Kuala Lumpur, 27 August 2025 – FGV Holdings Berhad (FGV) recorded a 48 percent increase in its Profit Before Tax (PBT) for the second quarter ended 30 June 2025 (Q2 FY2025), rising to RM209 million compared to RM141 million registered in the same period last year, supported mainly by stronger results in the Plantation Division.
The Group’s Operating Profit (before fair value changes in Land Lease Agreement (LLA) and impairment), increased to RM341 million from RM239 million in the previous year, while Profit After Tax & Minority Interests (PATAMI) stood at RM137 million against RM86 million in the corresponding quarter of the previous year.
Revenue improved 5 percent to RM5.79 billion, supported by a higher average Crude Palm Oil (CPO) price realised of RM4,218 per MT compared to RM4,103 per MT in the same quarter last year. At the same time, contributions from certain downstream businesses were softer, particularly in the Oils and Fats Division.
“Our performance this quarter reflects FGV’s resilience and ability to adapt in a challenging environment. We are steadily progressing in strengthening our core businesses while building new growth pathways that will position FGV for the future. This balance between stability and transformation allows us to advance our immediate priorities while staying focused on long-term ambitions,” said Fakhrunniam Othman, Group Chief Executive Officer of FGV.
Plantation Division
The Division posted a higher profit of RM157 million compared to RM101 million last year, supported by higher Fresh Fruit Bunch (FFB) production at 1.13 million MT versus 0.96 million MT, leading to improved yield of 4.45 MT per hectare from 3.76 MT per hectare previously. Estate operational costs declined by 21 percent, while the oil extraction rate (OER) was slightly lower at 20.09 percent against 20.48 percent last year.
Total FFB received increased by 5 percent driven by higher contributions from both FGV estates and FELDA settlers rising from 3.66 million MT to 3.85 million MT. In total, 1.12 million MT (29 percent) were produced internally, 1.10 million MT (29 percent) were sourced from third parties, and the remaining 1.63 million MT (42 percent) were received from FELDA settlers.
Meanwhile, the rubber segment posted higher losses due to weaker sales volumes, price mismatches and shipment delays, alongside an impairment of RM8.60 million for loss making factories. The fertiliser business margins were also compressed by higher raw material costs, coupled with lower average selling prices. The fair value charge on the LLA rose to RM131.84 million from RM66.68 million in the previous year.
Oils and Fats Division
The Division posted a profit of RM46 million, reflecting narrower trading margins in bulk commodity segment, while the chemical segment was also affected by oleochemical and biodiesel sales volume following softer demand. In contrast, the edible oil segment performed positively with stronger margins and sales volume, while share of results from joint ventures improved to RM15.91 million from RM0.28 million previously.
Logistics and Support Division
The Division reported a higher profit increase to RM45 million, up from RM38 million, aided by a RM12 million reversal of impairment of receivables in the IT segment. Excluding this reversal, the division profit was lower due to a 14 percent decline in the Logistics segment, attributable to lower handling rates in bulking operations and higher transport operation costs, despite an increase in tonnage handled.
Sugar Division
The Division’s loss narrowed to RM21 million from RM30 million in the same quarter last year. The reduced loss was driven by higher margins and better capacity utilisation, despite a decline in revenue due to a lower average selling price.
Consumer Products Division
The Division recorded a reduced loss of RM7 million, compared to RM21 million in the corresponding quarter of the previous year, supported by improved margins and government subsidies for bottled cooking oil. Meanwhile, the Integrated Farming and Dairy segments continued to face revenue pressures, margin compression and an impairment of non-financial assets of RM2.44 million in the Dairy segment.
Moving Forward for the Business
CPO price is expected to remain stable, supported by improved production from favourable weather and seasonally higher cropping cycles. Export demand is expected to remain steady given CPO’s competitive pricing relative to other edible oils. Nevertheless, the outlook remains subject to volatility from geopolitical tensions, trade tariffs and policy changes.
FGV anticipates stronger FFB production in the second half of the year and will continue to prioritise operational excellence, expanding value-added offerings, strengthening market presence, and enhancing both capacity and supply chain efficiency.
Strengthening Strategic Alignment with FELDA
The Group will be officially delisted from the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad starting 28 August 2025, a strategic move that will enable greater agility, closer alignment with its major shareholder, the Federal Land Development Authority (FELDA), and enhanced focus on its role as a leading agri-business and Malaysia’s food company.
