7 April 2021

KUALA LUMPUR, 7 April 2021: FGV Holdings Berhad (FGV) through its subsidiary FGV Plantations Malaysia Sdn Bhd (FGVPM) further strengthens its business potential in the field of agrifood through cash crop pilot projects for pineapple, watermelon, banana and freshwater fish farming.

Dato’ Haris Fadzilah Hassan, FGV’s Group Chief Executive Officer said the cash crop planting projects were implemented to optimise the use of 15,000 hectares of land allocated for oil palm replanting each year. This activity also preserves soil texture and fertility as well as improves the control of pests and diseases.

“Apart from the side income benefits during the replanting season, FGV has the opportunity to expand contract farming activities to meet local market demand. FGV also involves farmers from the B40 group in the area, and channels various support and assistance to them,” explained Haris Fadzilah.

More than 430,000 MD2 pineapple trees have been planted in seven phases at FGV’s Maokil 7 Estate, Johor

Starting November 2019, more than 430,000 MD2 pineapple trees have been planted in seven phases at FGV’s Maokil 7 Estate, Johor. For 2021, the production target for MD2 pineapples is 188 metric tonnes (MT).

The project received support and advisory services from the Malaysian Pineapple Industry Board (MPIB), including the supply of 200,000 MD2 pineapple seedlings through the MPIB Premium Programme.

According to Mohd Khairuzamri Mohd Salleh, Deputy Director General (Development) of MPIB, the organisation also provides pineapple management courses to FGVPM staff and monitors crop development to support this effort closely.

43 MT of watermelons have been produced in November 2020

As for FGV’s Krau 4 Estate in Pahang, the estate was selected for the watermelon planting project starting July 2020 and has produced 43 MT of watermelons in November 2020. For 2021, the project is further expanded and watermelon production is expected to increase to 80 MT this August.

FGVPM targets to produce 150 MT of Cavendish bananas per month by 2021

FGVPM is also working on a Cavendish banana planting project intercropping with coconut plantations at FGV’s Paloh Estate, Johor. FGVPM targets to produce 150 MT of Cavendish bananas per month by 2021 for the local and Singaporean markets.

Meanwhile in Sabah, Nipah bananas have been cultivated at Ladang Sahabat 21 and the yield for 2021 is 20 MT.

Apart from cash crops, FGVPM is also working on freshwater fish farming projects such as Tilapia, Silver catfish (Patin) and Sultan fish (Jelawat) at FGV’s Nenering 2 Gerik Estate, Perak. FGVPM targets a return of RM450,000 for a single harvest every five to eight months depending on the type of fish farmed.

End

KUALA LUMPUR, 7 April 2021: FGV Holdings Berhad (FGV) melalui anak syarikatnya FGV Plantations Malaysia Sdn Bhd (FGVPM) mengukuhkan lagi potensi perniagaan dalam bidang agri makanan menerusi projek rintis tanaman kontan (cash crop) seperti nanas, tembikai, pisang serta ternakan ikan air tawar.

Dato’ Haris Fadzilah Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV berkata projek tanaman kontan dilaksanakan bagi mengoptimumkan penggunaan tanah seluas 15,000 hektar yang diperuntukkan untuk penanaman semula kelapa sawit pada setiap tahun. Aktiviti ini turut memelihara tekstur dan kesuburan tanah serta meningkatkan kawalan makhluk perosak dan penyakit.

“Selain manfaat pendapatan sampingan ketika musim penanaman semula, FGV berpeluang mengembangkan aktiviti pertanian kontrak (contract farming) bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan. FGV turut melibatkan pekebun dan petani dari kumpulan B40 di kawasan terbabit serta menyalurkan pelbagai sokongan dan bantuan kepada mereka,” jelas Haris Fadzilah.

Lebih 430,000 pokok nanas MD2 telah ditanam di dalam tujuh fasa di Ladang FGV Maokil 7, Johor

Bermula November 2019, lebih 430,000 pokok nanas MD2 telah ditanam di dalam tujuh fasa di Ladang FGV Maokil 7, Johor. Bagi tahun 2021, sasaran pengeluaran nanas MD2 adalah sebanyak 188 tan metrik (MT).

Projek ini turut mendapat sokongan dan khidmat nasihat Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), antaranya bekalan 200,000 benih sulur nanas MD2 melalui Program Premium LPNM.

Menurut Mohd Khairuzamri Mohd Salleh, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LPNM, pihaknya turut menyediakan kursus pengurusan nanas kepada kakitangan FGVPM dan memantau perkembangan tanaman sebagai menyokong usaha ini secara dekat.

43 MT tembikai telah dihasilkan pada November 2020

Ladang FGV Krau 4, Pahang pula dipilih untuk projek tanaman tembikai bermula Julai 2020 dan telah menghasilkan 43 MT tembikai pada November 2020. Bagi tahun 2021, projek diperluaskan lagi dan pengeluaran tembikai dijangka meningkat ke 80 MT pada Ogos ini. 

FGVPM mensasarkan pengeluaran pisang Cavendish sebanyak 150 MT sebulan bagi tahun 2021

FGVPM turut mengusahakan projek tanaman pisang Cavendish secara selingan dengan tanaman kelapa di Ladang FGV Paloh, Johor. FGVPM mensasarkan pengeluaran pisang Cavendish sebanyak 150 MT sebulan bagi tahun 2021 untuk pasaran tempatan dan Singapura.

Manakala di Sabah, tanaman pisang Nipah telah diusahakan di Ladang Sahabat 21 dan pengeluaran hasil  bagi tahun 2021 adalah sebanyak 20 MT. 

Selain tanaman kontan, FGVPM turut mengusahakan projek penternakan ikan air tawar seperti Tilapia, Patin dan Jelawat di Ladang FGV Nenering 2 Gerik, Perak. FGVPM mensasarkan pulangan RM450,000 bagi sekali tuaian setiap lima hingga lapan bulan mengikut jenis ikan ternakan. 

Tamat

Find