KUALA LUMPUR, 29 May 2019

FGV Holdings Berhad (FGV) recorded a profit before interest and tax (PBIT) of RM78 million for the first quarter of the financial year ending December 2019, a 19% decline from the RM96 million registered in the previous corresponding quarter. Revenue for the period declined to RM3.3 billion, 9% lower than RM3.6 billion earned in the previous corresponding quarter, largely due to a sharp decline in crude palm oil (CPO) prices, and lower average selling price in the sugar sector.

For the period under review, CPO prices averaged RM 1,986 per metric tonne (MT), which was 20% lower than the average CPO price realised of RM 2,472 MT for 1Q2018. Despite the sharp drop in prices, revenue did not decline in tandem, mainly because of improved operational performance and lower costs.

“The plantation operations have been focused on tightening procurement processes involving capital and operating expenditures and implementing new tasking systems and processes for infield workers. These efforts are starting to bear fruit,” Dato’ Haris Fadzilah Hassan, FGV’s Group Chief Executive Officer said. “Additionally, several other estate and milling transformation initiatives have started delivering results,” he added.

For the quarter in review, the Plantation Sector recorded a profit before zakat and tax (PBZT) of RM40 million, up from RM19 million in the previous corresponding quarter. This was achieved on the back of a 6% increase in fresh fruit bunch (FFB) production to 1.05 million MT, from 991,000 MT in 1Q2018. FFB yield increased to 4.38 MT/ha, 11% up on the previous corresponding period’s 3.96 MT/ha. CPO oil extraction rate (OER) showed improvement to 20.76% from 19.75%, and thus, total CPO production increased 14% to 762,000 MT, compared to 670,000 MT previously. Improved production volumes combined with enhanced operational effectiveness and efficiencies, resulted in lower ex-mill costs in 1Q2019 of RM 1,378 per tonne, 20% lower than RM 1,728 in 1Q2018.  Additionally, the sector’s improved performance is also attributable to a net reversal of impairments of receivables amounting to RM48 million.

The Group’s downstream business also performed better for the period under review. The Downstream Sector exceeded internal sales targets, primarily due to the implementation of the B10 biodiesel mandate which came into effect in February 2019. Meanwhile, the palm kernel processing business recorded a higher margin.

“We are strategically reviewing our downstream businesses and believe that they will continue to grow and contribute positively to FGV’s performance,” Haris said.

The Sugar Sector recorded a loss of RM3 million for the quarter in review, compared to a profit of RM22 million in the previous corresponding quarter. This was primarily due to an 11% and 15% decrease in the average selling price for MSM Malaysia Holdings Berhad’s domestic and industry sectors. The performance was also impacted by a higher refining cost of RM 362 per MT, an increase of 12% against 1Q2018.

The Logistics and Support Businesses Sector (LSB) recorded a loss of RM17 million, a sharp decline from a profit of RM24 million in the previous corresponding quarter. This was due to provisions for the Mutual Separation Scheme (MSS) and impairments on overdue balances in line with MFRS 9 requirements. Without the exceptional items, the LSB sector would have recorded a profit of RM24 million which is at par with the profit of the corresponding year.

Several structural changes and improvements have been made to centralise procurement functions, and 50% from targeted cost savings of RM150 million have been identified through cost-control and rationalisation exercises. FGV has also introduced and formalised its Special Voluntary Disclosure Initiative, Supplier Code of Conduct and Supplier Delinquency Guidelines for more effective, efficient and transparent procurement processes.

“This financial year has started with clear signs that FGV is on track to turnaround its operations. While we continue to monitor all our initiatives, FGV is also exploring strategic initiatives to reduce the dependence on palm oil and the impact of CPO prices. I am confident that we will be able to achieve the targets set for FY2019,” Haris added.

-END –


FGV Holdings Berhad (FGV) mencatatkan keuntungan sebelum kepentingan dan cukai (PBIT) sebanyak RM78 juta bagi suku pertama bagi tahun kewangan berakhir 2019, penurunan sebanyak 19% berbanding RM96 juta direkodkan pada suku sama tahun lalu. Pendapatan untuk suku pertama juga menurun kepada RM3.3 bilion, 9% lebih rendah berbanding RM3.6 bilion diperolehi pada suku sama sebelumnya, ini sebahagian besar disebabkan kejatuhan ketara harga minyak sawit mentah (MSM) dan purata harga jualan gula yang lebih rendah bagi Sektor Gula.

