30 August 2021

 “Despite the ongoing challenges of the pandemic, as well as the lagging effect of dry weather, I am pleased to report that FGV posted strong operating profit. We remained resilient in our efforts in these unprecedented times, which has translated into the significant improvement of our financial results for this quarter.” – Mohd Nazrul Izam Mansor, Group Chief Executive Officer of FGV.

KUALA LUMPUR, 30 August 2021 – FGV Holdings Berhad (FGV) registered a significantly higher profit before zakat and tax (PBZT) of RM501 million for its second quarter ended 30 June 2021 (2Q FY2021), against PBZT of RM18 million in the previous corresponding quarter. The Group’s revenue for the quarter under review rose 42% to RM4.68 billion versus RM3.29 billion in 2Q FY2020.

The strong performance of the Group’s PBZT driven by higher operating profit of RM338 million in 2Q FY2021 compared to RM115 million in the same period last year, mainly attributed to increased palm products margin, improved gross profit margin for its Sugar business, as well as higher throughput and cargo volume handled by its Logistics business. In addition, the Group reported fair value gain on Land Lease Agreement (LLA) of RM180 million compared to fair value charge on LLA of RM76 million registered in the previous corresponding quarter. The gain on LLA for the current quarter was attributed mainly to the revision in the yield assumption used in arriving at the LLA liability.

For the period under review, the Group has recorded higher average crude palm oil (CPO) price realised of RM3,333 per metric tonne (MT) which is 44% higher compared to average CPO price realised in 2Q FY2020 of RM2,309 per MT. This contributed to a turnaround of more than 100% year-on-year (y-o-y) for the Group’s Plantation Sector.

For 1H FY2021, the Group posted a PBZT of RM516 million against a revenue of RM8.08 billion, compared to the previous corresponding period’s loss before zakat and tax (LBZT) of RM145 million against a revenue of RM6.08 billion.

Mohd Nazrul Izam Mansor, Group Chief Executive Officer of FGV said, “Despite the ongoing challenges of the pandemic, as well as the lagging effect of dry weather, I am pleased to report that FGV posted strong operating profit. We remained resilient in our efforts in these unprecedented times, which has translated into the significant improvement of our financial results for this quarter.”

The operating profit for FGV’s upstream segment under the Plantation Sector increased to RM247 million for 2Q FY2021 compared to RM106 million in the previous corresponding quarter, due to improved palm products margin despite an increase in CPO ex-mill cost.

In the upstream operational parameters, the Fresh Fruit Bunches (FFB) production and yield both lower by 11% against the previous corresponding quarter to 1.06 million MT and 4.18 MT/Ha respectively, due to lower FFB production from the young, mature and prime age palm categories, as well as a shortage of skilled harvesters.

CPO production decreased by 14% y-o-y to 0.70 million MT due to lower FFB processed, especially from external parties. Oil extraction rate (OER) however, improved slightly to 20.16% compared to 20.02% a year earlier, resulting from improved mills performance through stringent process control.

FGV’s downstream segment under the Plantation Sector came in 21% stronger with an improved operating profit of RM29 million compared to RM24 million in the previous corresponding quarter, attributed by 64% higher margin realised from crude palm kernel oil (CPKO) sales.

The Group’s Sugar Sector under its 51% owned subsidiary, MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) continued its positive momentum by posting a RM23 million PBZT against a revenue of RM554 million for the quarter under review, a significant improvement from a LBZT of RM27 million against revenue of RM447 million in 2Q FY2020.

 “The performance is primarily driven by higher gross profit margin of 8% resulted from an increase in overall sales volume by 12% attributed to less restrictive imposition of the nationwide MCO 3.0 compared to MCO 1.0 in March last year,” added Mohd Nazrul.

In addition, FGV’s Logistics Sector recorded a similar PBZT of RM22 million in 2Q FY2021, majorly contributed by its bulking business segment which recorded 11% growth y-o-y due to a 3% increase in total throughput and bulking volume. The transport business segment, however, posted a lower PBZT by 50% of RM2 million in 2Q FY2021 compared to RM4 million in the same period last year due to increase in variable operating costs by 19%, despite an increase in total tonnage carried and an average transportation rate by 1% and 11% respectively.

Going forward

The ongoing pandemic, the new Delta variant and the imposition of the Movement Control Order (MCO) 3.0 continue to affect Malaysia’s palm oil industry as a whole. In curbing the impact of COVID-19 especially at its plantations, FGV is expediting its vaccination programme for all workers as part of its mitigation effort in managing the risk of infections at its operating locations. 

“We are currently at the final stage of acquiring the vaccines and shall commence the vaccination programme by the first week of September 2021,” said Mohd Nazrul. 

