KUALA LUMPUR, 28 May 2025 – FGV Holdings Berhad (FGV) posted a Profit Before Tax (PBT) of RM83 million for the first quarter ended 31 March 2025 (1Q FY2025), a significant increase from RM50 million recorded in the same quarter last year.
The Group’s revenue rose 11 percent to RM5.04 billion, compared to RM4.54 billion in 1Q FY2024, while Profit After Tax & Minority Interests (PATAMI) was recorded at RM36 million, up from RM13 million loss, driven by the stronger performance of the Plantation Division.
Operating Profit (before fair value changes in Land Lease Agreement (LLA) and impairment) increased 30 percent to RM214 million from RM164 million in the previous corresponding financial period.
The Plantation Division remained the main contributor, supported by a 6 percent improvement in fresh fruit bunch (FFB) yield and a 24 percent increase in FFB price. Meanwhile, the average CPO price registered was higher, reaching RM4,784 per metric tonnes (MT).
The Logistics and Support Division also performed steadily, with a 2 percent increase in bulking throughput and stronger contributions from the IT segment. Meanwhile, the Consumer Product (CP) Division narrowed its losses, supported by improved margins in packed products and higher sales from the Integrated Farming (IF) segment.
However, overall Group performance was partially offset by the Sugar Division, which faced lower Average Selling Price (ASP). The Oils and Fats Division was also impacted by weaker demand and lower oil margins in the bulk commodities segment.
“We are encouraged by the improved 1Q FY2025 results, particularly the consistent performance of our Plantation Division. A steady growth compared to same quarter last year, reflects the resilience of our operations and the positive impacts of our ongoing agronomic improvements. While challenges persist across several business segments, we are focused on driving operational efficiency, unlocking value from underperforming assets, and further enhancing integration across the Group to ensure long-term, sustainable growth across our Plantation, Oils and Fats, Sugar, Logistics and Support and the Consumer Products Divisions,” said Fakhrunniam Othman, Group Chief Executive Officer of FGV.
Fakhrunniam Othman, Group Chief Executive Officer of FGV Holdings Berhad.
Plantation Division 1Q FY2025
The Plantation Division posted a strong turnaround in 1Q FY2025, recording a profit of RM50.67 million compared to a loss of RM62.14 million in the same quarter last year. The improvement was driven by a 5 percent increase in FFB production to 0.77 million MT, resulting in a higher FFB yield of 3.05 MT per hectare.
Out of the 2.59 million MT of total FFB received, 0.76 million MT (29 percent) were produced internally, 1.07 million MT (42 percent) were sourced from FELDA settlers, and 0.75 million MT (29 percent) were received from third parties.
The Division also benefited from a 24 percent increase in FFB price, which reached to RM974 per MT. However, the oil extraction rate (OER) declined to 19.94 percent, compared to 20.59 percent in the corresponding quarter last year.
The Division’s performance was further supported by stronger contributions from the R&D segment, particularly the fertiliser business, which recorded stronger margins and higher sales volume. These gains were partially offset by a higher fair value charge on the LLA, which increased to RM115.91 million from RM86.04 million in the same period last year.
The Plantation Division remained the main contributor, and was further supported by stronger contributions from the R&D segment, particularly the fertiliser business.
Oils and Fats Division 1Q FY2025
The Oils & Fats Division reported a loss of RM11.57 million primarily due to a lower margin in the bulk commodities segment and reduced processed palm oil (PPO) delivery volumes.
However, the overall performance was partially cushioned by stronger contributions from the chemicals and edible oils segment, which registered improved margins despite lower sales volume. The Division also recorded a notable increase in share of results from joint ventures, rising to RM15.37 million from RM3.23 million in the corresponding quarter.
The Plantation Division remained the main contributor, and was further supported by stronger contributions from the R&D segment, particularly the fertiliser business.
Logistics and Support Division 1Q FY2025
The division recorded a slightly lower profit of RM32.47 million, primarily attributed to a reduced profit by 10 percent in the Logistic segment, driven by a lower tonnage handled. However, this was partially offset by higher profit from the IT segment in the current quarter.
Sugar Division 1Q FY2025
The Sugar Division posted a profit of RM11.46 million, compared to RM67.17 million in the corresponding quarter of the previous year. The decline was mainly due to reduced margin achieved, lower sales volume and decreased capacity utilisation, despite a reduction in production costs.
Consumer Products Division 1Q FY2025
The Consumer Products Division narrowed its losses to RM6.09 million from RM8.75 million in the corresponding quarter of the previous year, supported by better margins in the Consumer Products segment. The Integrated Farming and Dairy segments also reported lower losses, despite higher sales volume and increased advertising and promotional expenses.
Going Forward
Looking ahead, CPO prices are expected to ease from the current level of approximately RM4,700 per MT to around RM4,000 per MT in the coming months, as supply improves with favourable weather, seasonally higher cropping cycles, and the absence of festive-related demand.
FGV remains firmly focused on strengthening operational efficiency and optimising costs in line with its 2025 performance targets. In the near term, the Group will continue enhancing yields, extracting greater value from existing assets and expanding its footprint in the domestic consumer market. Over the longer term, FGV is advancing portfolio diversification through high-value fast-moving consumer goods (FMCG) and international market penetration.
