30 November 2021

FGV registered a significant jump in profit before tax (PBT) of RM1.02 billion for the Group’s nine-month period ended 30 September 2021 (9M FY2021), compared to RM27 million in the same period last year

KUALA LUMPUR, 30 November 2021 – FGV Holdings Berhad (FGV) registered a significant jump in profit before tax (PBT) of RM1.02 billion for the Group’s nine-month period ended 30 September 2021 (9M FY2021), compared to RM27 million in the same period last year.

The Group’s revenue rose 33 percent year-on-year (y-o-y) to RM13.39 billion, while operating profit also increased nearly three times to RM1.16 billion y-o-y in 9M FY2021.

Mohd Nazrul Izam Mansor, FGV’s Group Chief Executive Officer said, “I am pleased to report that the Group’s improved operating performance for 9M FY2021 is fuelled by higher palm products’ margins due to higher crude palm oil (CPO) price realised, higher gross profit margin for our Sugar Sector and higher throughput volume and handling charges for our Logistics Sector.”

Overall, for the Group’s three-month period ended 30 September 2021 (3Q FY2021), FGV recorded the highest quarterly operating profit since listing at RM636 million compared to RM322 million in the previous corresponding quarter.

FGV’s Plantation Sector, the Group’s business mainstay which makes up the majority of its businesses saw a positive performance in 3Q FY2021 with a total operating profit of RM585 million against RM4.68 billion in revenue, an increase by 56 percent and 41 percent respectively driven by higher CPO price and improved fertiliser volume.

The operating profit for FGV’s upstream segment under the Plantation Sector rose to RM548 million for the quarter under review, increased by 54 percent compared to RM356 million from the same quarter last year. The performance is attributed by higher palm products margins gained from higher average CPO price of RM3,798 per metric tonnes (MT).

However, in the upstream operational parameters, FGV reported a 17 percent decline in both its fresh fruit bunches (FFB) production and yield of 1.12 million MT and 4.43 MT/Ha respectively in 3Q FY2021 compared to the same quarter last year. This resulted from shortage of foreign workers and the movement control order (MCO)-related closure.

Meanwhile, the Group’s CPO production decreased by 14 percent y-o-y to 0.74 million MT for the quarter under review, due to lower FFB processed. Oil extraction rate (OER) however, improved slightly by 2 percent to 20.74 percent in 3Q FY2021 versus 20.35 percent in the previous corresponding quarter, attributed to improved mills performance from stringent process control.

The lower FFB processed in 3Q FY2021 had resulted in higher processing cost, contributing to the rise in CPO cost ex-mill by 16 percent to RM1,646/MT compared to RM1,422/MT in 3Q FY2020. The utilisation factor (UF) decreased to 71 percent in the quarter under review versus 84 percent in the same period last year, a decrease by 15 percent due to lower FFB received and mandatory shutdown of selected mills during MCO.

In addition, the Group’s Sugar Sector under its 51 percent owned public-listed subsidiary, MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM Group) continued its strong momentum by recording a surge in operating profit of RM36 million for the quarter under review versus operating loss of RM6 million in 3Q FY2020 following improved average sugar selling prices and gains of liquidation of excess raw sugar hedges.

FGV also saw its Logistics Sector recorded a higher operating profit of RM25 million in 3Q FY2021, a 25 percent rise compared to RM20 million in the previous corresponding quarter. This is attributable to higher average handling rate and increase in total throughput for the Sector.

Going forward

“Despite the prolonged acute labour shortage issue and COVID-19 pandemic related operational disruption which continues to affect the Group’s productivity, we expect the situation to turnaround starting from 2Q FY2022. This is in view of the recent announcement by the Government to bring in 32,000 foreign workers into the country which will boost labour coverage at our plantations which currently stands at only 70 percent of our total requirement,” said Mohd Nazrul.

“In relation to that, FGV’s extensive vaccination programme for our foreign workers nationwide is also on track. We expect to achieve 100 percent completion of two doses for all workers very soon in ensuring a safe working environment at our plantations,” he added.