“As we enter this next chapter, we will focus on three priorities: productivity, growth and people. Productivity means fulfilling our 2025 commitments through operational excellence and strong agricultural practices. Growth will be driven by product diversification, market development, circular economy, strategic collaborations, digitalisation and our energy transition journey. Most importantly, people remain at the heart of FGV. Unity of purpose, shared alignment and a culture of resilience will define our success. Together with FELDA, we are committed to building on our legacy and delivering long-term value for our stakeholders,” Fakhrunniam said.
(9th from left) Fakhrunniam Othman, Group Chief Executive Officer of FGV in a group photo with FGV senior management and talents.
FGV also reaffirms that integrity, governance, and transparency will remain central to its transformation journey. The Group’s current operations, stakeholder commitments, and community-focused initiatives will continue seamlessly, with no disruption to business activities. These commitments will remain anchored on the principles of value creation, sustainability, transformation and innovation, and shared prosperity.
KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2025 – FGV Holdings Berhad (FGV) mencatatkan peningkatan sebanyak 48 peratus Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) bagi suku kedua yang berakhir 30 Jun 2025 (S2 TK2025), meningkat kepada RM209 juta berbanding RM141 juta yang direkodkan dalam tempoh yang sama tahun lalu, dipacu oleh prestasi kukuh Bahagian Perladangan.
Keuntungan Operasi Kumpulan (sebelum perubahan nilai saksama dalam Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) dan susut nilai) meningkat kepada RM341 juta berbanding RM239 juta pada tahun sebelumnya, manakala Keuntungan Selepas Cukai dan Kepentingan Minoriti (PATAMI) dicatatkan sebanyak RM137 juta berbanding RM86 juta dalam suku yang sama tahun lalu.
Pendapatan Kumpulan turut meningkat sebanyak 5 peratus kepada RM5.79 bilion, disokong oleh harga purata minyak sawit mentah (MSM) yang lebih tinggi iaitu RM4,218 setiap metrik tan (MT) berbanding RM4,103 setiap MT pada suku yang sama tahun lalu. Walau bagaimanapun, beberapa perniagaan hiliran mencatatkan prestasi yang lebih rendah, khususnya Bahagian Minyak dan Lelemak.
“Prestasi kami bagi suku ini mencerminkan daya tahan dan keupayaan FGV untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran yang mencabar. Kami terus melangkah ke hadapan dengan memperkukuh perniagaan teras serta membina landasan baharu bagi pertumbuhan baharu yang akan memposisikan FGV dengan lebih baik di masa akan datang. Keseimbangan antara kestabilan dan transformasi ini membolehkan kami mencapai matlamat semasa dan kekal fokus terhadap aspirasi jangka panjang,” kata Fakhrunniam Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV.
Bahagian Perladangan
Bahagian Perladangan mencatatkan keuntungan lebih tinggi sebanyak RM157 juta berbanding RM101 juta pada tahun lalu, disokong oleh peningkatan pengeluaran buah tandan segar (BTS) kepada 1.13 juta MT berbanding 0.96 juta MT, sekali gus meningkatkan hasil kepada 4.45 MT sehektar berbanding 3.76 MT sehektar sebelum ini. Kos operasi ladang menurun sebanyak 21 peratus, manakala kadar perahan minyak (OER) sedikit rendah pada kadar 20.09 peratus berbanding 20.48 peratus tahun lalu.
Jumlah BTS yang diterima meningkat sebanyak 5 peratus, disokong oleh sumbangan lebih tinggi daripada ladang FGV dan peneroka FELDA meningkat daripada 3.66 juta MT kepada 3.85 juta MT. Secara keseluruhan, sebanyak 1.12 juta MT (29 peratus) dihasilkan di ladang-ladang FGV, 1.10 juta MT (29 peratus) diterima daripada pihak ketiga dan 1.63 juta MT (42 peratus) diterima daripada peneroka FELDA.
Sementara itu, segmen getah mencatatkan kerugian yang lebih tinggi berikutan jumlah jualan yang lebih rendah, ketidakpadanan harga jualan dan kelewatan penghantaran, di samping susut nilai sebanyak RM8.60 juta bagi kilang yang mencatatkan kerugian. Perniagaan baja turut berdepan tekanan margin akibat kos bahan mentah yang tinggi serta harga jualan purata yang lebih rendah. Caj nilai saksama bagi LLA meningkat kepada RM131.84 juta berbanding RM66.68 juta pada suku yang sama tahun lalu.
Bahagian Minyak dan Lelemak
Bahagian ini mencatatkan keuntungan sebanyak RM46 juta, disebabkan oleh margin dagangan yang lebih rendah dalam segmen komoditi pukal. Segmen kimia turut terkesan oleh penurunan jumlah jualan oleokimia dan biodiesel berikutan permintaan yang lebih perlahan. Sebaliknya, segmen minyak makan mencatatkan prestasi yang lebih baik dengan margin dan jumlah jualan yang lebih kukuh, manakala keuntungan daripada usaha sama turut meningkat kepada RM15.91 juta berbanding RM0.28 juta sebelum ini.
