9 August 2022

SERDANG, 9 August – FGV Holdings Berhad (FGV) via its wholly-owned subsidiary, FGV Integrated Farming Sdn Bhd (FGVIF) launched its high-quality native chicken feed brand, ALMA as part of FGV’s initiatives in responding to the government’s call and contributing towards the National Food Security agenda and National Agrofood Policy 2.0, on Monday. 

The launching ceremony was held at the Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism 2022 Exhibition (MAHA 2022) in Serdang, officiated by YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Minister in the Prime Minister’s Department (Economy).

FGV collaborates with Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) to produce a new formulation of chicken feed that uses by-products from local paddy and rice factories. This is in line with the “waste to wealth” initiative which has been practised by BERNAS.

This initiative is expected to reduce approximately 10 percent of production cost due to substitution of imported grain corn components. A total of 30,000 metric tons per year of by-product materials will be used to produce ALMA native chicken feed.


YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Minister at Prime Minister’s Department (Economy) (fourth from left) together with YB Datuk Sri Norol Azali Sulaiman, ADUN Guai and YB Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh, Deputy Minister of Agriculture and Food Industries (MAFI) today launched FGV ALMA-BERNAS native chicken feed and Ladang’57 fresh native chicken product with AEON BiG.

With the production of nutritious native chicken feed, Malaysia will be able to reduce its dependency on imported chicken feed and ultimately, ensure product availability at a reduced price. 

Dato’ Haris Fadzilah Hassan, Group Managing Director of BERNAS said, “The collaboration with FGVIF into animal feed is our contribution towards addressing the nation’s food security and to add value to our by-products from paddy processing. Working together, we aim to offer high-quality animal feed at affordable prices to ensure the cost of chicken and meat are within reasonable levels.”

Besides native chicken feed, FGV previously launched a range of ALMA animal feed products for beef, dairy cattle, goat and sheep.

Malaysia currently produces approximately 8 million heads of native chicken annually and almost 10 percent of the production is exported to Singapore while the rest is distributed mainly in Kuala Lumpur, Ipoh and Penang. The feed supply potential for this industry is expected to reach 32,000 metric tonnes per year.

To boost the supply and ensure the availability of the native chicken supply in the market, FGV has been proactively leading the Projek Pembangunan Peneroka (PPP) under the Federal Land Development Authority (FELDA) and Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) under the contract farming arrangement.

In conjunction with the launch, FGV also announced its fresh native chicken product, marketed under the brand Ladang’57, that will be available at AEON BiG hypermarkets nationwide. AEON BiG is one of FGV’s marketing and distribution partners that helps to make the National Food Security agenda a success.

According to En. Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Managing Director of AEON BiG (M) Sdn. Bhd, “AEON is honoured to participate in this strategic collaboration by FGVIF and FELDA PPP. This will allow more opportunities for local farmers in participating towards elevating the national economy. This cooperation is aligned with AEON BiG’s goal to help local farmers to market their products, at the same time we can ensure basic necessities such as fresh chicken can be supplied to consumers.”  

Dato’ Mohd Nazrul Izam Mansor, Group Chief Executive Officer of FGV said, “These partnerships are aligned with our vision to become one of the world’s leading integrated and sustainable agribusinesses. The collaboration will further expand our animal feed and poultry businesses.”

FGV, BERNAS, FELDA and AEON BiG as the players of this synergistic collaboration aspire to help strengthen the National Food Security Agenda by supporting the local animal feed industry to remain self-sufficient and to become more sustainable in the future.

ENDS

SERDANG, 9 Ogos – FGV Holdings Berhad (FGV) melalui anak syarikatnya, FGV Integrated Farming Sdn Bhd (FGVIF) hari ini melancarkan makanan ternakan ayam kampung di bawah jenama ALMA yang merupakan sebahagian daripada usaha FGV dalam menyahut seruan kerajaan serta meyumbang kepada agenda Sekuriti Makanan Negara dan Dasar Agromakanan Negara (NAP 2.0), Isnin lalu. 

Majlis pelancaran diadakan di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia 2022 (MAHA 2022) di Serdang, disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).

