26 February 2021
  • Highest positive financial performance in five years
  • Board recommends dividend of 3 sen per share

Kuala Lumpur, 26 February 2021: FGV Holdings Berhad (FGV) recorded a profit before zakat and tax (PBZT) of RM326 million for the fourth quarter ended 31 December 2020, a significant improvement from a PBZT of RM46 million in the previous corresponding quarter.

For the period under review, crude palm oil (CPO) price averaged RM3,059 per metric tonne (MT), which was higher than the average CPO price realised in 4Q FY2019 of RM2,159 per MT. The Group’s revenue for the quarter in review increased significantly to RM4.00 billion, compared to RM3.15 billion in 4Q FY2019.

Dato’ Haris Fadzilah Hassan, FGV Group Chief Executive Officer said, “I am pleased to report the highest positive financial performance in five years for FGV, despite various challenges faced by the group and the palm oil industry in 2020. The pandemic outbreak affected domestic and global demand, and was further aggravated by disruption in upstream activities such as harvesting and collecting fresh fruit bunches (FFB) due to the Movement Control Order.”

For the full year ended December 2020, FGV posted a PBZT of RM353 million, compared to a loss before zakat and tax of RM338 million in FY2019. Revenue for FY2020 was RM14.08 billion, an increase by six percent from RM13.26 billion in the previous year. Average CPO price realised for FY2020 increased by 32 percent to RM2,675 per MT compared to RM2,021 per MT in FY2019.  

Following FGV’s positive financial performance and healthy balance sheet, the Board of Directors of FGV has declared three sen per share of final dividend for the financial year ended 31 December 2020.

For the quarter under review, the Plantation Sector recorded PBZT of RM474 million, a significant improvement from a PBZT of RM72 million in the previous corresponding quarter. The increased financial performance was due to improved CPO margin in tandem with higher CPO price realised, better CPO sales volume, improved oil extraction rate (OER) and lower ex-mill production cost.

In the upstream segment, FFB production increased by three percent to 1.04 million MT compared to 1.01 million MT in 4Q FY2019. This was primarily due to improved crop recovery and higher mature hectarage.

Despite a 1.5 percent increase in CPO production from 0.68 million MT in 4Q FY2019 to 0.69 million MT in 4Q FY2020 resulting from increased FFB processed, there was a slight improvement in the OER due to better FFB quality and process efficiency. Meanwhile, mill utilisation factor (UF) remained at 66 percent. As a result of reduction in estate cost and higher OER, CPO cost ex-mill decreased marginally by two percent to RM1,699 per MT, compared to RM1,731 per MT in 4Q FY2019.

The Group’s downstream segment registered a higher PBZT of RM91 million, compared to RM3 million in 4Q FY2019. This was impacted by better margin realised from crude palm kernel oil (CPKO) / palm kernel expeller (PKE) sales in bullish market trend at lower cost on cost of goods sold and gain from the divestment of FGV-Cambridge Nanosystems Ltd (FGV CNS) at completion, of RM32 million.

The Sugar Sector under MSM Malaysia Holdings Berhad recorded PBZT of RM77 million in 4Q FY2020, compared to a loss of RM40 million in 4Q FY2019. This was primarily contributed by higher sales volume especially for the export market, lower raw sugar usage cost, better utilisation factor and reduced refining cost.

“The sugar business recorded strong results in 4Q FY2020. Nevertheless, its full-year results were affected by write-off and impairment of bearer plants in 3Q FY2020,” said Haris Fadzilah.

The performance of the Logistics Sector declined by two percent and recorded a lower PBZT of RM22 million compared to RM23 million in 4Q FY2019. This was due to lower handling and transportation rate, offset by higher storage throughput volume. Transport volume decreased by four percent due to reduction in cargo volume handled compared to last year, while bulking volume increased by five percent due to higher throughput handled. 

Moving forward

Early this week, FGV signed a Memorandum of Understanding with the Ministry of Agriculture and Food Industries to participate in Large Scale SMART Paddy Project (SMART SBB). FGV has commenced the planting of 28-hectares of MRQ76 fragrant rice seeds gardens in Sungai Leman, Selangor and Seberang Perak, Perak. The planted MRQ76 seeds which were harvested in January 2021, shall be used to commence 350-hectares of FGV’s contract farming scheme.

“For the year 2021, we are allocating 75,000 MT from our PKE production as animal feed for local consumption which is equivalent to almost 20 percent of our total PKE production. FGV has also established our distributorship network throughout Peninsular Malaysia to ensure that supply reaches our local farmers effectively,” said Haris Fadzilah.

To strengthen its Consumer Products business, FGV is expected to launch six new and exciting product variants (SKUs) in the near future on top of the current product range which are already in the market.

FGV also remained steadfast in its efforts to continue implementing its action plan to address the Roundtable Sustainable Palm Oil (RSPO) Complaints Panel (CP)’s directives since the last time FGV submitted its appeal to the RSPO on 3rd April 2020.

