23 June 2021

KUALA LUMPUR, 23 June 2021 – FGV Holdings Berhad (FGV) is pleased to declare that its shareholders have approved all resolutions at its 13th Annual General Meeting (AGM), held virtually today.

At the start of the AGM, Dato’ Dzulkifli Abd Wahab, Chairman of FGV shared that the Group is finalising the appointment of its new Group Chief Executive Officer (GCEO) and would make the necessary announcement once the process is completed. In the meantime, the duties and responsibilities of the GCEO are under the purview of Azman Ahmad, FGV’s Group Divisional Director of Logistics and Support Businesses Sector as the Officer-In-Charge.

Dato’ Dzulkifli Abd Wahab, Chairman of FGV virtually engaging with shareholders during FGV’s 13th AGM

Other key updates include the Federal Land Development Authority (FELDA) and its persons acting in concert (PAC) currently holding 81 percent equity interest of the company after the launch of a takeover offer at RM1.30 per share.         

“As such, FGV will continue to work synergistically with FELDA as the company’s ultimate holding company in any decisions moving forward for the best interest of all stakeholders, including FELDA settlers,” Dato’ Dzulkifli said.

“We must acknowledge that the unprecedented COVID-19 outbreak has greatly affected the industry, and FGV, as well as all other plantation players have not been spared. The uncertainties and challenges faced by the industry throughout this pandemic have affected domestic and global demand, which have been further aggravated by disruption in upstream activities.” 

“However, we remain resilient and have put in place a comprehensive action plan that was implemented across our business operations during the pandemic which has started to bear fruit and translated well into our 2020 financial performance,” added Dato’ Dzulkifli.

Azman, Ahmad, Officer-In-Charge and Group Divisional Director of Logistics and Support Businesses Sector presenting the FY2020 financial highlights during FGV’s 13th AGM

For FGV’s financial year ended 31 December 2020, FGV recorded a Profit Before Zakat and Tax (PBZT) of RM353 million versus Loss Before Zakat and Tax (LBZT) of RM338 million in 2019. Due to this positive financial performance, the Board has declared a 3 sen final dividend in FY2020.

During the year, FGV has made a strategic decision to embark on a journey that aims to elevate its stature to become a leading agribusiness player. The Group has completed its second year business plan which began in 2019 to realise its strategic objectives. In addition to improving operational and financial performance, the Group developed an enhanced Strategic Blueprint to give more emphasis on Consumer Products to realise higher returns, and made progress in its Integrated Farming business.

“However, we anticipate that 2021 will be another challenging year due to constraints in labour supply and highly volatile crude palm oil (CPO) prices in our plantation business. Meanwhile, our sugar business will continue to enhance its operational and financial performance,” added Dato’ Dzulkifli.

End

KUALA LUMPUR, 23 Jun 2021 – FGV Holdings Berhad (FGV) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa para pemegang saham telah meluluskan semua resolusi pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-13, yang diadakan secara maya hari ini.

Pada permulaan AGM, Dato’ Dzulkifli Abd Wahab, Pengerusi FGV memaklumkan bahawa Kumpulan sedang memuktamadkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) baharu dan akan membuat pengumuman yang sewajarnya setelah proses berkaitan selesai. Sementara itu, tugas dan tanggungjawab GCEO berada di bawah bidang kuasa Azman Ahmad, Pengarah Bahagian Sektor Logistik dan Perniagaan Sokongan Kumpulan FGV sebagai Pegawai Bertanggungjawab (Officer-In-Charge).

Dato’ Dzulkifli Abd Wahab, Pengerusi FGV berinteraksi secara maya bersama pemegang saham ketika Mesyuarat Agung Tahunan FGV ke-13

Kemas kini penting yang lain termasuk Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan pihak-pihak yang bertindak bersama dengannya (PAC) kini memegang 81 peratus kepentingan ekuiti syarikat setelah pelancaran tawaran pengambilalihan pada harga RM1.30 sesaham.    

“Oleh yang demikian, FGV akan terus bekerjasama secara sinergi bersama FELDA yang merupakan syarikat induk utama dalam setiap keputusan seterusnya demi kebaikan semua pihak berkepentingan, termasuk peneroka FELDA,” kata Dato’ Dzulkifli.

“Kita harus mengakui bahawa wabak COVID-19 yang belum pernah terjadi sebelumnya sangat mempengaruhi industri ini, dan FGV, serta semua pemain perladangan lain tidak terkecuali. Ketidakpastian dan cabaran yang dihadapi oleh industri sepanjang pandemik ini telah mempengaruhi permintaan domestik dan global, yang semakin mudarat akibat gangguan dalam kegiatan huluan.”

“Namun begitu, kami tetap berdaya tahan dan telah membuat rancangan tindakan komprehensif yang dilaksanakan di seluruh operasi perniagaan kami semasa pandemik ini, justeru membuahkan hasil yang bernilai dalam prestasi kewangan 2020 kami,” tambah Dato’ Dzulkifli.

Azman Ahmad, Pegawai Bertanggungjawab dan Pengarah Bahagian Sektor Logistik dan Perniagaan Sokongan Kumpulan FGV menyampaikan prestasi kewangan TK2020 semasa Mesyuarat Agung Tahunan FGV ke-13

Untuk tahun kewangan FGV yang berakhir pada 31 Disember 2020, FGV mencatatkan Keuntungan Sebelum Zakat dan Cukai (PBZT) sebanyak RM353 juta berbanding Kerugian Sebelum Zakat dan Cukai (LBZT) sebanyak RM338 juta pada tahun 2019. Disebabkan prestasi kewangan yang positif ini, Lembaga Pengarah telah mengisytiharkan dividen akhir sebanyak 3 sen pada TK2020.

Pada tahun berkenaan, FGV telah membuat keputusan strategik untuk memulakan perjalanan yang bertujuan untuk meningkatkan kedudukannya sebagai pemain perniagaan agri terkemuka. Kumpulan telah melengkapkan rancangan perniagaan tahun kedua yang bermula pada tahun 2019 untuk merealisasikan objektif strategiknya. Di samping meningkatkan prestasi operasi dan kewangan, Kumpulan telah membangunkan Pelan Pembangunan Strategik untuk memberi lebih penekanan kepada Produk Pengguna untuk memperoleh pulangan yang lebih tinggi, dan telah menambah kemajuan dalam perniagaan Pertanian Bersepadu.

“Walaubagaimanapun, kami menjangkakan bahawa 2021 juga akan menjadi tahun yang mencabar kerana kekangan dalam penawaran tenaga kerja dan harga minyak sawit mentah (MSM) yang sangat tidak stabil dalam perniagaan perladangan kami. Sementara itu, perniagaan gula kami akan terus meningkatkan prestasi operasi dan kewangannya,” tambah Dato’ Dzulkifli.

Tamat

 

 

Tamat

Find