FGV berkerjasama dengan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) untuk menghasilkan formulasi baharu makanan ternakan ayam kampung yang diperbuat daripada produk sampingan daripada kilang pemprosesan padi dan beras. Langkah ini sejajar dengan inisiatif “waste to wealth” yang dijalankan oleh BERNAS.

Inisiatif ini dijangka akan mengurangkan sebanyak 10 peratus kos pengeluaran dengan menggantikan komponen bijirin jagung yang diimport. Produk sampingan sebanyak 30,000 metrik tan setahun ini akan digunakan khusus untuk menghasilkan makanan ternakan ayam kampung ALMA.


YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) (empat dari kiri) bersama YB Datuk Sri Norol Azali Sulaiman, ADUN Guai dan YB Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) hari ini melancarkan makanan ternakan ayam kampung FGV ALMA-BERNAS dan pemasaran ayam kampung segar Ladang’57 di AEON BiG.

Dengan pengeluaran makanan ternakan ayam kampung berkhasiat ini, negara akan dapat mengurangkan kebergantungan import makanan ternakan ayam, seterusnya memastikan ketersediaan produk dan dijual pada kadar yang lebih rendah.

Dato’ Haris Fadzilah Hassan, Pengarah Urusan Kumpulan BERNAS berkata, “Kerjasama dengan FGVIF dalam pengeluaran makanan haiwan ini adalah sumbangan kami ke arah menangani isu keselamatan makanan negara dan menambah nilai kepada produk sampingan, hasil pemprosesan padi. Dengan kerjasama ini juga, kami menyasarkan untuk menawarkan makanan ternakan berkualiti tinggi pada harga berpatutan untuk memastikan harga ayam dan daging lembu dijual pada kadar berpatutan.”

Selain makanan ternakan ayam kampung, FGV sebelum ini melancarkan rangkaian produk makanan haiwan ALMA untuk daging lembu, lembu tenusu, kambing dan biri-biri.

Ketika ini, Malaysia mengeluarkan kira-kira 8 juta ekor ayam kampung setiap tahun dan hampir 10 peratus daripada pengeluaran itu dieksport ke Singapura, manakala selebihnya diedarkan di Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang. Potensi bekalan makanan ternakan untuk industri ini dijangka mencapai sebanyak 32,000 tan metrik setahun.

Bagi meningkatkan bekalan dan memastikan ketersediaan bekalan ayam kampung di pasaran, FGV secara proaktif telah menerajui Projek Pembangunan Peneroka (PPP) di bawah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)  dan Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) di bawah pengurusan pertanian kontrak (contract farming).

Bersempena majlis pelancaran, FGV turut mengumumkan produk ayam kampung segar yang dipasarkan di bawah jenama Ladang’57 dan boleh didapati di pasaraya besar AEON BiG seluruh negara. AEON BiG merupakan salah satu rakan pemasaran dan pengedaran yang membantu FGV menjayakan agenda Keselamatan Makanan Negara.

Menurut Encik Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Pengarah Urusan AEON BiG (M) Sdn. Bhd, “AEON berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada kerjasama strategik bersama FGVIF dan PPP FELDA. Ini akan memberikan lebih banyak peluang kepada penternak tempatan untuk mengambil bahagian ke arah memartabatkan ekonomi negara. Kerjasama ini sejajar dengan matlamat AEON BiG untuk membantu penternak tempatan memasarkan produk mereka dan pada masa yang sama kami dapat memastikan keperluan asas seperti ayam segar dapat dibekalkan kepada pengguna.”

Dato’ Mohd Nazrul Izam Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV berkata, “Usahasama ini sejajar dengan visi kami untuk menjadi antara syarikat perniagaan tani bersepadu terkemuka dan mampan di dunia. Kerjasama ini akan mengembangkan lagi segmen perniagaan makanan ternakan dan ternakan ayam kami.”

Dengan kerjasama strategik ini, FGV, BERNAS, FELDA dan AEON BiG sebagai pemain industri makanan berhasrat untuk membantu mengukuhkan agenda Sekuriti Makanan Negara dengan menyokong industri haiwan ternakan tempatan untuk kekal mencukupi dan mampan pada masa depan.

TAMAT

Find