22 January 2025

Kuala Lumpur, 22 January 2026 – FGV Holdings Berhad (FGV) is taking a decisive step to advance transparency and inclusion across its palm oil value chain with the launch of FGV Traceability of Products (FGVTOP), a digital end-to-end traceability platform developed by its information technology subsidiary, FGV Prodata Systems Sdn Bhd (Prodata).

The launch was officiated by Dr. Sharifah Adlina binti Syed Abdullah, Deputy Secretary General (Strategic Planning & Management) Ministry of Plantation and Commodities representing Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Minister of Plantation and Commodities, who highlighted the importance of industry players’ participation in advancing national sustainability aspirations, particularly in integrating smallholders into global supply chains.

FGVTOP places traceability at the heart of FGV’s sustainability and smallholder inclusion strategy. The platform enables palm oil products within the FGV ecosystem to be traced from mills to plantations, including those operated by independent smallholders supplying to FGV. As a web-based platform requiring no installation, it provides authorised users including buyers, regulators, and stakeholders worldwide with real-time access to traceability information, supporting verification of sustainability compliance anytime and anywhere.

Within the FGV ecosystem, FGVTOP enables traceability across palm oil supply originating from FGV-operated assets, encompassing 63 palm oil mills, six fresh fruit bunch (FFB) collection centres, four palm kernel crushing facilities and 160 oil palm plantations. The platform also integrates supply from 317 FELDA settlements and approximately 1,500 independent smallholders delivering into FGV’s operating system, ensuring traceability is applied in a practical and inclusive manner across its wider supply base.

“FGVTOP represents more than a traceability platform. It is a strategic tool that strengthens our ability to operate responsibly, respond quickly to evolving market requirements and maintain trust with global buyers. By integrating our supply ecosystem, including FELDA settlers and independent smallholders, into a transparent and verifiable system, we are safeguarding sustainability compliance while creating competitive advantage for FGV and our partners in increasingly demanding markets,” said Dato’ Fakhrunniam Othman, Group Chief Executive Officer of FGV.

Traceability is increasingly critical for the palm oil industry, as global markets demand greater transparency, accountability and verifiable data. For FGV, this imperative is deeply embedded in its operating model, which blends commercial objectives with social responsibility. As Malaysia’s largest off-taker of smallholders’ fresh fruit bunches (FFB), nearly two-thirds of its FFB supply, approximately 4.5 million metric tonnes, comes from FELDA settlers and independent smallholders. Inclusive and practical traceability systems are therefore essential to maintain market access, meet regulatory compliance and support active participation across the supply ecosystem.

FGVTOP is designed to support compliance with recognised sustainability and regulatory requirements, including Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO), the Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO), and the European Union Deforestation Regulation (EUDR). The platform is also aligned with Malaysia’s National Palm Oil Commodity Traceability System (Sistem Kebolehjejakan Negara).

The platform is the result of a phased, long-term digital transformation journey undertaken by FGV. Initial groundwork began in 2016 with the centralisation of product and transaction data across the Group, followed by progressive enhancements in sustainability transparency, governance alignment and data integrity. By 2024, FGVTOP achieved traceability and compliance alignment with key sustainability and regulatory requirements, enabling FGV to make the system accessible to external stakeholders.

As global sustainability expectations continue to shift from voluntary commitments to mandatory regulatory requirements, FGVTOP provides a robust digital foundation to demonstrate product origin, responsible land use and compliance across FGV’s operations and supply ecosystem.

The launch of FGVTOP marks a new chapter in FGV’s journey, embedding innovation, governance, and collaboration across its palm oil value chain to strengthen sustainability, transparency, and smallholder empowerment. The platform complements FGV’s enhanced 5-pillared Sustainability Framework, which encompasses Economic Growth, Governance, Social, Environment, and Innovation & Technology.