“Moving forward, in line with our commitment to becoming a net-zero business by 2050, we are embarking on a group-wide climate action plan across our operations to fight climate change. As such, we have developed an integrated climate action plan based on six key strategic factors: climate governance and risk management, carbon management, operational efficiency, waste management, water management, and climate awareness,” said Mohd Nazrul.

FGV is Malaysia’s first food and agribusiness company to formalise the commitment by signing the United Nations (UN)-backed Science Based Target initiative (SBTi) Business Ambition for 1.5°C pledge, which calls for limiting global warming to 1.5°C.

“Through this commitment, we will be adopting science-based targets as our carbon management. Although this is the minimum target that we are committed to, we are finalising our comprehensive Greenhouse Gas (GHG) Inventory in setting up an ambitious reduction target for the Group,” continued Mohd Nazrul.

END

FGV mencatatkan lonjakan ketara keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM1.02 bilion untuk tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2021 (9B TK2021), berbanding RM27 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas

KUALA LUMPUR, 30 November 2021 – FGV Holdings Berhad (FGV) mencatatkan lonjakan ketara keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM1.02 bilion untuk tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2021 (9B TK2021), berbanding RM27 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Pendapatan Kumpulan meningkat 33 peratus tahun ke tahun (y-o-y) kepada RM13.39 bilion, manakala keuntungan operasi juga meningkat hampir tiga kali ganda kepada RM1.16 bilion tahun ke tahun pada 9B TK2021.

Mohd Nazrul Izam Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV berkata, “Saya berbesar hati melaporkan bahawa peningkatan prestasi operasi Kumpulan bagi 9B TK2021 adalah didorong oleh margin produk sawit yang lebih tinggi berikutan harga minyak sawit mentah (MSM) yang lebih tinggi, margin keuntungan kasar yang lebih tinggi untuk Sektor Gula, serta jumlah pemprosesan dan caj pengendalian yang lebih tinggi untuk Sektor Logistik kami.”

Secara keseluruhan, bagi tempoh tiga bulan berakhir 30 September 2021 (S3 TK2021), FGV mencatatkan keuntungan operasi suku tahunan tertinggi sejak penyenaraian syarikat sebanyak RM636 juta berbanding RM322 juta pada suku yang sama sebelumnya.

Sektor Perladangan FGV, perniagaan utama Kumpulan yang membentuk majoriti perniagaannya menyaksikan prestasi positif pada S3 TK2021 dengan jumlah keuntungan operasi sebanyak RM585 juta dengan pendapatan sebanyak RM4.68 bilion, masing-masing meningkat sebanyak 56 peratus dan 41 peratus didorong oleh harga MSM yang lebih tinggi dan jumlah baja yang lebih baik.

Keuntungan operasi bagi segmen huluan FGV di bawah Sektor Perladangan meningkat kepada RM548 juta bagi suku yang dikaji, kenaikan 54 peratus berbanding RM356 juta pada suku yang sama tahun lepas. Prestasi ini disumbangkan oleh margin produk sawit yang lebih tinggi berikutan harga purata MSM yang lebih tinggi iaitu RM3,798 setiap tan metrik (MT).

Walau bagaimanapun, di peringkat operasi huluan, FGV melaporkan penurunan 17 peratus bagi pengeluaran tandan buah segar (TBS) dan hasil masing-masing kepada 1.12 juta MT dan 4.43 MT/Ha pada S3 TK2021 berbanding suku yang sama tahun lepas. Ini berpunca daripada kekurangan pekerja asing dan penutupan operasi akibat perintah kawalan pergerakan (PKP).

Sementara itu, pengeluaran MSM Kumpulan menurun sebanyak 14 peratus tahun ke tahun kepada 0.74 juta MT bagi suku yang dikaji, berikutan penurunan TBS yang diproses. Kadar perahan minyak (OER) bagaimanapun, meningkat sedikit iaitu sebanyak 2 peratus kepada 20.74 peratus pada S3 TK2021 berbanding 20.35 peratus pada suku yang sama sebelumnya, disumbangkan oleh peningkatan prestasi kilang disumbang oleh kawalan proses yang ketat.

