Menyempurnakan tugasan di makmal dengan sebaik mungkin, tanpa menangguh, merupakan salah satu prinsip bekerja yang dipegang oleh personaliti pilihan ‘Wira FGV’, Norliza Abu Hanifah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Liza.

Bertugas sebagai Pembantu Makmal di Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Abdul Razak (PPPTR) FGV di Jerantut, Pahang, Norliza bertanggungjawab dalam memberi khidmat nasihat serta analisa cerakinan sampel-sampel air, efluen, minyak serta tandan kelapa sawit yang dihantar ke makmal PPPTR untuk diuji.

Setiap sampel yang diterima akan diuji dengan teliti bagi memastikan ketepatan hasil ujian, mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan terkesan. Kami juga bersama-sama memasak dan menyediakan keperluan mereka. Tiada beban yang dirasa, malah seronok dapat melakukannya,” kata anak jati kelahiran Temerloh, Pahang ini.
Sebagai ‘orang lama’ di FGV, beliau juga tidak lokek untuk berkongsi nasihat berguna sebagai panduan generasi pelapis di FGV. Menurut beliau, sikap amanah, tekun dan dedikasi terhadap tugas amat penting untuk diterapkan ke dalam diri setiap petugas.

“Ianya sangat penting kerana dengan sikap amanah kita tidak akan melakukan perbuatan sia-sia dalam tugas. Sementara ketekunan dan dedikasi pula membantu diri untuk lebih maju, berdaya saing dan tidak berputus asa dalam memberi sumbangan bermakna kepada syarikat,” ujar beliau yang kini telah berkhidmat selama 37 tahun dalam Kumpulan FGV.

Alam Sekitar (JAS) dan selamat untuk orang ramai sekiranya bahan-bahan yang diuji dilepaskan ke alam sekitar.
Secara purata, Norliza akan menganalisa sehingga 10 bahan ujian sehari dan jumlah ini bergantung kepada permintaan yang diterima daripada pelanggan yang terdiri dari pelanggan dalaman dan luaran. “Kadangkala kami menerima banyak sampel untuk diuji, namun sikap bekerjasama serta saling membantu antara rakan setugas membolehkan tugasan tersebut dapat diselesaikan dengan segera,” ujar ibu kepada tiga cahaya mata ini.

Selain bertugas di makmal, beliau juga aktif di dalam kegiatan kemasyarakatan di Kompleks PPPTR, dan bersyukur kerana berpeluang menyumbang khidmat bakti kepada syarikat dan masyarakat setempat.

“Saya bersyukur kerana diberi rezeki untuk berkhidmat di sini. Silaturrahim yang terbina di kalangan petugas dan jiran tetangga di PPPTR ini, umpama sebuah keluarga. Contohnya, baru-baru ini apabila dilanda musibah banjir, kami berganding bahu untuk saling membantu dan bergotong-royong membersihkan rumah mereka yang terkesan. Kami juga bersama-sama memasak dan menyediakan keperluan mereka. Tiada beban yang dirasa, malah seronok dapat melakukannya,” kata anak jati kelahiran Temerloh, Pahang ini.

Tamat