13 October 2021

Fortified Field™ Fragrant Rice (3FR) programme proves effective for local fragrant rice paddy cultivation

KUALA LUMPUR, 13 October 2021 – FGV Holdings Berhad (FGV), Malaysia’s food and agribusiness company, is poised to invigorate the country’s local fragrant rice market through its subsidiary, FGV Integrated Farming Holdings Sdn Bhd (FGVIF).  

This is evident through the successful implementation of FGVIF’s Fortified Field™ Fragrant Rice (3FR) programme which optimises local fragrant rice paddy farming through smart and effective agriculture practices and technologies.

The use of T20 drone technology in the fields further accelerates the fertilising process as well as pest and disease control by farmers

Mohd Nazrul Izam Mansor, FGV’s Group Chief Executive Officer said, the Group is targeting a 3.5 percent share of the local fragrant rice market by the end of 2025, under FGV’s household brand SAJI. 

“FGV is committed to increasing the Self-Sufficiency Level (SSL) of rice in Malaysia, and this is made possible through FGV’s 3FR programme which is in support of the Large-Scale Smart Paddy Field Programme (Smart SBB) initiated by the Ministry of Agriculture and Food Industry (MAFI). Smart SBB is expected to help the country achieve 75 percent of the SSL of rice, as set in the 12th Malaysia Plan (RMK12),” he said.

“Our goal is for FGV’s SAJI fragrant rice to be the choice of Malaysians and the world, in the future. With FGV’s internal capabilities, resources and application of various technologies, the local fragrant rice produced is of high quality and comparable to imported rice from Thailand. Moving forward, FGV plans to expand to 10,000 hectares of fragrant paddy farming area in the next five years,” continued Mohd Nazrul.

The 3FR programme combines FGV’s expertise in enhanced field performance through Agriculture 4.0 and precision farming which are economical and sustainable. This includes mechanisation, utilising drones, use of Internet of Things (IoT) technology in farming applications, field sensors, pest and disease control, and automated transplanting machines. All by-products from the fragrant paddy farms and rice mills such as rice bran and rice husks are not wasted, and are used as components in FGV’s animal feed brand ALMA.

The use of Kubota SPV8 for automatic rice cultivation is among the mechanisation technologies used by FGVIF in the SMART SBB programme in IADA Barat Laut, Selangor and in IADA Seberang Perak, Perak

“Our 3FR programme is fast becoming the preferred planting system among farmers. To assist in increasing their fragrant paddy yield, FGV provides continuous support and guidance, as well as standard operating procedures (SOP) to inspect and monitor crops on a scheduled basis. We are also actively promoting the cultivation of MRQ76 fragrant paddy seeds produced by the Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI) among our contract farmers,” explained Mohd Nazrul.

“With the economy in recovery mode, now is the time for us to ‘buy local’. When consumers purchase our fragrant rice, they are directly supporting the livelihoods of local farmers. In addition to that, farmers who grow our fragrant rice will also be able to significantly increase their income. A single fragrant paddy crop offers a return of RM1,540 per metric tonne, compared to ordinary paddy sold at RM1,200 per metric tonne,” he continued.

Marketing efforts undertaken include strengthening consumer awareness through e-commerce platform Gogopasar, as well as collaborating with relevant food industry players. To further enhance consumer access to the local supply of fragrant rice, FGV has intensified the recruitment of sales agents throughout the country as well as increase the capacity of its marketing team.

Currently, FGV’s 3FR programme is implemented in 500 hectares of granary fields in the Integrated Agricultural Development Area (IADA) Barat Laut in Selangor, and 100 hectares in IADA Seberang Perak, Perak together with 260 appointed local contract farmers.

End

Program Beras Wangi Fortified Field™ (3FR) bukti keberkesanan tanaman padi wangi tempatan

KUALA LUMPUR, 13 Oktober 2021 – FGV Holdings Berhad (FGV), syarikat perniagaan agri dan makanan negara bersedia merancakkan pasaran beras wangi tempatan menerusi anak syarikatnya FGV Integrated Farming Holdings Sdn Bhd (FGVIF).