TBS diproses yang lebih rendah pada S3 TK2021 telah menyebabkan kos pemprosesan menjadi lebih tinggi dan menyumbang kepada kenaikan kos MSM ke pintu kilang sebanyak 16 peratus kepada RM1,646/MT berbanding RM1,422/MT pada S3 TK2020. Faktor penggunaan (UF) menurun kepada 71 peratus pada suku yang dikaji berbanding 84 peratus pada tempoh yang sama tahun lepas, iaitu penurunan sebanyak 15 peratus disebabkan penerimaan TBS yang lebih rendah dan penutupan mandatori kilang tertentu semasa PKP.

Selain itu, Sektor Gula di bawah anak syarikat tersenarai awam 51 peratus milikan FGV, MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM Group) meneruskan momentum kukuhnya dengan mencatatkan lonjakan keuntungan operasi sebanyak RM36 juta bagi suku yang dikaji berbanding kerugian operasi sebanyak RM6 juta pada S3 TK2020 berikutan peningkatan purata harga jualan gula dan keuntungan pembubaran lebihan lindung nilai gula mentah.

FGV juga menyaksikan Sektor Logistiknya mencatatkan keuntungan operasi yang lebih tinggi sebanyak RM25 juta pada S3 TK2021, peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding RM20 juta pada suku yang sama sebelumnya. Ini disebabkan oleh kadar pengendalian purata yang lebih tinggi dan peningkatan dalam jumlah keseluruhan kendalian bagi Sektor tersebut.

Maju Kehadapan

“Walaupun isu kekurangan buruh yang berpanjangan dan gangguan operasi akibat pandemik COVID-19 yang terus menjejaskan produktiviti Kumpulan, kami menjangkakan keadaan akan pulih bermula dari S2 TK2022. Ini berikutan pengumuman oleh Kerajaan baru-baru ini untuk membawa masuk 32,000 pekerja asing ke negara ini yang akan meningkatkan liputan buruh di ladang kami yang kini hanya 70 peratus daripada jumlah keseluruhan keperluan syarikat,” kata Mohd Nazrul.

“Sehubungan dengan itu, program vaksinasi FGV yang diperluas untuk pekerja asing kami di seluruh negara juga berjalan dengan lancar. Kami menjangkakan untuk mencapai 100 peratus dua dos lengkap untuk semua pekerja tidak lama lagi bagi memastikan persekitaran kerja yang selamat di ladang-ladang kami,” tambah beliau.

“Melangkah ke hadapan, selaras dengan komitmen kami untuk menjadi syarikat sifar bersih menjelang 2050, kami sedang memulakan pelan tindakan perubahan iklim bagi keseluruhan Kumpulan di seluruh operasi kami bagi menangani perubahan iklim. Oleh itu, kami telah membangunkan pelan tindakan perubahan iklim bersepadu berdasarkan enam faktor strategik utama: pengurusan risiko dan tadbir urus iklim, pengurusan karbon, kecekapan operasi, pengurusan bahan buangan, pengurusan air dan kesedaran tentang perubahan iklim,” kata Mohd Nazrul.

FGV merupakan syarikat makanan dan perladangan pertama di Malaysia yang memformalkan komitmen tersebut dengan menandatangani ikrar Business Ambition for 1.5°C yang diterajui oleh SBTi. Ikrar ini turut disokong oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai usaha utama untuk mengehadkan pemanasan global pada paras 1.5°C.

“Melalui komitmen ini, kami akan mengguna pakai sasaran berpandukan sains sebagai pengurusan karbon kami. Walaupun kami memberikan komitmen kepada sasaran minimum ini, kami juga sedang memuktamadkan Inventori Gas Rumah Hijau (GHG) yang komprehensif dalam menetapkan sasaran pengurangan pelepasan untuk Kumpulan,” sambung Mohd Nazrul.

TAMAT

Find