By integrating traceability into these pillars, FGVTOP reinforces operational excellence, responsible sourcing and supply chain management, sustainability certification, community engagement, climate action, energy management, biodiversity and land stewardship, human rights, and labour standards. This alignment ensures that FGV’s operations and partnerships consistently deliver long-term value to communities, stakeholders, and the palm oil industry while meeting evolving global ESG expectations.

FGV’s commitment to transparency and responsible business practices is further reinforced by its recent clearance by the United States (U.S.) Customs and Border Protection (CBP) to export palm oil and palm oil products to the U.S. following the modification of the Withhold Release Order (WRO), effective 15 January 2026. The decision reflects the importance of sustained improvements in labour practices and supply chain governance in meeting evolving regulatory expectations. In this context, FGV Traceability of Product (FGVTOP) supports FGV’s sustainability approach by providing a digital platform that strengthens transparency, accountability and compliance across its palm oil supply chain.

 

END

Kuala Lumpur, 22 Januari 2026 – FGV Holdings Berhad (FGV) melangkah setapak ke hadapan dalam memperkukuh ketelusan dan penglibatan pekebun kecil merentasi rantaian nilai minyak sawitnya menerusi pelancaran FGV Traceability of Products (FGVTOP), sebuah platform kebolehjejakan digital yang dibangunkan oleh anak syarikat teknologi maklumatnya, FGV Prodata Systems Sdn Bhd (Prodata).

Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Dr. Sharifah Adlina Syed Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Perladangan dan Komoditi mewakili, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi, yang menekankan kepentingan penglibatan pemain industri dalam merealisasikan aspirasi kelestarian negara, khususnya dalam mengintegrasikan pekebun kecil ke dalam rantaian bekalan global.

FGVTOP menjadikan kebolehjejakan sebagai teras dalam strategi kelestarian dan penyertaan pekebun kecil FGV. Melalui platform ini, produk minyak sawit dalam ekosistem FGV dapat dijejak dengan jelas dari ladang ke kilang, termasuk hasil yang dibekalkan oleh pekebun kecil bebas. Sebagai platform berasaskan web tanpa pemasangan, FGVTOP membolehkan pengguna termasuk pembeli, pengawal selia dan pihak berkepentingan global, mengakses maklumat kebolehjejakan secara masa nyata bagi menyokong pengesahan pematuhan kelestarian pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Dalam ekosistem FGV, FGVTOP membolehkan kebolehjejakan bekalan minyak sawit hasil aset kendalian FGV, merangkumi 63 kilang minyak sawit, enam pusat pengumpulan tandan buah segar (BTS), empat kemudahan penghancuran isirung sawit serta 160 ladang kelapa sawit. Platform ini turut mengintegrasikan bekalan daripada 317 penempatan FELDA dan kira-kira 1,500 pekebun kecil bebas yang menghantar hasil ke dalam sistem operasi FGV, sekali gus memastikan kebolehjejakan dilaksanakan secara praktikal dan inklusif merentasi keseluruhan pangkalan bekalan.

FGVTOP bukan sekadar platform kebolehkesanan, tetapi merupakan inisiatif strategik yang memperkukuh komitmen FGV terhadap operasi yang bertanggungjawab. Platform ini membolehkan FGV memenuhi keperluan pasaran global, di samping mengekalkan keyakinan pembeli antarabangsa. Dengan mengintegrasikan keseluruhan rantaian bekalan, termasuk peneroka FELDA dan pekebun kecil bebas, ke dalam sistem yang telus, FGV bukan sahaja memastikan pematuhan kemampanan, malah meningkatkan daya saing Kumpulan serta rakan-rakan industri,” kata Dato’ Fakhrunniam Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV.

