18 June 2022

Bangi, 18 Jun 2022 – FGV Holdings Berhad menerusi anak syarikatnya Felda Travel
Sdn Bhd (Felda Travel) mengambil inisiatif proaktif dengan menyediakan ustazah
sebagai pembimbing ibadah khas buat jemaah haji wanita di Tanah Suci.


Inisiatif ini yang telah bermula sejak 2018, dilaksanakan bagi memenuhi keperluan serta
keselesaan untuk jemaah haji wanita sepanjang menunaikan haji.

Pengerusi FGV, Dato’ Dzulkifli Abd Wahab berkata, “Bakal haji Felda Travel ini sangat
bertuah terutamanya untuk jemaah wanita kerana tidak banyak agensi haji yang
membawa Ustazah sebagai pembimbing ibadah di Tanah Suci.”

Menurut beliau lagi, pembimbing wanita ini dibawa khusus bagi menjaga keperluan
ibadah dan keperluan lain yang berkaitan dengan kaum Hawa.

Dengan berbekalkan pengalaman menguruskan haji sejak tahun 2007, pengurusan dan
warga kerja Felda Travel bersedia dan komited untuk memberikan layanan terbaik
kepada para jemaah haji tahun ini.

Majlis taklimat yang diadakan di Hotel Tenera, Bangi hari ini merupakan salah satu
persiapan akhir bakal haji untuk memantapkan kefahaman ibadah haji. Di samping
memberi pendedahan dari segi teori dan amali.

Rombongan haji Felda Travel pada tahun ini akan membawa 74 orang bakal haji diiringi
oleh 3 orang petugas yang terdiri daripada Ketua Operasi Haji iaitu Tuan Haji Rizal Khalip
dan 2 orang pembimbing ibadah haji, iaitu Ustaz Haji Ahmad Nazmie dan juga Ustazah
Hajah Ayu Suhana Merican.

Felda Travel bersedia dan komited untuk memberikan layanan terbaik kepada jemaah haji

Penerbangan pertama untuk rombongan haji di bawah Felda travel akan mula berangkat
pada 26 Jun ini, diikuti pada 29 Jun, dan yang terakhir pada 2 Julai 2022.

 

Find