2 July 2025

KUALA LUMPUR, 2 July 2025 – FGV Holdings Berhad (FGV) concluded its 17th Annual General Meeting (AGM) and Extraordinary General Meeting (EGM), on June 26, 2025 during which it presented its performance for the financial year ended 31 December 2024 and secured shareholder approval for a key strategic acquisition.

FGV Holdings Berhad 17th Annual General Meeting (AGM) was officially concluded on 26 June 2025

These developments underscore FGV’s continued momentum in its transformation journey and commitment to long-term sustainable growth.

Resolutions Passed at AGM and EGM Reflect Strong Shareholders’ Confidence

At the AGM, all nine resolutions tabled were approved by shareholders, reflecting continued confidence in FGV’s strategic direction and leadership. The AGM was chaired by Tan Sri Rastam Mohd Isa, Chairman of FGV, and was attended by 1,655 shareholders and proxies both in person and via virtual platforms.

Tan Sri Rastam Mohd Isa, Chairman of FGV leading the AGM and EGM

Immediately following the AGM, FGV held its EGM, attended by 934 shareholders and proxies, also in person and via virtual platforms, where shareholders approved the Group’s proposed acquisition of the remaining equity interests in eight subsidiaries from Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) for a total consideration of RM229.8 million.

Under the resolution, FGV Palm Industries Sdn. Bhd. (FGVPI), a 72 percent owned indirect subsidiary of FGV, will acquire the remaining equity interests in three of its non-wholly owned subsidiaries from KPF for a total consideration of RM54.7 million. In parallel, FELDA Holdings Bhd (FHB), a wholly-owned subsidiary of FGV, will acquire the remaining equity interests in five of its non-wholly owned subsidiaries, also from KPF, for a total of RM175.1 million.

This strategic exercise aims to consolidate FGV’s corporate structure, enhance decision-making agility, and ensure tighter alignment with the Group’s strategic priorities. With full ownership, FGV will be better equipped to drive performance and accelerate execution across its core businesses.

 Solid Financial Results and Operational Milestones in FY2024

For the financial year ended 31 December 2024 (FY2024), FGV reported revenue of RM22.16 billion — a 14 percent increase from the previous year — and a profit after tax and minority interest (PATAMI) of RM276 million, driven by operational efficiencies, improved margins, and a turnaround in the sugar segment.

Key operational highlights of the year included progress under the Plantation Transformation Plan, improved fresh fruit bunch (FFB) yields, and increased production of high-value, sustainable products. Among the initiatives were the launch of 23 new stock-keeping units (SKUs), the introduction of the Yangambi Platinum high-yield clonal planting material, commissioning of the Fract750 premium refinery at Kuantan Port, and the deployment of automation technologies such as unmanned weighbridges and automated tank gauging systems.

FGV also strengthened its social commitments, including reimbursing recruitment fees to 1,164 former migrant workers and launching Projek Rintis: Plantation Technician (Harvesting Specialist) to upskill local youth.

“2024 was a year of strong operational progress and meaningful transformation for the Group. Despite global economic headwinds, geopolitical uncertainties, and environmental challenges, FGV remained resilient and agile, emerging stronger and more focused, turning challenges into opportunities,” said Tan Sri Rastam.

 Sharpening Focus for Future Resilience and Growth

With the successful conclusion of both meetings, FGV reaffirms its commitment to strengthening its fundamentals, accelerating transformation, and delivering sustainable value to its shareholders.

Looking ahead, Fakhrunniam Othman, Group Chief Executive Officer, said, “As we navigate an increasingly unpredictable global landscape shaped by trade tensions and market volatility, we remain vigilant. While early signs of recovery in commodity prices are emerging, the outlook remains cautious. That is why we are sharpening our focus on driving operational excellence, strengthening stakeholder partnerships, expanding into high-value products, and leveraging advanced technologies to ensure FGV remains resilient and future-ready.”

Fakhrunniam Othman, Group Chief Executive Officer of FGV at the AGM and EGM.

Supported by a clear strategic direction and ongoing support from its shareholders, FGV is well-positioned to meet future challenges and unlock new opportunities for sustainable growth.

In line with this commitment, FGV is also pleased to announce the release of its Annual Report 2024, themed “Harnessing Potential,” which highlights the Group’s performance, key priorities, and strategic direction moving forward. The report is available for viewing and download at https://www.fgvholdings.com/investor-relations/annual-reports-presentations/

 

Tan Sri Rastam Mohd Isa (fifth from left) holding up the FGV Holdings Berhad’s Annual Integrated Report (AIR) 2024 with FGV Board of Directors at the Group’s AGM held at Menara FELDA, Persiaran KLCC.

ENDS

 

 

 

KUALA LUMPUR, 2 Julai 2025 – FGV Holdings Berhad (FGV) telah menyempurnakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-17 dan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada 26 Jun 2025, di mana FGV membentangkan prestasi kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2024 serta memperoleh kelulusan pemegang saham bagi pengambilalihan strategik FGV.

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) FGV Holdings Berhad ke17 telah dimuktamadkan pada 26 Jun 2025

Perkembangan ini memperlihatkan momentum berterusan FGV dalam perjalanan transformasinya serta komitmen Kumpulan terhadap pertumbuhan lestari jangka panjang.

Resolusi yang Diluluskan Cerminkan Keyakinan Kukuh Pemegang Saham

Ketika AGM, kesemua sembilan resolusi yang dibentangkan telah diluluskan oleh para pemegang saham, mencerminkan keyakinan berterusan terhadap halatuju strategik dan kepimpinan FGV. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tan Sri Rastam Mohd Isa, Pengerusi FGV, dan dihadiri oleh 1,655 pemegang saham serta proksi, secara fizikal dan platform maya.