Kebolehjejakan sangat penting kepada industri minyak sawit apabila pasaran global menuntut tahap ketelusan, akauntabiliti dan data yang boleh disahkan. Bagi FGV, keperluan ini telah sebati dalam model operasi yang mengimbangi objektif komersial dengan tanggungjawab sosial. Sebagai pembeli BTS terbesar daripada pekebun kecil di Malaysia, hampir dua pertiga daripada bekalan BTS FGV, iaitu kira-kira 4.5 juta tan metrik, diperoleh daripada peneroka FELDA dan pekebun kecil bebas. Oleh itu, sistem kebolehjejakan yang inklusif dan praktikal adalah penting bagi mengekalkan akses pasaran, memenuhi keperluan pematuhan peraturan serta menyokong penyertaan merentasi ekosistem bekalan.

FGVTOP dibangunkan bagi menyokong pematuhan kepada keperluan kelestarian dan peraturan yang diiktiraf, termasuk Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO) serta Peraturan Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR). Platform ini juga selaras dengan Sistem Kebolehjejakan Komoditi Minyak Sawit Negara.

Platform ini merupakan hasil pelaksanaan transformasi digital dan jangka panjang FGV. Usaha awal bermula pada tahun 2016 dengan pemusatan data produk dan transaksi di seluruh operasi FGV, diikuti dengan penambahbaikan berperingkat dalam ketelusan kelestarian, penjajaran tadbir urus dan integriti data. Menjelang 2024, FGVTOP telah mencapai penjajaran kebolehjejakan dan pematuhan terhadap keperluan kelestarian serta peraturan utama, sekali gus membolehkan sistem ini diakses oleh pihak berkepentingan luar.

Seiring dengan perubahan landskap kelestarian global yang kini beralih daripada komitmen kepada keperluan peraturan yang mandatori, FGVTOP menyediakan asas digital yang kukuh bagi memastikan kebolehkesanan asal-usul produk, pengurusan penggunaan tanah yang bertanggungjawab serta pematuhan menyeluruh merentasi operasi dan keseluruhan ekosistem bekalan FGV.

Pelancaran FGVTOP menandakan satu lembaran baharu dalam perjalanan FGV, dengan menyepadukan inovasi, tadbir urus dan kerjasama merentasi rantaian nilai minyak sawit bagi memperkukuh kelestarian, ketelusan dan pemerkasaan pekebun kecil. Platform ini melengkapi Rangka Kerja Kelestarian Lima Tonggak FGV yang dipertingkatkan, merangkumi Pertumbuhan Ekonomi, Tadbir Urus, Sosial, Alam Sekitar serta Inovasi dan Teknologi.

Melalui integrasi elemen kebolehkesanan ke dalam tonggak ini, FGVTOP memperkukuh kecemerlangan operasi, sumber bekalan yang bertanggungjawab serta pengurusan rantaian bekalan, pensijilan kemampanan, penglibatan komuniti, tindakan iklim, pengurusan tenaga, pemuliharaan biodiversiti dan tadbir urus penggunaan tanah, hak asasi manusia serta piawaian buruh. Pendekatan ini memastikan operasi dan kerjasama FGV terus menjana nilai jangka panjang kepada komuniti, pihak berkepentingan dan industri minyak sawit, di samping memenuhi jangkaan ESG global yang sentiasa berkembang.

Komitmen FGV terhadap ketelusan dan amalan perniagaan yang bertanggungjawab turut diperkukuh melalui kelulusan terkini oleh Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) untuk mengeksport minyak sawit dan produk minyak sawit ke Amerika Syarikat susulan pindaan Perintah Penahanan Pelepasan (Withhold Release Order, WRO), berkuat kuasa 15 Januari 2026.

Keputusan ini mencerminkan kepentingan penambahbaikan berterusan dalam amalan buruh dan tadbir urus rantaian bekalan bagi memenuhi jangkaan kawal selia yang semakin berkembang. Dalam konteks ini, FGV Traceability of Product (FGVTOP) menyokong pendekatan kelestarian FGV dengan menyediakan platform digital yang memperkukuh ketelusan, akauntabiliti dan pematuhan merentasi rantaian bekalan minyak sawit.

 

TAMAT

 

 

 

Find