Bahagian Logistik dan Sokongan
Bahagian ini mencatatkan peningkatan keuntungan kepada RM45 juta berbanding RM38 juta pada suku yang sama tahun lalu, disokong oleh pemulihan susut nilai atas hutang penerimaan sebanyak RM12 juta dalam segmen IT. Tanpa mengambil kira pemulangan ini, keuntungan Bahagian adalah lebih rendah berikutan kadar pengendalian yang lebih rendah disebabkan penurunan 14 peratus dalam segmen Logistik, berpunca daripada kadar pengendalian yang lebih rendah dalam operasi pukal dan kos operasi pengangkutan yang lebih tinggi, meskipun jumlah tan yang dikendalikan meningkat.
Bahagian Gula
Kerugian Bahagian Gula susut kepada RM21 juta, berbanding RM30 juta pada suku yang sama tahun lalu. Penambahbaikan tahap kerugian ini didorong oleh margin yang lebih tinggi serta kadar penggunaan kapasiti yang lebih baik, walaupun hasil pendapatan menurun akibat harga jualan purata yang lebih rendah.
Bahagian Produk Pengguna
Bahagian ini berjaya mengurangkan kerugian kepada RM7 juta berbanding RM21 juta pada suku yang sama tahun lalu, disokong oleh margin yang lebih baik serta subsidi kerajaan bagi minyak masak botol. Segmen Pertanian Bersepadu dan Tenusu terus berdepan tekanan hasil dan margin, selain susut nilai aset bukan kewangan sebanyak RM2.44 juta bagi segmen Tenusu.
Halatuju Perniagaan
Harga MSM dijangka kekal stabil, disokong oleh pengeluaran yang lebih baik berikutan cuaca yang menggalakkan dan kitaran penuaian bermusim yang lebih tinggi. Permintaan eksport dijangka kekal kukuh memandangkan harga MSM yang kompetitif berbanding minyak makan lain. Namun begitu, prospek pasaran terus terkesan akibat ketidaktentuan daripada ketegangan geopolitik, tarif perdagangan dan perubahan dasar.
FGV menjangkakan pengeluaran BTS yang lebih tinggi pada separuh kedua tahun ini dan akan terus memberi keutamaan kepada kecemerlangan operasi, peluasan produk nilai tambah, pengukuhan kehadiran pasaran serta peningkatan kecekapan kapasiti dan rantaian bekalan.
Penjajaran Strategik bersama FELDA
FGV akan dinyahsenarai secara rasmi daripada Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad bermula 28 Ogos 2025, satu langkah strategik yang membolehkan Kumpulan bergerak lebih fleksibel, memperkukuh penyelarasan dengan pemegang saham utamanya, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), serta memberi tumpuan yang lebih mendalam terhadap peranannya sebagai peneraju perniagaan agri dan syarikat pengeluar makanan negara.
“Melangkah masuk ke lembaran baharu ini, kami akan menumpukan fokus kepada tiga keutamaan: produktiviti, pertumbuhan dan modal insan. Produktiviti bermakna menunaikan komitment 2025 melalui kecemerlangan operasi dan amalan pertanian yang baik. Pertumbuhan akan dipacu oleh kepelbagaian produk, pertumbuhan pasaran, ekonomi kitaran, kerjasama strategik, pendigitalan serta usaha peralihan tenaga. Yang paling penting, modal insan terus menjadi nadi FGV. Kesatuan matlamat, usahasama serta semangat yang cekal akan menjadi sumber kejayaan kami. Bersama FELDA, FGV kekal komited untuk meneruskan legasi dan menjana nilai jangka panjang untuk semua pihak berkepentingan kami,” kata Fakhrunniam.
(Ke sembilan dari kiri) Fakhrunniam Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV bergambar bersama kepimpinan kanan dan Warga FGV.
FGV turut menegaskan bahawa integriti, tadbir urus dan ketelusan akan terus menjadi teras dalam perjalanan transformasi Kumpulan. Operasi semasa Kumpulan, komitmen terhadap pihak berkepentingan dan inisiatif berfokuskan komuniti akan diteruskan, tanpa sebarang gangguan terhadap aktiviti perniagaan. Komitmen FGV ini akan terus berpaksikan kepada prinsip-prinsip seperti penciptaan nilai, kelestarian, transformasi dan inovasi, serta kemakmuran bersama.