Tan Sri Rastam Mohd Isa, Pengerusi FGV memimpin sidang AGM dan EGM.

Sejurus selepas AGM, FGV turut mengadakan EGM yang dihadiri oleh 934 pemegang saham dan proksi, juga secara fizikal dan maya. Dalam mesyuarat ini, cadangan Kumpulan untuk mengambil alih baki kepentingan ekuiti dalam lapan anak syarikat daripada Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) dengan jumlah keseluruhan bernilai RM229.8 juta telah diluluskan.

Di bawah resolusi ini, FGV Palm Industries Sdn. Bhd. (FGVPI), anak syarikat tidak langsung FGV dengan pegangan 72 peratus akan mengambil alih baki kepentingan ekuiti dalam tiga anak syarikatnya yang tidak dimiliki sepenuhnya daripada KPF dengan jumlah pertimbangan sebanyak RM54.7 juta. Pada masa yang sama, FELDA Holdings Bhd (FHB), anak syarikat milik penuh FGV, akan mengambil alih baki kepentingan ekuiti dalam lima anak syarikatnya yang tidak dimiliki sepenuhnya daripada KPF dengan nilai keseluruhan berjumlah RM175.1 juta.

Langkah strategik ini bertujuan bagi menyusun semula struktur korporat FGV secara menyeluruh, meningkatkan kecekapan dalam membuat keputusan, serta memastikan penjajaran yang lebih kukuh dengan keutamaan strategik Kumpulan. Dengan pemilikan penuh, FGV berada dalam kedudukan yang lebih kukuh untuk terus memacu prestasi dan mempercepat pelaksanaan inisiatif di seluruh segmen perniagaan terasnya.

Prestasi Kewangan Kukuh dan Pencapaian Operasi Sepanjang TK2024

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 (TK2024), FGV mencatatkan hasil sebanyak RM22.16 bilion, meningkat 14 peratus berbanding tahun sebelumnya, dengan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) sebanyak RM276 juta. Prestasi ini dipacu oleh kecekapan operasi, margin keuntungan yang lebih baik dan pemulihan dalam segmen gula.

Antara pencapaian operasi utama sepanjang tahun termasuk kemajuan di bawah Pelan Transformasi Perladangan, peningkatan hasil tandan buah segar (BTS), serta peningkatan pengeluaran produk bernilai tinggi dan lestari. Inisiatif yang dilaksanakan termasuk pelancaran 23 unit simpanan stok (SKU) baharu, pengenalan bahan tanaman klon berhasil tinggi Yangambi Platinum, pelancaran loji penapisan premium Fract750 di Pelabuhan Kuantan, serta pelaksanaan teknologi automasi seperti jambatan timbang tanpa operator dan sistem pengukuran tangki automatik.

Selain itu, FGV turut memperkukuhkan komitmen sosialnya menerusi pembayaran balik yuran pengambilan pekerja kepada 1,164 bekas pekerja migran dan pelancaran Projek Rintis: Juruteknik Perladangan (Pakar Menuai) bagi meningkatkan kemahiran belia tempatan.

“Tahun 2024 menyaksikan kemajuan operasi yang memberangsangkan dan transformasi yang bermakna bagi Kumpulan. Walaupun berdepan cabaran ekonomi global, ketidaktentuan geopolitik serta cabaran alam sekitar, FGV kekal berdaya tahan, tampil lebih kukuh dan fokus serta berjaya mengubah cabaran menjadi peluang,” kata Tan Sri Rastam.

Memperkukuh Fokus Demi Ketahanan dan Pertumbuhan Masa Depan

Dengan kejayaan penganjuran kedua-dua mesyuarat, FGV menegaskan semula komitmennya untuk terus memperkukuh asas perniagaan, mempercepatkan agenda transformasi dan menjana nilai lestari kepada para pemegang saham.

Melihat ke hadapan, Fakhrunniam Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan berkata, “Dalam mengharungi landskap global yang semakin tidak menentu akibat ketegangan perdagangan dan turun naik pasaran, kami kekal berwaspada. Walaupun terdapat tanda-tanda awal pemulihan harga komoditi, prospek keseluruhan masih perlu ditangani secara berhati-hati. Oleh itu, kami memberi tumpuan kepada kecemerlangan operasi, mengeratkan kerjasama dengan pihak berkepentingan, meneroka segmen produk bernilai tinggi serta memanfaatkan teknologi canggih agar FGV terus kekal berdaya tahan dan bersedia menghadapi masa hadapan.”

Fakhrunniam Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV di AGM dan EGM.

Disokong oleh halatuju strategik yang jelas serta sokongan berterusan daripada para pemegang saham, FGV berada pada kedudukan yang kukuh untuk menghadapi cabaran akan datang dan meneroka peluang baharu ke arah pertumbuhan yang lestari.

Selaras dengan komitmen ini, FGV turut mengumumkan penerbitan Laporan Tahunan 2024 bertemakan “Menuai Potensi”, yang mengetengahkan prestasi Kumpulan, keutamaan strategik dan halatuju masa hadapan. Laporan ini boleh dibaca dan dimuat turun di:
https://www.fgvholdings.com/investor-relations/annual-reports-presentations/

Tan Sri Rastam Mohd Isa (lima dari kiri) memegang Laporan Bersepadu Tahunan  2024 FGV Holdings Berhad bersama Ahli Lembaga Pengarah FGV pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kumpulan yang diadakan di Menara FELDA, Persiaran KLCC.

TAMAT

Find