“RSPO is currently conducting its verification audits to assess FGV’s progress in implementing the CP Directives. Six sites had been selected and the RSPO appointed auditor had conducted the verification audit in four selected complexes in Peninsular Malaysia. The two remaining audits in Sabah are scheduled to take place in March/April 2021, subject to the lifting of travel restrictions due to the COVID-19 situation,” said Haris Fadzilah.

On the Withhold Release Order (WRO) by the US Customs and Border Protection (CBP), FGV is taking a systematic approach in ensuring the rights of workers are respected and protected, thereby eliminating practices that may be indicative of labour exploitation. As announced in December 2020, FGV will revisit the appointment of an independent audit firm for an audit of operations within a reasonable period of time and will continue to engage with the CBP accordingly once an independent auditor has been appointed.

“FGV anticipates 2021 to be another eventful year on the back of challenges in labour supply and volatility of CPO prices in our plantation business. Our sugar business will continue to improve its operating and financial performance. However, the group remains on course with its strategies to reposition FGV to be the leading agribusiness player to create value in its downstream business,” added Haris Fadzilah.

-End-

  • Prestasi kewangan positif tertinggi dalam lima tahun
  • Lembaga Pengarah mengesyorkan dividen 3 sen sesaham

Kuala Lumpur, 26 Februari 2021: FGV Holdings Berhad (FGV) mencatatkan keuntungan sebelum zakat dan cukai (PBZT) sebanyak RM326 juta untuk suku keempat berakhir pada 31 Disember 2020, peningkatan yang ketara daripada PBZT sebanyak RM46 juta pada suku yang sama sebelumnya.

Untuk tempoh yang dikaji, harga purata minyak sawit mentah (MSM) adalah RM3,059 setiap metrik tan (MT), lebih tinggi daripada harga purata MSM yang direalisasikan pada Suku Ke-4 Tahun Kewangan 2019 (S4 TK2019) sebanyak RM2,159 setiap MT. Pendapatan Kumpulan untuk suku yang dikaji meningkat dengan ketara kepada RM4.00 bilion, berbanding RM3.15 bilion pada S4 TK2019.

Dato’ Haris Fadzilah Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV berkata, “Saya gembira melaporkan prestasi kewangan positif tertinggi dalam lima tahun untuk FGV, walaupun terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh kumpulan dan industri minyak sawit pada tahun 2020. Wabak pandemik tersebut mempengaruhi permintaan domestik dan global, dan semakin terjejas disebabkan aktiviti huluan seperti menuai dan mengumpul tandan buah segar (TBS) yang tergendala kerana Perintah Kawalan Pergerakan.”

Bagi tahun penuh yang berakhir Disember 2020, FGV mencatatkan PBZT sebanyak RM353 juta, berbanding kerugian sebelum zakat dan cukai sebanyak RM338 juta pada TK2019. Pendapatan untuk TK2020 adalah sebanyak RM14.08 bilion, meningkat enam peratus daripada RM13.26 bilion berbanding tahun sebelumnya. Harga purata MSM yang direalisasikan untuk TK2020 meningkat 32 peratus kepada RM2,675 setiap MT berbanding RM2,021 setiap MT pada TK2019.

Berikutan prestasi kewangan dan penyata imbangan FGV yang positif, Lembaga Pengarah FGV telah mengesyorkan dividen sebanyak tiga sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.

Untuk suku yang dikaji, Sektor Perladangan mencatat PBZT sebanyak RM474 juta, peningkatan yang ketara daripada PBZT sebanyak RM72 juta pada suku yang sama sebelumnya. Peningkatan prestasi kewangan disebabkan oleh peningkatan margin MSM yang seiring dengan kenaikan harga MSM, penambahan jumlah jualan MSM, kadar pengekstrakan minyak (OER) yang lebih baik dan kos pengeluaran ke pintu kilang (ex-mill) yang lebih rendah.

Bagi segmen huluan, pengeluaran TBS meningkat tiga peratus kepada 1.04 juta MT berbanding 1.01 juta MT pada S4 TK2019. Ini terutamanya disebabkan oleh pemulihan tanaman yang lebih baik dan hektar tanaman yang lebih tinggi.

Walaupun pengeluaran MSM meningkat sebanyak 1.5 peratus dari 0.68 juta MT pada S4 TK2019 kepada 0.69 juta MT pada S4 TK2020 hasil daripada peningkatan TBS yang diproses, terdapat sedikit peningkatan dalam OER kerana kualiti dan kecekapan proses TBS yang lebih baik. Sementara itu, faktor penggunaan kilang (UF) kekal pada 66 peratus. Hasil daripada pengurangan kos estet dan OER yang lebih tinggi, kos ke pintu kilang (ex-mill) CPO menurun sedikit sebanyak dua peratus kepada RM1,699 setiap MT, berbanding RM1,731 setiap MT pada S4 TK2019.

