast on the various measures undertaken and its other ongoing initiatives pertaining to labour rights in particular, and human rights in general.

At the same time, FGV remains committed to implementing its action plan under its affiliation with the FLA. The FLA action plan can be accessed on FGV’s website at www.fgvholdings.com. The next progress report of the implementation of this action plan is due to be published on 31 March 2021.

FGV shall make further announcements if there are any further material development in respect of this matter.

FGV HOLDINGS BERHAD

FGV Holdings Berhad (FGV) merujuk kepada Perintah Pelepasan Tahan (WRO) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat pada 30 September 2020 terhadap produk kelapa sawit dan minyak sawit FGV.  Kenyataan rasmi telah dibuat pada 1 October 2020.

Mengambil maklum bahawa CBP menunjukkan pengeluaran WRO terhadap FGV berdasarkan maklumat hasil dari siasatan selama setahun yang secara munasabah menunjukkan penggunaan buruh paksa, FGV ingin mengulangi bahawa semua isu yang dibangkitkan oleh CBP telah menjadi bahan wacana umum sejak tahun 2015 dan FGV telah berusaha dengan gigih untuk meningkatkan amalan tenaga buruhnya.

Usaha berterusan FGV dalam memastikan perlaksanaan dasar hak asasi manusia dan buruh FGV di lapangan dibuktikan dengan pelbagai inisiatif dan program yang telah dilaksanakan oleh FGV, khususnya kerjasama dengan Fair Labor Association (FLA). FGV juga telah melantik Panel Penasihat Bebas (IAP) untuk menasihati FGV mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan tadbir urus dan kelestarian termasuk hal-hal buruh.

FGV komited untuk mengambil semua langkah yang diperlukan untuk pembatalan WRO. Pada 8 Oktober 2020, FGV telah berkomunikasi dengan CBP melalui panggilan persidangan untuk meminta penjelasan mengenai tuduhan buruh paksa di ladang-ladang FGV. CBP, bagaimanapun, tidak mendedahkan maklumat mengenai penemuan siasatannya kecuali telah mengenal pasti 11 indikasi Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) mengenai buruh paksa dalam amalan FGV. CBP tidak mendedahkan maklumat lebih lanjut mengenai hasil siasatannya termasuk sifat atau lokasi kejadian yang berkaitan dengan indikasi-indikasi tersebut.

Oleh itu, FGV telah memutuskan untuk mengambil pendekatan sistematik dalam memastikan hak-hak pekerjanya dihormati dan dilindungi, dengan itu menghapuskan amalan yang menunjukkan eksploitasi buruh. Ini untuk memastikan bahawa amalan buruh terbaik dipatuhi sesuai dengan piawaian antarabangsa merangkumi keseluruhan operasinya. FGV komited untuk memastikan usaha berterusannya untuk meningkatkan lagi infrastruktur kemudahannya dalam jangka masa penyelesaian yang munasabah, untuk kepentingan pekerjanya. Ini termasuk penambahbaikan tambahan pada perumahan, klinik, sekolah, kedai, dan tempat ibadat.

Pada 15 October 2020, FGV telah menyatakan bahawa ia akan melantik firma audit pihak ketiga yang bebas dalam menjalankan audit bagi operasi FGV dengan segera. Setelah pertimbangan lebih lanjut oleh Lembaga Pengarah, FGV telah memutuskan untuk mengkaji semula pelantikan ini setelah FGV berpuas hati bahawa semua langkah di atas telah telah diperkukuhkan dan dilaksanakan dengan sewajarnya.

Sementara itu, FGV akan terus berhubung dengan CBP untuk memastikan mereka terus mengikuti perkembangan berbagai langkah yang diambil dan inisiatif-inisiatif lain yang berterusan berkaitan dengan hak buruh khususnya, dan hak asasi manusia pada umumnya.

Pada masa yang sama, FGV tetap komited untuk melaksanakan pelan tindakannya di bawah afiliasinya dengan FLA. Pelan tindakan FLA boleh diakses di laman sesawang FGV di www.fgvholdings.com. Laporan kemajuan seterusnya mengenai pelan tindakan ini akan diterbitkan pada 31 Mac 2021.

FGV akan membuat pengumuman lebih lanjut sekiranya terdapat perkembangan material yang berkaitan dengan perkara ini.

FGV HOLDINGS BERHAD

 

Find