29 December 2020

KUALA LUMPUR, 29 DECEMBER 2020 – FGV Holdings Berhad (FGV) through its subsidiary FGV Dairy Farm Sdn Bhd (FGVDF) is positioned for strong growth in its venture into fresh milk processing and the dairy farming business. This is consistent with the successful implementation of a fully integrated dairy farm project in Linggi, Negeri Sembilan, which has significantly increased FGV’s focus in the business under the Integrated Farming sector. 

FGVDF recently received an additional 130 crossbred dairy heifers imported from Australia, which are a hybrid of Jersey and Friesian dairy cattle breeds, amounting to a total of 258 dairy herd size. This shipment of cattle is to fulfill the higher volume of fresh milk production as well as the increase in local demand, especially by the HORECA (Hotel, Restaurant and Cafe) market segment. 

FGV Dairy Farm Sdn Bhd (FGVDF) is positioned for strong growth in its venture into fresh milk processing and the dairy farming business

Dato’ Haris Fadzilah Hassan, Group Chief Executive Officer of FGV said in less than nine months since the inception of the dairy farm project in March 2020, the premium house brand “Bright Cow” has been processing more than 500,000 litres of fresh milk for local consumption, contributed by the fresh milk produced by FGV’s Linggi dairy farm and supplied by external dairy farms.

“Our fresh milk production in Linggi, will see the opening of a brand new fresh milk factory with a processing capacity of 30,000 litres per day. We have also installed an automated milking parlour and a cloud-based daily milk recording system to ensure the quality of our dairy products and the productivity of our dairy farm. These efforts are scheduled for completion in the first quarter of 2021,” said Haris Fadzilah.

The overall upgrading work for FGV’s Linggi dairy farm is almost complete, with improvements on the farm’s infrastructure, feedstock areas, milking parlour and cattle barn, while the upgrading work for the calf barn is 100 percent complete. The ongoing enhancements shall be finalised in the near future together with Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP) and the foundation for Food Safety System Certification 22000 (FSSC 22000) certifications.

Several new Bright Cow product formulations, flavours and packaging are also in the pipeline and are now undergoing product testing and stability tests prior to launch which is targeted to take place in April 2021. Bright Cow dairy products are now available online with no minimum order on www.fgvdairyfarm.com.      

FGV Dairy Farm Sdn Bhd (FGVDF) is positioned for strong growth in its venture into fresh milk processing and the dairy farming business

Under the National Dairy Industry Development Programme, the government aims to ensure self-sufficiency in domestic fresh milk productions by 2025. This gives an opportunity for organisations such as FGV to benefit from import substitution and aspire to become a significant industry player for locally produced fresh milk in Malaysia.

At the same time, FGV’s initiatives are in line with the government’s vision for shared prosperity by offering contract farming opportunities among cattle farmers in the country.

End

KUALA LUMPUR, 29 Disember 2020 – FGV Holdings Berhad (FGV) melalui anak syarikatnya FGV Dairy Farm Sdn Bhd (FGVDF) berada pada kedudukan baik untuk mencapai pertumbuhan kukuh dalam bidang pemprosesan susu segar dan perniagaan ternakan tenusu. Ini selari dengan kejayaan pelaksanaan projek ladang tenusu bersepadu di Linggi, Negeri Sembilan, yang secara signifikan telah meningkatkan fokus FGV dalam perniagaan di bawah sektor Pertanian Bersepadu. 

Baru-baru ini, FGVDF menerima penambahan sebanyak 130 lembu tenusu kacukan yang diimport dari Australia, yang merupakan kacukan baka lembu tenusu Jersey dan Friesian, menjadikan jumlah kawanan lembu tenusu berjumlah 258 ekor. Penghantaran lembu ini adalah untuk memenuhi jumlah pengeluaran susu segar yang lebih tinggi serta peningkatan permintaan tempatan terutamanya oleh pasaran segmen HORECA (Hotel, Restoran dan Kafe).

FGV Dairy Farm Sdn Bhd (FGVDF) berada pada kedudukan baik untuk mencapai pertumbuhan kukuh dalam bidang memprosesan susu segar dan perniagaan ternakan tenusu

Dato’ Haris Fadzilah Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV berkata dalam masa kurang dari sembilan bulan sejak penubuhan projek ladang tenusu pada bulan Mac 2020, jenama premium “Bright Cow” telah memproses lebih daripada 500,000 liter susu segar untuk penggunaan tempatan, disumbangkan oleh susu segar yang dihasilkan di ladang tenusu Linggi milik FGV dan turut dibekalkan oleh ladang tenusu luar.

“Pengeluaran susu segar kami di Linggi, akan menyaksikan pembukaan kilang susu segar yang baharu dengan kapasiti pemprosesan 30,000 liter sehari. Kami juga telah memasang ruang memerah susu automatik dan sistem rakaman susu harian cloud-based untuk memastikan kualiti produk tenusu dan produktiviti ladang tenusu kami. Usaha ini dijadualkan selesai pada suku pertama 2021,” kata Haris Fadzilah.

Kerja menaik taraf secara keseluruhan untuk ladang tenusu FGV Linggi hampir selesai, dengan penambahbaikan pada infrastruktur ladang, kawasan makanan ternakan, tempat memerah susu dan bangsal lembu, sementara kerja-kerja menaik taraf bangsal anak lembu telah selesai 100 peratus. Peningkatan secara berterusan akan disiapkan dalam masa terdekat dengan pensijilan Sistem Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) dan Sistem Keselamatan Makanan 22000 (FSSC 22000).

Beberapa formulasi, perisa dan pembungkusan baharu produk Bright Cow berada dalam proses, dan kini menjalani ujian produk dan ujian kestabilan sebelum dilancarkan pada bulan April 2021 mengikut sasaran. Produk tenusu Bright Cow kini boleh didapati dalam talian di www.fgvdairyfarm.com tanpa sebarang pembelian minimum.

FGV Dairy Farm Sdn Bhd (FGVDF) berada pada kedudukan baik untuk mencapai pertumbuhan kukuh dalam bidang memprosesan susu segar dan perniagaan ternakan tenusu

Di bawah Program Pembangunan Industri Tenusu Negara, kerajaan meletakkan sasaran untuk memastikan kadar sara diri dalam pengeluaran susu segar domestik menjelang 2025. Ini memberi peluang kepada organisasi seperti FGV untuk mendapat manfaat daripada penggantian import dan berazam untuk menjadi pemain industri yang signifikan bagi pengeluaran susu segar tempatan di Malaysia.

Pada masa yang sama, inisiatif FGV selari dengan visi kerajaan untuk kemakmuran bersama dengan menawarkan peluang kepada pertanian kontrak di kalangan penternak lembu di negara ini.

Tamat

Find