“Our core priority is to deliver sustainable shareholder value while navigating a complex external environment. Global headwinds including rising trade tensions, the introduction of new tariffs, and slower-than-expected biodiesel demand may weigh on commodity sentiment. However, FGV’s diversified operations, strong plantation fundamentals and commitment to integrated value creation position us well to withstand volatility and unlock long-term growth. Those aspirations can only be achieved with our continuous commitments to good governance, responsible business practices and embracing our sustainability agenda in whatever that we do; not to forget our social obligation to the economic well-being of FELDA settlers and smallholders as 70 percent of our FFB are sourced from them,” said Fakhrunniam.
ENDS
KUALA LUMPUR, 28 Mei 2025 – FGV Holdings Berhad (FGV) mencatatkan Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) sebanyak RM83 juta bagi suku pertama yang berakhir pada 31 Mac 2025 (S1 TK2025), peningkatan ketara berbanding RM50 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lalu.
Pendapatan Kumpulan meningkat sebanyak 11 peratus kepada RM5.04 bilion, berbanding RM4.54 bilion pada S1 TK2024, manakala Keuntungan Selepas Cukai dan Kepentingan Minoriti (PATAMI) dicatatkan sebanyak RM36 juta, meningkat daripada kerugian RM13 juta, disebabkan oleh prestasi kukuh Bahagian Perladangan.
Keuntungan Operasi (sebelum perubahan nilai saksama dalam Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) dan susut nilai) meningkat sebanyak 30 peratus kepada RM214 juta berbanding RM164 juta dalam tempoh kewangan yang sama sebelum ini.
Bahagian Perladangan kekal sebagai penyumbang utama, disokong oleh peningkatan hasil buah tandan segar (BTS) sebanyak 6 peratus dan kenaikan harga BTS sebanyak 24 peratus. Sementara itu, purata harga minyak sawit mentah (MSM) yang dicatatkan adalah lebih tinggi, mencecah RM4,784 bagi setiap metrik tan (MT).
Bahagian Logistik dan Sokongan juga menunjukkan prestasi yang stabil, dengan peningkatan sebanyak 2 peratus dalam pengendalian pukal serta pendapatan yang lebih kukuh daripada segmen IT. Sementara itu, pengurangan kerugian bagi Bahagian Produk Pengguna (CP), adalah disebabkan oleh margin yang lebih baik dalam produk makanan berbungkus dan peningkatan jualan daripada segmen Pertanian Bersepadu (IF).
Walaupun, prestasi keseluruhan Kumpulan sedikit terjejas disebabkan oleh Bahagian Gula yang berdepan dengan penurunan Harga Jualan Purata (ASP). Bahagian Minyak dan Lelemak turut terkesan akibat pengurangan permintaan dan margin minyak yang lebih rendah dalam segmen komoditi pukal.
“Kami optimis dengan peningkatan prestasi bagi S1 TK2025, khususnya prestasi kukuh dan berterusan Bahagian Perladangan. Peningkatan pertumbuhan yang dicapai berbanding suku yang sama tahun lalu mencerminkan daya tahan operasi FGV serta kesan positif daripada usaha penambahbaikan amalan pertanian yang sedang giat dijalankan. Meskipun berhadapan cabaran dalam beberapa segmen perniagaan, keutamaan kami kekal kepada meningkatkan kecekapan operasi, mengoptimumkan nilai daripada aset yang kurang memberi pulangan, serta memperkukuhkan integrasi di seluruh segmen perniagaan Kumpulan. Ini bagi memastikan pertumbuhan jangka panjang yang terus kukuh dan optimum dalam Bahagian Perladangan, Minyak dan Lelemak, Gula, Logistik dan Sokongan serta Produk Pengguna,” kata Fakhrunniam Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV.
Fakhrunniam Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Holdings Berhad.
Bahagian Perladangan S1 TK2025
Bahagian Perladangan mencatatkan pemulihan yang kukuh pada S1 TK2025, dengan keuntungan berjumlah RM50.67 juta berbanding kerugian RM62.14 juta pada suku yang sama tahun lalu. Peningkatan ini adalah disebabkan kenaikan 5 peratus dalam pengeluaran BTS kepada 0.77 juta MT, yang menghasilkan peningkatan hasil BTS kepada 3.05 MT sehektar.
Daripada jumlah keseluruhan 2.59 juta MT BTS yang diterima, sebanyak 0.76 juta MT (29 peratus) dihasilkan di ladang-ladang FGV, 1.07 juta MT (42 peratus) diperoleh daripada peneroka FELDA, dan 0.75 juta MT (29 peratus) diterima daripada pihak ketiga.
Bahagian ini turut mendapat manfaat daripada kenaikan 24 peratus dalam harga BTS, yang mencecah RM974 setiap MT. Namun begitu, kadar perahan minyak (OER) menurun kepada 19.94 peratus, berbanding 20.59 peratus pada suku yang sama tahun lalu.
