28 August 2023

KUALA LUMPUR, 28 August – FGV Holdings Berhad (FGV) registered a Profit Before Tax (PBT) of RM74 million in the first half of the year (1H FY2023) ended 30 June 2023. The Group’s Operating Profit stands at RM207 million while the Revenue is recorded at RM9.09 billion for the financial period under review.

The financial performance was affected by ongoing weather uncertainties, which continue to be one of the major factors influencing crude palm oil (CPO) prices that resulted in a decline in profit within the Plantation Sector. However, this situation was partially offset by the positive performance in the Logistics and Others Sector.

Plantation Sector

The PBT in the Plantation Sector was registered at RM75.65 million, primarily attributed to a lower average CPO price realised of RM3,995 per metric tonne (MT) compared to RM5,165 per MT registered in the previous financial corresponding period. This was coupled with a 41 percent rise in CPO production costs ex-mill.

The Sector was also affected by the squeezed margin in the Downstream and Fertiliser businesses, a lower share of profit recorded from joint ventures at RM12.55 million, as well as a net impairment loss of property, plant and equipment amounting to RM40.86 million.

Nevertheless, the impact of the lower profit was partly mitigated by a lower fair value charge on Land Lease Agreement (LLA), amounting to RM59.67 million compared to RM216.99 million in the previous year. Turning into operational figures, FFB production reached 1.60 million MT, with a registered yield of 5.95 MT per hectare. Additionally, the current quarter’s oil extraction rate (OER) achieved 20.30 percent.

Sugar Sector

Sugar Sector reported a lower loss of RM45.48 million compared to RM59.66 million loss in the previous corresponding year. The improvement was attributable to increase in the overall average selling price, gain on disposal of asset held for sale of RM8.33 million, gain from translation of USD balances of RM10.96 million, gain from USD forward contracts of RM14.13 million as well as lower freight cost.

Logistic and Others Sector

The Sector’s PBT has risen by 69 percent to RM60.86 million, marking a notable increase from RM35.94 million reported in the previous financial period. The Logistic Division experienced 9 percent growth in profit mainly due to higher handling rates in the bulking segment. Additionally, the profit from Others Sector improved on the back of higher income reported in IT business.

The Others Sector’s performance in the previous financial period included an impairment loss recognised in its receivables amounting to RM7.20 million.

Going Forward

CPO prices are expected to hold steady in the near term, ranging between RM3,800 per MT to RM4,000 per MT, primarily shaped by adjustments in Indonesia’s CPO export quotas. Although there was recent improvement in labour shortages, the Group is upskilling new harvesters to improve productivity while remaining cautious about the potential impact of El Nino weather on the upcoming peak season.

“Despite the foreseen challenges in the second half of FY2023, our primary focus is to enhance efficiency through effective operations management to leverage our inherent strengths. Key strategic initiatives are being implemented to mitigate these challenges and enhance productivity. We anticipate continued improvement for the rest of the year amidst challenges,” said Group Chief Executive Officer of FGV, Dato’ Nazrul Mansor.

Revolutionising its plantation work practices to align with global market’s sustainability benchmarks, the Group has invested approximately RM196 million for Environment, Social, and Governance (ESG) initiatives during 1H FY2023. This committed strategy underscores its adherence to sustainable practices and the projection of lasting benefits, leading to positive outcomes for stakeholders aligned with the Group’s fundamental mantra: sustainability comes first, profit and growth will follow.

This includes ongoing engagement initiatives with ELEVATE and the U.S. Customs and Border Protection (CBP) to address the suspension of the Withhold Release Order. In alignment with international labour standards, FGV has completed the second phase of reimbursing recruitment fees on 15th June 2023. A total of RM22 million has been disbursed to approximately 20, 000 workers who had previously borne fees to agents or other third parties in their countries of origin during their employment.

Leveraging on the upcoming 66th Merdeka Celebration, the Group has recently released its new music and corporate videos titled ‘Cultivating a Sustainable Future’ that complements the 66th Merdeka slogan, “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” in giving hopes for sustainable, high-quality, nutritious food products at affordable prices for all Malaysians as part of the National Food Security Agenda.

The 3D animation videos tell a high-level story about FGV through a unique narrative lens and exudes a compelling glimpse into FGV’s journey towards a more sustainable future. This aligns well with our Re-Defining FGV efforts in highlighting FGV as a company that champions sustainable foods and agriproducts for generations to come.

The music and corporate videos can be watched at all FGV Holdings’ social media platforms; Facebook, Instagram, TikTok, LinkedIn and YouTube as well as at www.fgvholdings.com

ENDS

 

 

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – FGV Holdings Berhad (FGV) mencatatkan Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) sebanyak RM74 juta pada separuh tahun pertama (1H TK2023) berakhir 30 Jun 2023. Kumpulan mencatatkan Keuntungan Operasi sebanyak RM207 juta manakala hasil mencapai RM9.09 bilion bagi tempoh kewangan yang sama.

Prestasi kewangan Kumpulan dipengaruhi ketidaktentuan cuaca berterusan yang menjadi salah satu faktor utama yang menjejaskan harga minyak sawit mentah (MSM) sekaligus mengakibatkan penurunan keuntungan bagi Sektor Perladangan. Bagaimanapun, prestasi positif dalam Sektor Logistik dan Sektor Lain-lain membantu memulihkan prestasi kewangan FGV.

Sektor Perladangan

Sektor Perladangan mencatatkan PBT sebanyak RM75.65 juta, dipengaruhi oleh harga purata MSM yang rendah sebanyak RM3,995 per tan metrik (MT) berbanding RM5,165 per MT pada tempoh kewangan sebelumnya. Faktor lain yang turut menyumbang adalah kenaikan kos CPO Ex-Mill sebanyak 41 peratus.

