KUALA LUMPUR, 28 March 2025 – In the spirit of Ramadan and upholding its commitment to giving back to society, FGV Holdings Berhad (FGV) reinforces its corporate social responsibility (CSR) commitment through a series of charitable initiatives throughout the holy month of Ramadan and Aidilfitri.
Under its CSR umbrella, “FGV Seikhlas Hati”, the Group has allocated more than RM800,000 in Zakat Wakalah fund to support the Asnaf community and those in need nationwide. Of this amount, RM682,000 is being distributed throughout Ramadan, while the remainder will be disbursed during the month of Syawal.
To mark the beginning of Ramadan, FGV launched the “Program Sumbangan Ramadan Kumpulan FGV 2025”, by distributing RM290,000 to 11 selected charitable organisations, along with cash assistance and FGV products to 100 recipients. To further extend its outreach, FGV also channelled an additional RM210,000 through its FGV’s subsidiaries nationwide, particularly in FGV’s operational areas.
Program Sumbangan Ramadan Kumpulan FGV 2025, by distributing RM290,000 to 11 selected charitable organisations, and 100 recipients.
“At FGV, compassion and social responsibility are deeply embedded in our core values under the P.R.I.D.E framework—Partnership, Respect, Integrity, Dynamism & Enthusiasm. These values guide our actions and shape the very foundation of FGV’s culture. Supporting those in need is not just a corporate obligation, but a sincere commitment to doing what is right for society and the nation. As Aidilfitri approaches, together with Warga FGV, we hope that these efforts will help spread joy and ease the burden of our beneficiaries so they, too, can celebrate the festive season meaningfully,” said Fakhrunniam Othman, Group Chief Strategic Communications Officer of FGV.
Continuing this commitment, FGV also participated in the “Program Iftar@KL”, an initiative organised by the Ministry of Arts and Culture in collaboration with its strategic partner, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), contributing RM120,000 to 12 selected welfare homes.
Additionally, FGV continued its “FGV Seikhlas Hati – Program Tautan Kasih”, held at Hotel Seri Costa, Melaka, through its subsidiary, Felda Travel Sdn. Bhd., in support of the “Program Infaq Ramadan”, now in its sixth year since its inception in 2020. What sets this initiative apart is its collaborative approach, inviting individuals and corporations to contribute and expand its reach. Over the years, this sponsored iftar initiative has benefitted over 5,000 recipients. This year alone, the total Infaq collected is estimated to benefit approximately 2,500 recipients.
FGV Seikhlas Hati – Program Tautan Kasih, this sponsored iftar initiative has benefitted over 5,000 recipients.
In collaboration with FELDA, FGV also sponsored several other initiatives, including the “Ziarah Kasih Rumah Daif dan Pesakit Kronik” programme for underprivileged homes and chronically ill patients in Jengka, Pahang, by contributing RM50,000 to repair homes for FELDA’s new generation.
In celebration of Aidilfitri, FGV, through its flagship brand SAJI, has also launched a special short film titled “Nas Si Goreng” as part of its Ramadan Raya 2025 campaign themed “SAJI Rayakan Rasa”, which also marks SAJI’s 25th anniversary as Malaysia’s culinary companion. The launch event was made even more meaningful with the participation of Asnaf children, who were invited to join the celebration. In the spirit of giving, donations were also distributed, reinforcing SAJI’s commitment to spreading joy and togetherness during this festive season.
Ramadan Raya 2025 campaign themed “SAJI Rayakan Rasa”, which also marks SAJI’s 25th anniversary as Malaysia’s culinary companion.
The film follows Anas, a young man navigating grief following the loss of his beloved mother, as he strives to preserve her culinary legacy. Starring Fadhli Masoot, Nabila Huda and Liza Abdullah, the story highlights themes of love, memory and healing, in line with SAJI’s belief that every dish not only delights the palate but also creates lasting festive memories.
FGV’s dairy brand, Bright Cow, also joins the celebration with its short film “Kasih Ahnaf”, portraying the sacrifices of a single mother raising three children. The film conveys the importance of zakat in supporting the growth and wellbeing of Asnaf children, while reminding viewers that happiness is rooted in gratitude rather than material wealth.
Both short films are now available for viewing on SAJI and Bright Cow’s official social media platforms.
Through these meaningful initiatives, FGV reaffirms its commitment to serving the community and cultivating a spirit of compassion and togetherness, in keeping with the values of Ramadan and Aidilfitri.
END
KUALA LUMPUR, 28 Mac 2025 – Dalam menyemarakkan semangat Ramadan dan terus berpegang teguh kepada prinsip menyumbang kembali kepada masyarakat, FGV Holdings Berhad (FGV) memperkukuh komitment tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi pelbagai program kebajikan sepanjang bulan Ramadan dan Aidilfitri ini.
Di bawah payung CSR, “FGV Seikhlas Hati”, FGV memperuntukkan lebih RM800,000 dalam bentuk zakat wakalah bagi membantu golongan Asnaf dan komuniti yang memerlukan di seluruh negara. Daripada jumlah ini, RM682,000 disalurkan sepanjang bulan Ramadan, manakala selebihnya akan diagihkan pada bulan Syawal.