 Besides that, on 16 August 2021 one of FGV’s core sectors, FGV Integrated Farming Sdn Bhd (FGVIF), entered into a Memorandum of Collaboration (MOC) with FELCRA Berhad (FELCRA) and Baladna Food Industries (BALADNA), Qatar’s largest locally-owned food and dairy producer, to carry out a comprehensive feasibility and technical study on an opportunity to potentially co-invest in an integrated dairy farm business in Chuping, Perlis. 

The potential initial areas of collaboration include doubling the current production of Malaysian fresh milk within two years, and creating a farm for ten thousand milking cows with an annual production of 100 million litres of milk per year. Other potential areas include utilising Malaysian agricultural land to produce largely the required animal feed for the dairy farm, as well as using the joint venture farm as a hub that supports small rural farms in developing small cattle fatting farms and animal feed farms by 2024, among others.

End

“Meskipun berdepan dengan cabaran pandemik yang berterusan dan cuaca kering, saya gembira melaporkan FGV berjaya mencatatkan keuntungan operasi yang lebih kukuh. FGV kekal berdaya tahan sepanjang tempoh mencabar seperti yang diterjemahkan menerusi peningkatan ketara keputusan kewangan kami bagi suku tahun ini.” – Mohd Nazrul Izam Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV

KUALA LUMPUR, 30 Ogos 2021 – FGV Holdings Berhad (FGV) mencatatkan keuntungan sebelum zakat dan cukai (PBZT) lebih tinggi sebanyak RM501 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2021 (S2 TK2021), berbanding PBZT sebanyak RM18 juta pada suku tahun sama sebelumnya. Pendapatan Kumpulan bagi suku yang dikaji melonjak 42% kepada RM4.68 bilion berbanding RM3.29 bilion pada S2 TK2020.

Prestasi kukuh PBZT Kumpulan ini didorong oleh keuntungan operasi yang lebih tinggi sebanyak RM338 juta pada S2 TK2021 berbanding RM115 juta pada tempoh yang sama tahun lepas, terutamanya disumbangkan oleh peningkatan margin bagi produk sawit, peningkatan margin keuntungan kasar bagi perniagaan Gula, serta jumlah kendalian dan kargo yang lebih tinggi menerusi perniagaan Logistiknya. Di samping itu, Kumpulan melaporkan keuntungan nilai semasa ke atas Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) sebanyak RM180 juta berbanding caj nilai semasa LLA sebanyak RM76 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun sebelumnya. Keuntungan atas LLA bagi suku semasa adalah disebabkan oleh semakan atas andaian hasil yang digunakan bagi mencapai liabiliti LLA.

Bagi tempoh yang dikaji, Kumpulan telah mencatatkan harga purata minyak sawit mentah (MSM) direalisasikan sebanyak RM3,333 setiap tan metrik (MT) iaitu 44% lebih tinggi berbanding harga purata MSM direalisasikan pada S2 TK2020 sebanyak RM2,309 setiap MT. Ini telah menyumbang kepada pemulihan lebih dari 100% tahun-ke-tahun (y-o-y) dalam Sektor Perladangan Kumpulan.

Bagi separuh pertama tahun kewangan 2021, Kumpulan mencatatkan PBZT sebanyak RM516 juta dengan pendapatan sebanyak RM8.08 bilion berbanding kerugian sebelum zakat dan cukai (LBZT) sebanyak RM145 juta dengan pendapatan sebanyak RM6.08 bilion bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Mohd Nazrul Izam Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV berkata, “Meskipun berdepan dengan cabaran pandemik yang berterusan dan cuaca kering, saya gembira melaporkan FGV berjaya mencatatkan keuntungan operasi yang lebih kukuh. FGV kekal berdaya tahan sepanjang tempoh mencabar seperti yang diterjemahkan menerusi peningkatan ketara keputusan kewangan kami bagi suku tahun ini.”

Keuntungan operasi bagi segmen Huluan di bawah Sektor Perladangan pula meningkat kepada RM247 juta bagi S2 TK2021 berbanding RM106 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya disokong oleh peningkatan margin produk sawit, meskipun terdapat peningkatan kos MSM ke pintu kilang.

Di peringkat operasi huluan, pengeluaran Buah Tandan Segar (BTS) serta hasil berkurang kepada 11% berbanding suku tahun sebelumnya masing-masing kepada 1.06 juta MT dan 4.18 MT per hektar yang disebabkan oleh pengeluaran BTS yang rendah dari kategori pokok kelapa sawit muda, matang dan tua, selain mengalami kekurangan buruh penuai mahir.

