19 June 2020

From left: Group Chief Financial Officer, Dato’ Mohd Hairul Abdul Hamid, Group Chief Executive Officer, Dato’ Haris Fadzilah Hassan, Chairman, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid, Non-Independent Non-Executive Director, Mohd Hassan Ahmad 

Kuala Lumpur, 19 June 2020 – FGV Holdings Berhad (FGV) is pleased to announce that shareholders have approved all resolutions at its 12th Annual General Meeting (AGM), held virtually on Friday, 19th June 2020.

At the start of the AGM, FGV Chairman Datuk Wira Azhar Abdul Hamid, announced that the Board of Directors of FGV had unanimously agreed to take a fee cut of 20%, effective from July 2020, until December 2020. After December, the Board will review the global and domestic economic situations before making a decision on next year’s fees.

Additionally, FGV’s employees in senior management, ranked General Manager and above, will take 2 days of mandatory no pay leave and a 20% reduction in their car allowance, also from July to December 2020.

“The Covid-19 pandemic has caused a significant economic disruption, where many industries have been severely affected and suffered steep declines in revenue. As a result, cost-cutting measures have been put in place as companies grapple with the financial impact of the outbreak. FGV has also implemented several cost-cutting initiatives to improve our bottom line, and conserve cash flow to shore up our finances,” Azhar said. “We are however conscious of the impact of any cost rationalisation exercises on staff, and thus, the Board of Directors and Senior Management will take the first steps,” he added.

These measures are on top of the ongoing rationalisation plan to reduce manpower costs by 10% annually over a 3-year period from 2019.

With regard to the Company’s performance, Azhar said, “In 2019 we achieved a remarkable operational transformation, however, we recorded a weak Q1 this year. I am confident that we will bounce back with a slight recovery in Q2. We expect performance to improve significantly in the second half of 2020 and thus, our FY2020 targets remain. We will weather this stormy period, and tread cautiously in our planning and execution strategies to restore shareholder value.”

FGV would like to thank all its employees and Management who have continued to work tirelessly during this difficult period.

End

Dari kiri: Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Dato’ Mohd Hairul Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dato’ Haris Fadzilah Hassan, Pengerusi, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid, Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif, Mohd Hassan Ahmad 

Kuala Lumpur, 19 Jun 2020 – FGV Holdings Berhad (FGV) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa para pemegang saham telah meluluskan semua resolusi pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-12, yang diadakan pada hari Jumaat, 19 Jun 2020.

Pada permulaan AGM, Pengerusi FGV, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid, mengumumkan bahawa Lembaga Pengarah FGV telah sebulat suara bersetuju untuk mengambil pemotongan fi sebanyak 20%, berkuatkuasa dari Julai 2020 hingga Disember 2020. Selepas Disember, Lembaga akan mengkaji keadaan ekonomi global dan domestik sebelum membuat keputusan mengenai fi tahun depan.

Selain itu, petugas FGV yang terdiri daripada pengurusan kanan, berpangkat Pengurus Besar dan ke atas, akan mengambil dua hari cuti mandatori tanpa gaji dan pengurangan 20% dalam elaun kereta mereka, juga dari bulan Julai hingga Disember 2020.

“Pandemik COVID-19 telah menyebabkan gangguan ekonomi yang signifikan, di mana banyak industri telah terjejas teruk dan mengalami penurunan pendapatan. Akibatnya, langkah-langkah pengurangan kos telah dilaksanakan ketika syarikat-syarikat menghadapi impak kewangan kesan daripada wabak tersebut. FGV juga telah melaksanakan beberapa inisiatif pengurangan kos untuk mengukuhkan asas kewangan kami, dan mengawal aliran tunai bagi mengukuhkan keseluruhan kewangan kami,” kata Azhar. “Kami bagaimanapun sedar akan kesan rasionalisasi kos ini terhadap petugas, oleh itu, langkah pertama ini akan dimulakan oleh Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kanan,” tambahnya.

Langkah-langkah ini adalah tambahan kepada rancangan rasionalisasi yang sedang berlangsung untuk mengurangkan kos tenaga kerja sebanyak 10% setiap tahun dalam jangka masa tiga tahun dari 2019.

Mengenai prestasi Syarikat, Azhar menjelaskan, “Pada tahun 2019, kami mencapai transformasi operasi yang memberangsangkan, namun kami mencatat suku pertama yang lemah tahun ini. Saya yakin bahawa kami akan kembali dengan sedikit pemulihan pada suku kedua. Kami menjangkakan prestasi akan meningkat dengan ketara pada separuh kedua 2020  dengan mengekalkan sasaran tahun Kewangan 2020. Kami akan mengharungi cabaran ini, dan berhati-hati di dalam perancangan dan pelaksanaan kami untuk mengembalikan nilai kepada pemegang saham. “

FGV berterima kasih kepada semua kakitangan dan Pengurusannya yang terus bekerja keras dalam tempoh sukar ini.

Tamat

 

 

Find