Prestasi bahagian ini turut dipacu oleh sumbangan kukuh daripada segmen R&D, khususnya perniagaan baja yang mencatatkan margin lebih tinggi serta peningkatan dalam jumlah jualan. Namun, pencapaian ini sedikit terjejas akibat caj nilai saksama yang lebih tinggi ke atas Perjanjian Pajakan Tanah (LLA), yang meningkat kepada RM115.91 juta berbanding RM86.04 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Bahagian Perladangan kekal sebagai penyumbang utama, dan disokong lagi oleh prestasi yang lebih kukuh daripada segmen R&D, khususnya dalam perniagaan baja.
Bahagian Minyak dan Lelemak S1 TK2025
Bahagian Minyak dan Lelemak mencatatkan kerugian sebanyak RM11.57 juta antaranya disebabkan oleh margin yang lebih rendah dalam segmen komoditi pukal serta penurunan dalam jumlah penghantaran minyak sawit terproses (PPO).
Namun begitu, prestasi keseluruhan sebahagiannya disokong oleh sumbangan yang lebih kukuh daripada segmen kimia dan minyak makan, yang mencatatkan margin yang lebih baik walaupun dengan jumlah jualan yang lebih rendah. Bahagian ini juga mencatatkan peningkatan ketara dalam bahagian keuntungan daripada usaha sama, meningkat kepada RM15.37 juta berbanding RM3.23 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.
Dalam jangka masa panjang, FGV memacu kepelbagaian portfolio dengan memberi tumpuan kepada barangan pengguna bergerak pantas (FMCG) bernilai tinggi serta mengembangkan kehadirannya di pasaran antarabangsa.
Bahagian Logistik dan Sokongan S1 TK2025
Bahagian ini mencatatkan keuntungan sedikit rendah dengan RM32.47 juta, yang disebabkan oleh penurunan keuntungan sebanyak 10 peratus dalam segmen Logistik, didorong oleh jumlah tan yang dikendalikan lebih rendah. Namun begitu, prestasi ini sebahagiannya diimbangi oleh peningkatan keuntungan daripada segmen IT pada suku semasa.
Bahagian Gula S1 TK2025 Bahagian Gula mencatatkan keuntungan sebanyak RM11.46 juta, berbanding RM67.17 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya. Penurunan ini disebabkan oleh margin keuntungan yang lebih rendah, penurunan dalam jumlah jualan dan kadar penggunaan kapasiti yang menurun, walaupun terdapat pengurangan dalam kos pengeluaran.
Bahagian Produk Pengguna S1 TK2025
Bahagian Produk Pengguna berjaya mengurangkan kerugian kepada RM6.09 juta berbanding RM8.75 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya, ini disokong oleh margin yang lebih baik dalam segmen Produk Pengguna. Segmen Pertanian Bersepadu dan Tenusu juga mencatatkan kerugian yang lebih rendah, walaupun terdapat peningkatan dalam jumlah jualan serta perbelanjaan pengiklanan dan promosi.
Melangkah ke Hadapan
Harga MSM dijangka berkurang daripada paras semasa sekitar RM4,700 setiap MT kepada kira-kira RM4,000 setiap MT dalam beberapa bulan akan datang, dipengaruhi oleh peningkatan bekalan hasil daripada keadaan cuaca yang baik, kitaran pengeluaran bermusim yang lebih tinggi serta ketiadaan lonjakan permintaan akibat musim perayaan.
Namun begitu, FGV kekal teguh dalam usaha memperkukuh kecekapan operasi dan mengoptimumkan kos selaras dengan sasaran prestasi 2025. Dalam jangka masa terdekat, Kumpulan akan terus meningkatkan hasil, mengoptimumkan nilai daripada aset sedia ada dan mengembangkan kehadirannya dalam pasaran pengguna domestik. Dalam jangka masa panjang, FGV sedang mempelbagaikan portfolionya melalui barangan pengguna bergerak pantas (FMCG) bernilai tinggi dan penembusan pasaran antarabangsa.
“Keutamaan kami adalah untuk menjana nilai lestari kepada pemegang saham, meskipun berdepan dengan persekitaran luaran yang mencabar. Ketidaktentuan pasaran global termasuk ketegangan perdagangan, pelaksanaan tarif baharu serta permintaan biodiesel yang lebih perlahan daripada jangkaan boleh memberi tekanan kepada pasaran komoditi. Namun begitu, kekuatan operasi FGV yang pelbagai, asas pertanian yang kukuh dan komitmen terhadap penciptaan nilai bersepadu membolehkan FGV bertahan dalam menghadapi ketidakstabilan serta membuka potensi pertumbuhan jangka panjang. Aspirasi ini hanya dapat dicapai melalui komitmen berterusan FGV terhadap tadbir urus yang berintegriti, amalan perniagaan yang bertanggungjawab, dan penghayatan terhadap agenda kelestarian dalam setiap aspek operasi perniagaan kami. Tidak dilupakan juga tanggungjawab sosial kami terhadap kesejahteraan ekonomi peneroka FELDA dan pekebun kecil, memandangkan 70 peratus daripada bekalan BTS kami diperoleh daripada mereka,” kata Fakhrunniam.
TAMAT