20 October 2021

The Board of Directors of FGV Holdings Berhad (FGV) refers to the Withhold Release Order (WRO) issued by the U.S. Customs and Border Protection (CBP) on 30 September 2020 against palm oil and palm oil products made by FGV and its subsidiaries and joint ventures. This announcement serves as an update on the subject following FGV’s statement dated 30 August 2021.

FGV is committed to taking all the necessary steps towards lifting the WRO, including the appointment of an independent auditing firm to conduct an assessment of FGV’s operations against the 11 International Labour Organization (ILO) Indicators of Forced Labour, as advised by the CBP.

FGV has identified an independent auditor to carry out the audit work and is currently working with a US-based legal counsel to finalise the terms and conditions for the appointment. In ensuring that the scope and methodology of the audit meet the requirements and expectations of the CBP, FGV foresees a slight delay in the appointment and expects to formalise the appointment by November 2021. 

FGV shall make further announcements if there are any material development in respect of this matter.

FGV HOLDINGS BERHAD

Lembaga Pengarah FGV Holdings Berhad (FGV) merujuk kepada Perintah Pelepasan Tahan (WRO) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat pada 30 September 2020 terhadap minyak sawit dan produk minyak sawit yang dihasilkan oleh FGV dan anak syarikatnya, serta syarikat usaha sama. Pengumuman ini berfungsi sebagai kemas kini mengenai perkara tersebut susulan kenyataan FGV bertarikh 30 Ogos 2021.

FGV komited mengambil semua langkah yang diperlukan untuk membatalkan WRO, termasuk pelantikan firma audit bebas untuk melakukan penilaian operasi FGV terhadap 11 Petunjuk International Labour Organization (ILO) berkaitan Buruh Paksa, seperti yang dinasihati oleh CBP.

FGV telah mengenal pasti juruaudit bebas untuk menjalankan kerja-kerja audit berkenaan dan kini sedang bekerjasama dengan penasihat undang-undang yang berpangkalan di AS untuk memuktamadkan terma dan syarat bagi pelantikan tersebut. Dalam memastikan bahawa skop dan metodologi audit memenuhi kehendak dan jangkaan CBP, FGV menjangkakan sedikit kelewatan terhadap pelantikan dan berharap untuk memformalkan pelantikan tersebut pada November 2021.

FGV akan membuat pengumuman lebih lanjut sekiranya terdapat perkembangan penting mengenai perkara ini.

FGV HOLDINGS BERHAD

 

 

Find