1 April 2020

5.00pm, 01 April 2020

FGV Holdings Berhad (FGV) supports concerns raised by the Malaysian Palm Oil Association (MPOA) and the Malaysian Estate Owners Association (MEOA) over a decision announced by the Sabah State Government to close oil palm operations in three additional districts in the state until April 14.

Closing operations in the three additional districts constituted 65 per cent of the total 1.2 million hectares of cropland and 75 per cent of production in Sabah.

FGV understands the State Government’s concerns on the increasing COVID-19 in Sabah but at the same time, we are concerned about the social impact of the closure. In line with the announcement of the Prime Minister recognising the palm oil industry as an essential service, all operations related to the palm oil industry need to be continued to avoid worse financial and social implications.

FGV also takes into account the welfare of 871 families in Felda Sahabat and 776 families in FELDA Umas, whose income will be affected as a result of the closure.

FGV hopes that the Sabah State Government will deliberate MPOA’s views and reconsider the decision. FGV has committed to adhering to all standard operating procedure and guidelines in all FGV estates and mills since the Movement Control Order was implemented on March 18 and is continues to working closely with all stakeholders to ensure that the risks to the safety and health of all employees are minimised.

 FGV Holdings Berhad

5.00pm, 01 April 2020

FGV Holdings Berhad (FGV) menyokong kebimbangan yang disuarakan oleh Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) dan Persatuan Pemilik Ladang Malaysia (MEOA) berhubung keputusan yang diumumkan Kerajaan Negeri Sabah untuk menutup operasi industri sawit di tiga lagi daerah tambahan di negeri itu sehingga 14 April 2020.

Penutupan operasi di tiga daerah tambahan merangkumi 65 peratus daripada keseluruhan kawasan tanaman seluas 1.2 juta hektar dan 75 peratus pengeluaran di Sabah.

FGV memahami kebimbangan kerajaan negeri tentang peningkatan penyebaran COVID-19 di Sabah tetapi dalam masa yang sama kami turut prihatin terhadap impak sosial daripada keputusan penutupan tersebut. Selari dengan pengumuman YAB Perdana Menteri yang mengiktiraf industri sawit sebagai perkhidmatan penting, semua operasi berkaitan industri kelapa sawit perlu diteruskan bagi mengelakkan implikasi kewangan dan sosial yang lebih buruk.

FGV turut mengambil kira kebajikan kumpulan peneroka seramai 871 keluarga di Felda Sahabat dan 776 keluarga di FELDA Umas, yang akan terjejas pendapatan mereka kesan penutupan operasi ini.

FGV berharap Kerajaan Negeri Sabah mengambil kira pandangan MPOA dan menimbang semula keputusan tersebut. FGV telah memberi komitmen untuk mematuhi garis panduan dan prosedur operasi standard di semua estet dan kilang FGV sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan 18 Mac lalu dan komited untuk terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan untuk memastikan risiko kepada keselamatan dan kesihatan semua pekerja ditahap minimal.

 FGV Holdings Berhad

 

Find