Pengeluaran MSM juga merosot 14 peratus y-o-y kepada 0.70 juta MT disebabkan oleh BTS siap diproses yang rendah terutamanya daripada pihak luar. Bagaimanapun, Kadar Perahan Minyak (OER) meningkat sedikit kepada 20.16% berbanding 20.02% pada tahun sebelumnya yang didorong oleh peningkatan prestasi kilang menerusi kawalan proses yang ketat.

Segmen Hiliran FGV di bawah Sektor Perladangan pula menyaksikan peningkatan 21% dengan keuntungan operasi lebih baik sebanyak RM29 juta berbanding RM24 juta pada suku sama tahun sebelumnya, yang disebabkan oleh margin lebih tinggi direalisasikan sebanyak 64% dalam jualan minyak isirung sawit mentah (CPKO).

Sektor Gula di bawah anak syarikat milikan penuh FGV sebanyak 51%, MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) pula meneruskan momentum positif dengan mencatatkan RM23 juta PBZT dengan pendapatan sebanyak RM554 juta bagi suku yang dikaji, peningkatan ketara berbanding LBZT sebanyak RM27 juta dengan pendapatan sebanyak RM447 juta yang dicatatkan pada S2 TK2020.

“Prestasi ini didorong oleh margin keuntungan kasar yang lebih tinggi dicatatkan iaitu 8% hasil dari peningkatan jumlah jualan keseluruhan sebanyak 12% yang disebabkan oleh pengurangan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) berbanding PKP 1.0 pada Mac tahun lepas,” tambah Mohd Nazrul.

Di samping itu, Sektor Logistik dan Perniagaan Sokongan FGV turut merekodkan PBZT yang sama sebanyak RM22 juta pada S2 TK2021 dengan sebahagian besarnya disumbang oleh segmen perniagaan pukal yang mencatat pertumbuhan sebanyak 11% y-o-y kesan dari peningkatan 3% jumlah keseluruhan kendalian serta pukal. Walau bagaimanapun, segmen perniagaan pengangkutan mencatat PBZT yang lebih rendah sebanyak 50% kepada RM2 juta pada S2 TK2021 berbanding RM4 juta pada tempoh yang sama tahun lalu kerana kenaikan kos operasi berubah sebanyak 19%, walaupun terdapat peningkatan jumlah tan yang dibawa dan kadar pengangkutan purata masing-masing sebanyak 1% dan 11%.

Walau bagaimanapun, segmen perniagaan pengangkutan mencatat PBZT yang lebih rendah sebanyak 50% kepada RM2 juta pada S2 TK2021 berbanding RM4 juta pada tempoh yang sama tahun lalu kerana kenaikan kos operasi berubah sebanyak 19%, walaupun terdapat peningkatan jumlah tan yang dibawa dan kadar pengangkutan purata masing-masing sebanyak 1% dan 11%.

Menuju ke hadapan

Pandemik, varian terbaharu Delta dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berterusan terus memberikan kesan terhadap industri minyak sawit Malaysia secara keseluruhan. Bagi membendung kesan COVID-19 terutama di operasi perladangannya, FGV mempercepatkan perlaksanaan program vaksinasi ke atas semua pekerja sebagai sebahagian daripada usaha mengurangi risiko jangkitan di lokasi operasi.

“Kami kini di peringkat akhir mendapatkan bekalan vaksin dan akan memulakan program vaksinasi tersebut pada minggu pertama September 2021,” kata Mohd Nazrul.

Selain itu, pada 16 Ogos 2021 salah sebuah sektor teras FGV iaitu FGV Integrated Farming Sdn Bhd (FGVIF) telah memeterai Memorandum Kerjasama (MoC) bersama dengan FELCRA Berhad dan Baladna Food Industries (BALADNA), yang merupakan pengeluar makanan dan tenusu tempatan terbesar di Qatar, untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan serta teknikal secara menyeluruh terhadap potensi peluang pelaburan bersama dalam perniagaan ladang tenusu bersepadu di Chuping, Perlis.

Bidang kerjasama permulaan yang berpotensi termasuk menggandakan pengeluaran semasa susu segar Malaysia dalam tempoh dua tahun serta mewujudkan sebuah ladang bagi sepuluh ribu lembu susu dengan pengeluaran tahunan sebanyak 100 juta liter setahun. Antara bidang berpotensi lain termasuk menggunakan tanah pertanian Malaysia bagi menghasilkan sebahagian besar makanan haiwan yang diperlukan untuk ladang tenusu, selain memanfaatkan ladang usahasama sebagai hab yang menyokong ladang-ladang kecil luar bandar dalam membangunkan ladang kecil penggemukan lembu serta ladang makanan haiwan menjelang 2024.

Tamat

Find