Sebagai pembuka tirai Ramadan, FGV telah melancarkan “Program Sumbangan Ramadan Kumpulan FGV 2025” dengan menyalurkan RM290,000 kepada 11 organisasi kebajikan terpilih serta menyampaikan sumbangan tunai dan produk keluaran FGV kepada 100 orang penerima. Selain itu, sebanyak RM210,000 turut diagihkan menerusi rangkaian anak syarikat FGV di seluruh negara bagi memastikan lebih ramai penerima mendapat manfaat daripada inisiatif ini, khususnya di kawasan operasi FGV.
Program Sumbangan Ramadan Kumpulan FGV 2025 telah menyalurkan RM290,000 kepada 11 organisasi kebajikan terpilih dan 100 orang penerima.
“FGV sentiasa menjadikan prinsip keprihatinan dan tanggungjawab sosial sebagai sebahagian daripada nilai teras kami di bawah kerangka P.R.I.D.E—Kerjasama, Hormat, Integriti, Dinamisme dan Semangat. Nilai-nilai ini menjadi panduan kami serta teras budaya syarikat FGV. Bagi kami, menyantuni golongan yang memerlukan bukan sekadar satu tanggungjawab korporat, tetapi adalah komitmen ikhlas untuk melakukan perkara yang betul demi masyarakat dan negara. Menjelang Aidilfitri, saya dan seluruh Warga FGV berharap setiap inisiatif ini dapat menyuntik kegembiraan, memberi kelegaan agar mereka turut dapat menyambut hari raya dengan lebih bermakna,” kata Fakhrunniam Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV.
Meneruskan komitmen ini, FGV turut menyertai “Program Iftar@KL” anjuran Kementerian Kesenian dan Kebudayaan bersama rakan strategiknya, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan sumbangan sebanyak RM120,000 kepada 12 rumah kebajikan terpilih.
Selain itu, FGV meneruskan “FGV Seikhlas Hati – Program Tautan Kasih” yang berlangsung di Hotel Seri Costa, Melaka, melalui anak syarikatnya, Felda Travel Sdn. Bhd. bagi menyokong “Program Infaq Ramadan” yang telah memasuki tahun keenam sejak diperkenalkan pada tahun 2020. Keunikan inisiatif ini terletak pada pendekatan kolaboratifnya, yang menggalakkan penyertaan individu dan syarikat untuk menyumbang serta memperbesar impaknya. Sepanjang pelaksanaannya, program iftar tajaan ini telah memberi manfaat kepada lebih 5,000 penerima. Untuk tahun ini sahaja, jumlah infaq yang berjaya dikumpul dianggarkan dapat memberi manfaat kepada kira-kira 2,500 penerima.
Sepanjang perlaksnaan FGV Seikhlas Hati – Program Tautan Kasih”, program iftar tajaan ini telah memberi manfaat kepada lebih 5,000 penerima.
FGV juga turut menaja beberapa program lain, termasuk “Program Ziarah Kasih Rumah Daif dan Pesakit Kronik” di Jengka, Pahang dengan sumbangan sebanyak RM50,000 untuk kerja baik pulih rumah daif generasi baharu FELDA.
Bersempena Aidilfitri, FGV menerusi jenama SAJI melancarkan filem pendek bertajuk “Nas Si Goreng”, bersempena Kempen Ramadan Raya 2025 bertemakan “SAJI Rayakan Rasa”, sejajar dengan sambutan ulang tahun ke-25 SAJI sebagai Teman Kulinari rakyat Malaysia. Majlis pelancaran ini menjadi lebih bermakna dengan kehadiran anak-anak asnaf yang dijemput untuk turut serta dalam sambutan. Dalam semangat berkongsi rezeki, sumbangan turut disalurkan, mengukuhkan komitmen SAJI dalam menyemai kegembiraan dan kebersamaan sepanjang musim perayaan ini.
Kempen Ramadan Raya 2025 bertemakan “SAJI Rayakan Rasa”, sejajar dengan sambutan ulang tahun ke-25 SAJI sebagai Teman Kulinari rakyat Malaysia
Filem ini mengisahkan perjalanan Anas dalam mengubati kesedihan atas kehilangan ibu tercinta dengan meneruskan warisan masakan ibunya. Dibintangi Fadhli Masoot, Nabila Huda dan Liza Abdullah, filem ini mengetengahkan tema kasih sayang dan kenangan, seiring dengan semangat SAJI bahawa setiap hidangan bukan sekadar memikat selera, tetapi turut mencipta kenangan Aidilfitri yang bermakna.
Jenama produk tenusu FGV, Bright Cow, turut tampil dengan filem pendek bertajuk “Kasih Ahnaf”, yang mengangkat kisah pengorbangan seorang ibu tunggal membesarkan tiga anaknya. Filem ini menyampaikan mesej tentang kepentingan zakat dalam membantu pertumbuhan dan kesejahteraan anak-anak asnaf serta menekankan bahawa kebahagiaan hadir daripada rasa syukur, bukan kemewahan.
Kedua-dua filem pendek ini boleh ditonton di laman sosial rasmi SAJI dan Bright Cow.
Dengan pelbagai inisiatif ini, FGV terus komited menyantuni komuniti dan menyemai nilai keprihatinan di kalangan masyarakat, seiring usaha menyemarakkan semangat Ramadan dan Aidilfitri.
TAMAT