Segmen hiliran Kumpulan mencatatkan PBZT yang lebih tinggi sebanyak RM91 juta, berbanding RM3 juta pada S4 TK2019. Ini dipengaruhi oleh margin yang lebih baik yang direalisasikan daripada penjualan minyak isirung sawit mentah (CPKO) / dedak isirung sawit (PKE) dalam tren pasaran menaik dengan kos yang lebih rendah pada kos barang yang dijual dan keuntungan daripada pelupusan FGV-Cambridge Nanosystems Ltd (FGV CNS) selesai sebanyak RM32 juta.

Sektor Gula di bawah MSM Malaysia Holdings Berhad mencatat PBZT sebanyak RM77 juta pada S4 TK2020, berbanding kerugian RM40 juta pada S4 TK2019. Ini disumbangkan terutamanya oleh jumlah jualan yang lebih tinggi khususnya pasaran eksport, kos penggunaan gula mentah yang lebih rendah, faktor penggunaan yang lebih baik dan pengurangan kos penapisan.

“Perniagaan gula mencatatkan prestasi yang memberangsangkan pada S4 TK2020. Namun demikian, prestasi tahun penuhnya dipengaruhi oleh penghapusan dan rosot nilai kilang pembawa pada S3 TK2020,” kata Haris Fadzilah.

Prestasi Sektor Logistik menurun sebanyak dua peratus dan mencatatkan PBZT lebih rendah sebanyak RM22 juta berbanding RM23 juta pada S4 TK2019. Ini disebabkan oleh kadar pengendalian dan pengangkutan yang lebih rendah, diimbangi oleh jumlah pengeluaran simpanan yang lebih tinggi. Jumlah pengangkutan menurun sebanyak empat peratus disebabkan pengurangan jumlah kargo yang dikendalikan berbanding tahun lalu, sementara jumlah tangki meningkat sebanyak lima peratus disebabkan oleh peningkatan kadar yang dikendalikan.

Bergerak Ke Hadapan

Pada awal minggu ini, FGV telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan untuk mengambil bahagian dalam Projek SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB). FGV telah memulakan penanaman kebun benih padi wangi MRQ76 seluas 28 hektar di Sungai Leman, Selangor dan Seberang Perak, Perak. Benih MRQ76 yang ditanam dan dituai pada Januari 2021, akan digunakan untuk memulakan skim kontrak pertanian FGV seluas 350 hektar.

“Untuk tahun 2021, kami memperuntukkan 75,000 MT daripada pengeluaran PKE sebagai makanan haiwan untuk penggunaan tempatan bersamaan hampir 20 peratus daripada jumlah pengeluaran PKE kami. FGV juga telah mewujudkan rangkaian pengedaran di seluruh Semenanjung Malaysia untuk memastikan bekalan sampai kepada petani tempatan secara efektif,” kata Haris Fadzilah.

Untuk mengukuhkan perniagaan Produk Pengguna, FGV dijangka melancarkan enam varian produk (SKU) baharu dan menarik dalam masa terdekat bersama rangkaian produk yang sedia ada di pasaran.

FGV juga tetap teguh dalam usahanya untuk terus melaksanakan pelan tindakan bagi menangani keputusan Panel Aduan (CP) Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO) sejak kali terakhir FGV mengemukakan rayuannya kepada RSPO pada 3 April 2020.

“RSPO sedang melakukan audit verifikasi untuk menilai kemajuan FGV dalam melaksanakan Petunjuk CP. Enam lokasi telah dipilih dan juruaudit yang dilantik RSPO telah melakukan audit verifikasi di empat kompleks terpilih di Semenanjung Malaysia. Baki dua audit di Sabah dijadualkan pada bulan Mac/April 2021, tertakluk kepada penamatan sekatan perjalanan disebabkan oleh COVID-19,” kata Haris Fadzilah.

Mengenai Perintah Pelepasan Tahan (WRO) yang dikeluarkan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS), FGV mengambil pendekatan sistematik dalam memastikan hak pekerja dihormati dan dilindungi, seterusnya menghapuskan amalan yang mungkin menunjukkan eksploitasi buruh. Seperti yang diumumkan pada bulan Disember 2020, FGV akan meninjau kembali pelantikan firma audit bebas untuk audit operasi dalam jangka masa yang wajar dan akan terus berhubung dengan CBP setelah auditor bebas dilantik.

“FGV menjangkakan tahun 2021 akan menjadi tahun yang penting, berikutan cabaran dalam bekalan tenaga kerja dan turun naik harga MSM dalam perniagaan perladangan kami. Perniagaan gula akan terus menambah baik prestasi operasi dan kewangannya. Namun, kumpulan akan berpandu kepada strategi untuk meletakkan semula kedudukan FGV sebagai pemain agri perniagaan terkemuka untuk mencipta nilai dalam perniagaan hilirannya,” tambah Haris Fadzilah.

-Tamat-

 

Find