NILAI, 26 April 2019

FGV Holdings Berhad (FGV) has signed a Memorandum of Understanding (MoU) with the Department of Veterinary Services (DVS), an agency under the Ministry of Agriculture and Agro Based Industry (MoA) to explore a collaboration to develop Palm Kernel Cake (PKC) based animal feed for the ruminant industry by sharing experience and expertise that will benefit both organisations.

FGV Group Chief Executive Officer, Dato’ Haris Fadzilah Hassan said this collaboration is part of a strategic plan to penetrate and expand our ‘Waste to Wealth’ product offerings into a new market that is interrelated with our core business.

“FGV is the biggest producer of PKC with 380,000 MT produced annually and 97% is exported. PKC is used as the basic ingredient for making animal feed for ruminants such as cattle and sheep. We hope that through this collaboration, we can offer premium animal feed products at a competitive price and help farmers reduce their animal feed costs”, he said.

PKC is a by-product when palm kernel is processed and can be used as an alternative main raw ingredient for animal feedstock. PKC prices are much cheaper when compared to the prices of other materials such as soybeans, corn and wheat which is also widely used in animal feeds.

Through this collaboration, DVS will assist FGV’s Feed Meal strategy in both domestic and international market, provide direction on an effective ruminant programme, assist in developing a Cattle Farming Business Model – dairy or meat, provide advice on government grants, incentives, subsidies and other related aids applicable to FGV.

The rationale for venturing into the cattle farming project is to create a new growth area as we have been depending on one  type of business for far too long. This new venture is a game changer for both Animal Feed Meal and Dairy Cattle Farming as it represents a new income stream to FGV which is compelling, significant and sustainable.

The business of PKC or any of the Cattle segments (Milk or Meat) will definitely create a natural synergy between Downstream (mills operations and wider product range), R&D (feed meal, genetics, milk quality) and Logistics (distribution channels). Two important cost components in cattle farming business are vast lands and feed meal, which we naturally have.

In addition to this, FGV would like to address the gap (self-sufficient) in milk and meat supply. By leveraging on our strength in R & D and downstream we hope to achieve a significant impact in the first 3 years.

FGV’s wholly owned subsidiary, FGV Kernel Products Sdn Bhd (formerly known as Felda Kernel Products Sdn Bhd) will be able to leverage on DVS platform that is rich in experience and expertise to improve the PKC product quality and expand the reach of target market regionally and globally.

According to a DVS report, Malaysia imported 4 million MT of animal feed in 2017 with a value of RM7 billion. FGV PKC products has the potential to help reduce Malaysia’s agriculture industry dependency on external sources of animal feed.

Haris further added, “This collaboration will complement MoA’s plan to ensure animal feed supply stability and the nation’s food prices by stressing on ruminants and private sector investment in agriculture.”

END

FGV Holdings Berhad (FGV) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) untuk meneroka potensi kerjasama membangunkan makanan haiwan berasaskan Hampas Isirung Sawit (PKC) untuk industri ruminan dengan berkongsi pengalaman dan kepakaran yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua organisasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Dato’ Haris Fadzilah Hassan berkata, kerjasama ini adalah sebahagian daripada perancangan strategik untuk menembusi dan memperluaskan penawaran produk ‘Sisa kepada Pendapatan’ kami dalam pasaran baharu yang berkaitan dengan perniagaan teras kami.

“FGV adalah pengeluar terbesar PKC dengan menghasilkan 380,000 MT setiap tahun dan 97% daripada hasil ini adalah untuk pasaran eksport. PKC digunakan sebagai bahan asas untuk membuat makanan haiwan ruminan seperti lembu dan kambing. Kami berharap dengan kerjasama ini, kami boleh menawarkan produk makanan haiwan premium pada harga yang kompetitif dan membantu penternak-penternak untuk mengurangkan kos makanan haiwan mereka,” kata beliau.

PKC adalah produk sampingan selepas isirung sawit diproses dan boleh digunakan sebagai bahan mentah alternatif untuk bahan makanan haiwan. Harga PKC adalah jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga bahan lain seperti kacang soya, jagung dan gandum yang juga banyak digunakan dalam makanan haiwan.

Melalui kerjasama ini, DVS akan membantu strategi ‘Feed Meal’ FGV dalam pasaran domestik dan antarabangsa, memberi panduan mengenai program ruminan yang berkesan, membantu membangunkan Model Perniagaan Perternakan Lembu – tenusu atau daging, memberi nasihat mengenai geran kerajaan, insentif, subsidi dan lain-lain bantuan yang bersesuaian untuk FGV.

Tujuan asas penerokaan projek berkaitan peternakan lembu ini adalah untuk mewujudkan cabang perniagaan baharu, kerana kami telah bergantung terlalu lama kepada satu jenis perniagaan. Perniagaan baharu ini merupakan batu loncatan buat kedua-dua cabang Makanan Haiwan dan Perternakan Lembu kerana ia menjadi aliran pendapatan baharu kepada FGV yang meyakinkan, penting dan mampan.

Perniagaan PKC atau mana-mana segmen Lembu (Susu atau Daging) pasti akan mewujudkan sinergi semula jadi antara Hiliran (operasi kilang dan kepelbagaian produk yang lebih luas), R&D (makanan, genetik, kualiti susu) dan Logistik (saluran pengedaran). Dua komponen kos yang penting dalam perniagaan penternakan lembu adalah tanah yang luas dan makanan lembu, yang kami sudah pun miliki.

Selain daripada itu, FGV juga ingin mengatasi jurang kebergantungan dalam bekalan susu dan daging negara. Dengan memanfaatkan kelebihan kami dalam R&D dan Hiliran, kami berharap agar projek ini dapat mencapai impak yang besar dalam 3 tahun akan datang.

Anak syarikat milik penuh FGV, FGV Kernel Products Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai Felda Kernel Products Sdn Bhd) akan dapat memanfaatkan platform DVS yang penuh dengan pengalaman dan kepakaran untuk meningkatkan kualiti produk PKC serta mengembangkan jangkauan pasaran di rantau ini dan seluruh dunia.

Menurut laporan DVS, Malaysia mengimport 4 juta MT makanan haiwan pada tahun 2017 dengan nilai RM7 bilion. Produk PKC FGV berpotensi membantu mengurangkan kebergantungan industri pertanian Malaysia dalam sumber luar untuk makanan haiwan.

Haris berkata, “Kerjasama ini akan melengkapkan pelan MoA untuk memastikan kestabilan bekalan makanan haiwan dan harga makanan negara dengan menekankan kepada ruminan dan pelaburan sektor swasta dalam bidang pertanian.”

 

TAMAT

Find