Bagi tempoh kewangan yang disemak, harga purata MSM adalah RM1,986  per tan metrik (MT), 20% lebih rendah berbanding harga purata MSM pada 1Q2018 iaitu RM 2,472/MT. Walaupun kejatuhan harga amat besar, tetapi penurunan pendapatan Kumpulan kurang ketara, ini sebahagian besar disebabkan oleh penambahbaikan dalam prestasi operasi dan kos yang lebih rendah.

“Operasi perladangan telah fokus kepada mengetatkan proses pemerolehan melibatkan modal dan perbelanjaan operasi serta pengenalan sistem tugasan dan proses pekerja ladang baharu. Usaha ini telah mula membuahkan hasil,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dato’ Haris Fadzilah Hassan. “Selain itu, beberapa inisiatif transformasi ladang dan kilang juga telah mula menunjukkan hasilnya,” tambah beliau.

Bagi suku kewangan yang disemak, Sektor Perladangan mencatatkan keuntungan sebelum zakat dan cukai (PBZT) sebanyak RM40 juta, meningkat berbanding RM19 juta pada suku sama tahun lalu. Ini adalah hasil daripada peningkatan pengeluaran buah tandan segar (BTS) kepada 1.05 juta MT daripada 991,000 MT pada 1Q2018. Hasil BTS juga meningkat 11% kepada 4.38 MT/ha berbanding 3.96 MT/ha pada suku sama tahun lalu. Kadar perahan minyak (OER) juga mencatatkan penambahbaikan kepada 20.76% berbanding 19.75%, jumlah pengeluaran MSM meningkat sebanyak 14% kepada 762,000 MT berbanding 670,000 MT pada suku sama tahun lepas. Peningkatan jumlah pengeluaran serta penambahbaikan dalam keberkesanan operasi telah membantu mengurangkan kos tidak termasuk kilang sebanyak 20% kepada RM1,378 setan pada 1Q2019 berbanding RM1,728 pada 1Q2018. Selain itu, prestasi baik sektor juga disumbangkan oleh rosot nilai yang diperoleh semula berjumlah RM48 juta.

Perniagaan hiliran juga mencatatkan prestasi lebih baik pada suku kewangan disemak. Kluster Hiliran telah berjaya mengatasi sasaran jualan dalaman, sebahagian besar disebabkan oleh pelaksanaan mandat biodiesel B10 bermula Februari 2019. Sementara itu, perniagaan pemprosesan isirung sawit juga mencatatkan keuntungan lebih tinggi.

“Kami juga secara strategik telah menyemaksemula perniagaan hiliran dan kami percaya kluster ini akan terus berkembang dan memberi sumbangan positif kepada prestasi FGV,” tambah Haris.

Sektor Gula mencatatkan kerugian sebanyak RM3 juta pada suku kewangan disemak, berbanding keuntungan sebanyak RM22 juta pada suku sama tahun lalu. Ini sebahagian besar disebabkan penurunan purata harga jualan pasaran sektor domestik dan industri MSM Malaysia Holdings Berhad masing-masing sebanyak 11% dan 15%. Prestasi juga terkesan dengan peningkatan kos penapisan sebanyak 12% kepada RM362 setan MT berbanding 1Q2018.

Sektor Logistik dan Perniagaan Sokongan (LSB) mencatatkan kerugian sebanyak RM17 juta, berbanding untung RM24 juta pada suku sama tahun lepas. Ini disebabkan oleh peruntukan untuk Skim Pemisahan Bersama (MSS) dan rosot nilai dalam baki tertunggak selari dengan keperluan dalam MFRS 9. Tanpa peruntukan dan rosot nilai berkenaan, Sektor LSB mencatatkan keuntungan sebanyak RM24 juga, selari dengan keuntungan yang dicatatkan pada suku sama tahun lalu.

Beberapa perubahan struktur dan penambahbaikan telah dibuat bagi memusatkan fungsi-fungsi pemerolehan dan 50 peratus daripada RM150 juta sasaran penjimatan kos telah dikenal pasti menerusi pelaksanaan kawalan kos dan rasionalisasi. FGV juga telah memperkenalkan Inisiatif Pendedahan Sukarela Khas, Kod Tatalaku Pembekal dan Garis Panduan Salah Laku bagi mewujudkan keberkesanan dan ketelusan dalam proses pemerolehan.

“Tahun kewangan tahun ini telah bermula dengan petunjuk jelas bahawa FGV berada di landasan betul untuk memulihkan operasinya. Kami akan terus memantau semua inisiatif dan juga menerokai inisiatif strategik bagi mengurangkan kebergantungan kepada minyak sawit dan kesan daripada harga MSM. Saya yakin FGV mampu mencapai sasaran yang ditetapkan untuk tahun kewangan 2019,” tambah Haris.

TAMAT

Find