Sektor ini turut terjejas disebabkan beberapa faktor seperti margin keuntungan menipis bagi perniagaan Hiliran dan Baja, pembahagian keuntungan yang lebih rendah sebanyak RM12.55 juta daripada syarikat-syarikat usaha sama, serta kemerosotan nilai bersih (net impairment loss) hartanah, loji dan peralatan berjumlah RM40.86 juta.

Namun begitu, impak keuntungan yang lebih rendah dipulihkan oleh caj nilai saksama ke atas Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) yang lebih rendah pada RM59.67 juta berbanding RM216.99 juta pada tahun sebelumnya. Merujuk kepada kepada angka operasi pula, pengeluaran Buah Tandan Segar (BTS) dicatatkan mencecah 1.60 juta MT, dengan pengeluaran hasil 5.95 MT sehektar. Selain itu, kadar jumlah perahan minyak (OER) suku semasa mencapai kadar 20.30 peratus.

Sektor Gula

Sektor Gula mencatatkan kerugian yang lebih rendah sebanyak RM45.48 juta berbanding kerugian RM59.66 juta pada tahun sebelumnya. Penambahbaikan itu disebabkan oleh peningkatan dalam purata harga jualan keseluruhan, keuntungan daripada pelupusan aset pegangan untuk jualan sebanyak RM8.33 juta, keuntungan daripada terjemahan baki USD sebanyak RM10.96 juta, keuntungan daripada kontrak hadapan USD sebanyak RM14.13 juta, serta kos pengangkutan yang lebih rendah.

Sektor Logistik dan Lain-lain

PBT bagi sektor ini mengalami peningkatan sebanyak 69 peratus kepada RM60.86 juta, peningkatan ketara daripada RM35.94 juta bagi tempoh kewangan sebelumnya. Bahagian Logistik mengalami pertumbuhan keuntungan sebanyak 9 peratus hasil daripada kadar pengendalian yang lebih tinggi dalam segmen pukal. Selain itu, keuntungan daripada Sektor Lain-lain bertambah baik berikutan pendapatan yang lebih tinggi dilaporkan dalam perniagaan IT. Prestasi tempoh kewangan sebelum ini bagi Sektor Lain-lain turut melaporkan kemerosotan nilai berjumlah RM7.20 juta.

Maju Ke Hadapan

Harga MSM dijangka kekal stabil dalam tempoh terdekat, antara RM3,800 per MT hingga RM4,000 per MT, kesan daripada pelarasan kuota eksport MSM Indonesia. Walaupun terdapat penambahbaikan bagi isu kekurangan buruh baru-baru ini, FGV giat mempertingkatkan kemahiran penuai-penuai baharu bagi memastikan produktiviti kekal dan terus bersedia menghadapi kemungkinan kesan buruk cuaca El Nino pada musim tuaian yang akan datang.

“Walaupun bakal berdepan dengan pelbagai cabaran bagi separuh kedua TK2023, fokus kami adalah untuk meningkatkan kecekapan syarikat melalui pengurusan operasi berkesan yang menggunakan kelebihan sedia ada FGV. Inisiatif strategik utama sedang dilaksanakan untuk mengatasi cabaran-cabaran yang akan datang sekaligus meningkatkan produktiviti. Kami menjangkakan peningkatan berterusan tahun ini walaupun berdepan cabaran,” kata Dato’ Nazrul Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV.

Bagi merevolusikan amalan kerja perladangan agar sejajar dengan penanda aras kelestarian peringkat global, Kumpulan FGV telah membelanjakan kira-kira sebanyak RM196 juta dalam pelbagai inisiatif Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) pada 1H TK2023. Komitmen strategik ini menekankan pematuhan FGV kepada amalan kelestarian dan pulangan jangka panjang, yang akan membawa kesan positif kepada pihak berkepentingan. Perkara ini selari dengan prinsip Kumpulan FGV; kelestarian diutamakan, keuntungan dan pertumbuhan syarikat akan menyusul.

Inisiatif-inisiatif kelestarian FGV turut merangkumi kerjasama secara aktif Kumpulan FGV dengan ELEVATE dan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat bagi meleraikan isu penggantungan Perintah Pelepasan Penahanan (WRO). Selaras dengan piawaian buruh antarabangsa, FGV telah melunaskan fasa kedua pembayaran balik yuran pengambilan pada 15 Jun 2023 yang lalu. Sebanyak RM22 juta telah dibayar kepada lebih daripada 20,000 orang pekerja yang sebelum ini telah membuat bayaran yuran kepada ejen atau pihak ketiga lain di negara asal semasa pengambilan pekerja dengan FGV.

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-66 yang akan datang, Kumpulan FGV baru-baru ini telah mengeluarkan muzik dan video korporat baharu bertajuk ‘Melahirkan Masa Depan Lestari’ yang menyokong slogan Hari Kemerdekaan ke-66, “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” dengan menyalurkan harapan melalui produk makanan yang lestari, berkualiti tinggi dan berkhasiat pada harga berpatutan untuk semua rakyat Malaysia sebagai sebahagian daripada Agenda Sekuriti Makanan Negara.

Video animasi 3D ini menceritakan secara ringkas kisah FGV melalui lensa naratif yang unik dan memberikan gambaran menarik tentang perjalanan FGV ke arah masa depan yang lebih lestari. Video ini juga selari dengan usaha mendefinisikan semula FGV sebagai sebuah syarikat yang memperjuangkan agenda makanan dan produk agri yang lestari untuk generasi akan datang.

Lagu dan video korporat ini boleh ditonton di semua platform media sosial FGV Holdings; Facebook, Instagram, TikTok, LinkedIn, YouTube serta laman sesawang www.fgvholdings.com

TAMAT

Find