Ini dibuktikan menerusi kejayaan pelaksanaan program Beras Wangi Fortified Field™ (3FR) FGVIF yang berupaya mengoptimumkan penanaman padi wangi tempatan melalui amalan dan teknologi pertanian pintar serta berkesan.

Penggunaan teknologi dron T20 di sawah mampu mempercepatkan proses membaja serta kawalan makhluk perosak dan penyakit oleh petani

Mohd Nazrul Izam Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV berkata, Kumpulan menyasar 3.5 peratus penguasaan beras wangi tempatan pada akhir 2025 di bawah jenama unggul FGV, SAJI.

“FGV komited untuk meningkatkan Tahap Sara Diri (SSL) industri beras di Malaysia dan ianya dapat dilakukan menerusi program 3FR FGV yang menyokong program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB), yang dimulakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI). SMART SBB dijangka dapat membantu negara mencapai 75 peratus tahap SSL beras seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12),” kata beliau.

“Matlamat kami ialah supaya beras wangi SAJI FGV menjadi pilihan rakyat Malaysia dan dunia pada masa akan datang. Dengan kemampuan dalaman, sumber daya dan pelbagai aplikasi teknologi FGV, beras wangi tempatan yang dihasilkan berkualiti tinggi dan setanding dengan beras import dari Thailand. Melangkah ke hadapan, FGV merancang untuk mengembangkan lagi kawasan penanaman padi wangi kepada 10,000 hektar dalam tempoh lima tahun akan datang,” sambung Mohd Nazrul.

Program 3FR ini menggabungkan kepakaran FGV dalam peningkatan prestasi sawah menerusi Pertanian 4.0 dan ketepatan perladangan yang menjimatkan dan lestari. Ini termasuk menerapkan penggunaan teknologi dalam perladangan seperti mekanisasi, dron, Internet Kebendaan (IoT), sensor sawah, kawalan makhluk perosak dan penyakit, serta mesin penanaman padi automatik.

Semua produk sampingan yang terhasil dari perladangan sawah padi dan kilang beras wangi seperti dedak dan sekam padi tidak dibazirkan, dan digunakan sebagai komponen dalam makanan ternakan FGV di bawah jenama ALMA.

Penggunaan Kubota SPV8 bagi penanaman padi secara automatik antara teknologi mekanisasi yang digunakan FGVIF dalam program SMART SBB di IADA Barat Laut, Selangor dan IADA di Seberang Perak, Perak

“Program 3FR ini dengan pantasnya menjadi sistem tanaman pilihan para petani. Bagi membantu meningkatkan hasil padi, FGV menyediakan bantuan sokongan dan bimbingan berterusan kepada mereka di samping menyediakan prosedur operasi standard (SOP) bagi memeriksa dan memantau tanaman secara berjadual.”

“Kami juga aktif dalam mempromosikan penanaman benih padi wangi MRQ76 yang dihasilkan oleh Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) dalam kalangan petani kontrak FGV,” jelas Mohd Nazrul.

“Memandangkan ekonomi negara kini dalam fasa pemulihan, inilah masanya untuk kita ‘membeli barangan tempatan’. Apabila pengguna membeli beras wangi kami, mereka secara lansung membantu kehidupan para petani tempatan. Selain itu, petani yang menanam padi wangi ini turut berpeluang meningkatkan pendapatan mereka. Setiap tuaian tanaman padi wangi menawarkan pulangan sehingga RM1,540 setiap tan metrik (MT), berbanding RM1,200 setiap MT bagi jualan beras biasa,” sambung beliau lagi.

Usaha pemasaran yang sedang dijalankan termasuk mengukuhkan kesedaran pengguna menerusi pelantar e-dagang iaitu Gogopasar, selain bekerjasama dengan pemain industri makanan yang berkaitan. Bagi meningkatkan lagi capaian pengguna terhadap bekalan beras wangi tempatan, FGV telah menggiatkan lagi pengambilan agen jualan di seluruh negara di samping meningkatkan kapasiti pasukan pemasarannya.

Ketika ini, program 3FR FGV sedang dilaksanakan di sawah jelapang berkeluasan 500 hektar di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut di Selangor, dan 100 hektar di IADA Seberang Perak, Perak bersama 260 orang petani kontrak tempatan yang dilantik.

Tamat

 

Find