4 November 2020

KUALA LUMPUR, 4 November 2020 – FGV Holdings Berhad (FGV), the leading oil palm seed producer in Malaysia, is expanding its presence in India’s oil palm seed market.

To date, FGV has secured sales for one million oil palm seeds for India and is targeting to sell another 1.5 million seeds by 2021 following India’s growing market demand for premium oil palm seeds. The seeds sold are FGV’s Yangambi ML161, the number one oil palm planting material with a 43% market share in Malaysia.

FGV Yangambi ML161 seed

The latest buyer is FGV Pre Unique, a joint-venture company between FGV and Pre-Unique Pvt Ltd to penetrate India’s food products market. FGV Pre Unique also acts as FGV’s vehicle to expand its seeds market in the country mainly in India’s states such as Andhra Pradesh and Telangana. The JV company has secured an order of one million seeds for its customers since September, four months after the joint-venture was established.

Group Chief Executive Officer, Dato’ Haris Fadzilah Hassan said, “Yangambi ML161 possesses distinct characteristics compared to other varieties where it gives a higher percentage of oil extraction and bunch number with medium-sized bunches, making it one of the most preferred seed types in the palm oil industry domestically and internationally.”

Group Chief Executive Officer, Dato’ Haris Fadzillah Hassan is holding FGV’s prized Yangambi ML161 seed product in his hands, during his previous visit to Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak.

“I am confident FGV’s venture in India is the right move for FGV’s future business expansions. Apart from India, our Yangambi ML161 also caters to the high demand in Indonesia with 1.5 million seeds sold, Thailand with 0.56 million seeds sold, Papua New Guinea with 0.32 million seeds sold and Sri Lanka with 0.25 million seeds sold to date. This proves the superiority and trusted quality of our seed product in the overseas market,” added Haris Fadzilah.

The Yangambi ML161 seed is developed through an extensive breeding and research programme at FGV-owned Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak located in Jengka, Pahang, which is one of the largest oil palm research centres in Southeast Asia.

In addition to that, the Yangambi ML161 brand has also received consecutive awards on Best Brand Oil Palm Germinated Seed by The BrandLaureate Awards from 2012 to 2016, as well as the Brand Influencer Award for 2018-2019, a recognition towards the success of FGV’s oil palm breeding programme.

FGV Yangambi ML161 seed

Besides Yangambi ML161, FGV also offers the Yangambi 3-Way seed type, which grows into palm trees with shorter rachis length, moderate height increment and produces higher oil yield compared to other commercial oil palm trees. The planting material benefits industries on higher planting density on land scarcity, with traits such as high bunch numbers while conserving moderate bunch sizes.

FGV’s annual seed production amounts to 20 million, and since its release and commercialisation in 2002, FGV has sold 400 million seeds, which is equivalent to about 2 million hectares of planted land. All of FGV’s oil palm planting materials have also passed the Malaysian Standard MS157:2017.

End

KUALA LUMPUR, 4 November 2020 – FGV Holdings Berhad (FGV), pengeluar biji benih kelapa sawit terkemuka di Malaysia, meluaskan kehadirannya dalam pasaran biji benih kelapa sawit India.

Sehingga kini, FGV telah memperoleh tempahan untuk satu juta biji benih kelapa sawit untuk India dan mensasarkan jualan sebanyak 1.5 juta biji lagi pada tahun 2021 berikutan peningkatan permintaan biji benih sawit premium dalam pasaran India. Benih yang dijual adalah FGV Yangambi ML161, bahan tanaman kelapa sawit nombor satu dengan 43% perkongsian pasaran di Malaysia.

Biji Benih Yangambi ML161 FGV

Pembeli terbaru adalah FGV Pre Unique, sebuah syarikat usaha sama antara FGV dan Pre-Unique Pvt Ltd untuk menembusi pasaran produk makanan di India. FGV Pre Unique juga berfungsi sebagai perantara bagi FGV untuk mengembangkan pasaran benihnya di negara berkenaan terutamanya di negeri seperti Andhra Pradesh dan Telangana. Syarikat usaha sama ini telah memperoleh pesanan sebanyak satu juta biji benih sawit untuk pelanggannya sejak bulan September, empat bulan selepas usaha sama itu ditubuhkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dato’ Haris Fadzilah Hassan berkata, “Yangambi ML161 mempunyai ciri-ciri yang berbeza berbanding varieti lain di mana ia memberikan peratusan perahan minyak dan bilangan tandan yang lebih tinggi dengan tandan bersaiz sederhana, sekaligus menjadikannya sebagai salah satu jenis benih sawit yang paling digemari industri minyak sawit di dalam dan luar negara.”

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dato’ Haris Fadzillah Hassan memegang produk benih Yangambi ML161 FGV, semasa lawatan beliau ke Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak.

Saya yakin kehadiran FGV di India adalah langkah yang tepat untuk pengembangan perniagaan masa depan FGV. Selain dari India, Yangambi ML161 kami juga memenuhi permintaan tinggi di Indonesia dengan 1.5 juta biji terjual, Thailand dengan 0.56 juta biji terjual, Papua New Guinea dengan 0.32 juta biji terjual dan Sri Lanka dengan 0.25 juta biji terjual hingga kini. Ini membuktikan keunggulan dan kualiti produk benih kami yang dipercayai di pasaran luar negara,” tambah Haris Fadzilah.

Biji benih Yangambi ML161 dicipta melalui program pembiakbakaan dan penyelidikan sawit yang meluas di Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak milik FGV yang terletak di Jengka, Pahang. Ia juga merupakan salah sebuah pusat penyelidikan kelapa sawit terbesar di Asia Tenggara.

Biji Benih Yangambi ML161 FGV

Selain daripada itu, biji benih sawit jenama Yangambi ML161 juga telah menerima anugerah berturut-turut Best Brand Oil Palm Germinated Seed oleh The BrandLaureate Awards dari 2012 hingga 2016, serta Brand Influencer Award untuk tahun 2018-2019. Ia merupakan pengiktirafan terhadap kejayaan program pembiakbakaan sawit FGV.

Selain Yangambi ML161, FGV juga menawarkan jenis biji benih Yangambi 3-Way, yang tumbuh menjadi pokok kelapa sawit dengan tetulang pelepah yang lebih pendek, kenaikan ketinggian sederhana dan memberikan hasil minyak yang lebih tinggi berbanding dengan pokok kelapa sawit komersial yang lain. Bahan tanaman ini menguntungkan industri dengan kepadatan penanaman yang lebih tinggi di tanah yang sedikit, dengan ciri-ciri seperti jumlah tandan yang tinggi sambil mengekalkan saiz tandan yang sederhana.

Pengeluaran biji benih tahunan FGV adalah berjumlah sebanyak 20 juta. Sejak dilancarkan dan dikomersialkan pada tahun 2002, FGV telah menjual sebanyak 400 juta biji benih, bersamaan dengan sekitar 2 juta hektar tanah yang ditanam. Semua bahan tanaman kelapa sawit FGV juga telah menerima kelulusan piawaian Malaysian Standard MS157: 2017.

Tamat

Find